Sunday, 31 August 2014

Tahniah PDRM Atas Penubuhan PCIRC, Harap Tegas Dengan Semua Pihak.

Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) telah ditubuhkan sejak sebulan lepas. Ia hasil dari rungutan awam mengenai kegiatan penghinaan serta perbuatan hasutan yang dilakukan ramai pihak menggunakan laman-laman sosial.

Islam dihina sebelum ini tanpa diambil sebarang tindakan. Namewee dan Patrick Teoh yang menghina Islam masih bebas. Kelvin Yip masih juga bebas. Lalu ia membangkitkan rasa marah umat Islam di seluruh negara yang menuntut sesuatu yang tuntas dilakukan pihak berkuasa terutamanya PDRM dan Pejabat Peguam Negara.

Mendengar rungutan dan tuntutan ini, PDRM mengambil langkah positif dengan penubuhan PCIRC. Ramai berpendapat ianya harus diketuai oleh anggota Polis beragama Islam kerana Islam adalah Agama Negara dan hanya orang Islam faham tentang sensitiviti Islam. Tetapi PDRM mungkin mempunyai alasan mereka yang tersendiri dengan perlantikan ketua kepada PCIRC yang telah dibuat. Masalah penghinaan menggunakan laman sosial dan laman siber sudah berada di tahap yang sangat melampau.

Jika orang perseorang dihina itu ialah kes yang biasa, tetapi penghinaan dan cercaan serta hasutan sudah mula melibatkan penghinaan ke atas agama, bangsa, budaya, Raja-Raja Melayu, Yang di Pertuan Agong dan yang paling biadab sekali ialah bilamana Allah dan Rasulullah s.a.w. menjadi subjek penghinaan.
Dengan tertubuhnya PCIRC, semua penjenayah siber ini boleh diburu dengan cara yang lebih efisien. 

Terbaharu, Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri mula merasakan bahang kebiadaban pengguna-pengguna laman sosial.



Gelaran biadab mula dihalakan kepadanya apabila beliau mengarahkan PDRM mengambil tindakan ke atas sebuah organisasi haram tajaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Beliau dimaki dan dihina di alam siber.
Lantas, kewujudan PCIRC mula dirasakan perlu bilamana beliau sendiri yang mengarahkan Pusat Tindakbalas ini untuk menyiasat dan mencari mereka-mereka ini yang menghina jawatan Ketua Polis Negara.


Kita mengharap ketegasan dengan kepantasan serta arahan yang sama dapat beliau keluarkan ke atas pihak-pihak yang menghina Islam selama ini. Harap sensitiviti yang sama dirasakan Tan Sri IGP bila Islam menjadi mangsa penghinaan.











Kami berdiri teguh dibelakang Tan Sri selagi Perlembagaan, Prinsip-Prinsip Rukun Negara dan Undang-Undang kekal berdaulat di dalam negara. Jangan biarkan mereka-mereka yang biadap ini terlepas.

6 comments:

  1. Cepat betul IGP arah bila kena batang hidung sendiri.

    ReplyDelete
  2. Biasalh. Tak kena tak rasa

    ReplyDelete
  3. Apa KEJADAHnya si yeoh-KANGKANG BABI tu masih bebas setelah MENGHINA ISLAM termasuk Al-Quran/Solat/umat kita dgn. begitu BIADAP sekali - serta di GERTAK kita dgn. pistol GANGSTERnya?! Itulah yg. aku heran bila si TKPN-LIBERAL yg.mencurigakan ini spt. juga AG-LIBERAL; melantik Bukan Islam utk- mengetuai PCIRC ni - maan dia nak paham tentang Islam, undg-undg Islam dan hak umatnya - yg. juga mesti bekerjasama dgn. MAIN dan jbtn. Islam lain?! Tak logik lansung - kerana ISLAM/umatnya yg. MAJORITI sasaran PENGHINAAN/GERTAKAN PENDATANG KAPIRDAJAL di media sosial!

    Lihat di http://www.nst.com.my/node/22449 , Cops to act on Netizens who incite hate:

    By Atiqa Hazellah - 12 August 2014:

    KUALALUMPUR: Police have formed a task force to monitor and take action against those who fan racial and religious sentiments on social media.

    Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Bakri Zinin said the team comprised personnel from the Criminal Investigation and Commercial Crime Investigation Departments.

    “The task force is headed by Criminal Investigation Department deputy director (Investigation and Law) Datuk Amar Singh.

    “Its primary role is to address problems on social media,” he said after closing the Op Selamat 5/2014 operation at Terminal Bersepadu Selatan here yesterday......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supaya PCIRC tidak dianggap sebagai senjata utk mendiamkan kritikan pihak ramai kepada polis, maka PDRM hartus memastikan semua kes yang telah dilaporkan sebelum ini disiasat secara penuh.
      PCIRC harus diketuai oleh pegawai Islamn kerana PDRM menjunjung ketaatan kepada YDP Agong yang juga Ketua Agama Islam.

      Hanya pegawai Islam faham tentang sensitiviti Islam dengan jelas. setuju dgn Makcik.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.