Thursday, 28 August 2014

Tahniah Menteri Pertahanan & Panglima Angkatan Tentera Atas Ketegasan

Rakyat Malaysia sudah lama ingin mendengar pernyataan tegas daripada pihak-pihak yang mempunyai kuasa dan dipertanggungjawabkan untuk memelihara sistem Raja Berpelembagaan ini daripada mendapat sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau pun dari luar negara.

Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein menyatakan seperti berikut :

"Pendirian kementerian saya dan Angkatan Tentera jelas, kita tidak kompromi malah dituntut untuk mempertahankan institusi Diraja. Institusi Diraja seperti agama dan apa sahaja perkara yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara merupakan tiang seri 'pillar of nation building' (tonggak pembinaan negara)." (1)

Panglima Angkatan Tentera Malaysia di dalam majlis yang sama menyatakan dengan tegas bahawa institusi diRaja merupakan institusi suci yang harus dipertahankan. Beliau kemudian menyatakan perkara berikut :

"Ini disebabkan Yang Di-Pertuan Agong merupakan pemerintah yang tertinggi dalam ATM manakala Raja-Raja Melayu pula merupakan kolonel-kolonel yang dipertua sama ada kor dalam tentera darat, laut dan udara.

"Semua warga ATM akan terus mempertahankan kesucian institusi Diraja sekiranya terdapat sebarang perbuatan mencela. Warga ATM tidak sesekali memandang ringan dengan segala tohmahan yang dilempar kepada Raja-Raja Melayu," katanya.


Rakyat Malaysia sudah lama menunggu serta merindui kenyataan-kenyataan tegas dari Rijal yang bertulang dan bersendikan keyakinan tanpa rasa takut.

Era umat Islam dipimpin himpunan bapuk-bapuk lembik harus berakhir serta merta!!!

Dan apabila Menteri Pertahanan membuat pernyataan tegas bahawa Kementerian Pertahanan bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia akan bangkit mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu termasuk semua institusi yang menjadi tonggak kepada sistem Raja-Raja Melayu termasuk umat Islam daripada pengkhianatan dan tindakan biadab, maka siapalah kami untuk tidak menyahutnya dengan sokongan pejal dan seratus peratus padu.

Cuma tuntutan kami, semoga kenyataan itu adalah satu puncak ketegasan yang akan kekal di dalam istiqomah.

Selagi Islam selamat dan berdaulat di dalam Perlembagaan dan Kiblat Kerajaan Persekutuan, maka selagi itulah sumpah setia akan umat Islam tumpahkan tanpa berbelah bahagi.



http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1063618


7 comments:

  1. Si lembik ni bebual!!!

    Cakap jer pandai tapi lembik nak mampos!!!

    Ingat hunus Keris kemudian minta maaf???

    Lan chiao punya Menteri!!

    A big failure... Tendang lagi baik!!

    ReplyDelete
  2. Hari ini kita nak lihat tindakan dan bukanya kenyataan yang berbentuk AMARAN. Kita semua dah tau negara punyai undang undang dan kita nak lihat sejauh mana undang undang itu dilaksanakan. Jangan saperti rioh dilangit, tapi hujanya tak turun jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama2 tunggu Tuan Hamba Allah..

      Delete
  3. Malaysia di waktu pergolakan politik terlampau, memang memerlukan ketegasan dari pihak Ulul Amri. Ia sesuatu gambaran undang-undang yang di cipta itu wujud, demi menjaga disiplin rakyat saling menghormati dan segala tindakan ada batas-batas kesopanan dan kesusilaan merujuk kepada Rukun Negara yang tidak lain memupuh roh dan semangat perpaduan yang selari dengan ajaran Islam.

    Bangsa, setiap warisan, ketamadunan budaya hidup mesti di jaga dengan baik. Umpama nya perkahwinan yang sah, mempunyai hak-hak nya dalam syariat Islam dan juga common law manusia.

    Warisan dari keturunan haram, apa komplikasi nya ? Itu kenapa Tuhan melarang sesuatu yang berlawanan fitrah manusia.

    Maka itu Demokrasi yan berteraskan Raja Berperlembagaan memang terbaik untuk Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn saudara Maae..

      Jika semuanya ingin dicabar, mak tidak akan ada suatu jua apa pun sistem yang akan memuaskan hati golongan ini.

      Delete
  4. Alhamdulillah...ada juga pemimpin melayu yg bersuara...inilah yg dinanti-nantikan oleh sekelian rakyat...kpd pemimpin yg bertaraf bapok diluar sana fikir-fikirkan selama mana anda hendak menikus dlm kain bini...salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlalu lama kita tidak mendengar ketegasan pemimpin2 kita.. sayang, ketegasan ini juga takut pula ianya sekadar ketegasan bermusim... Kita sama2 tunggu..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.