Sunday, 3 August 2014

Surat Terbuka PEMBELA Berkenaan Isu Pendakwaan Selektif Pejabat Peguam Negara



Pihak kami ingin merujuk kepada hasil pertemuan dengan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, yang telah diadakan dengan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pada 25 Ramadhan 1435 H (24 Julai 2014).
Pihak PEMBELA menerusi saya, telah menyampaikan rasa ketidakpuasan hati masyarakat Islam secara umumnya berkenaan trend penghinaan ke atas Agama Islam, Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan serta Kedaulatan Undang-Undang Negara yang dilakukan secara terang dan terancang tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Pertemuan diadakan supaya permasalahan ini ditangani dengan lebih CEKAP, CEPAT dan melalui proses undang-undang yang BETUL. Pihak kami memahami bahawa semua hasil laporan polis telah dibawakan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh Pejabat Peguam Negara di bawah Tan Sri Abd Gani Patail.
Persoalan yang mahu kami kemukakan serta tuntut penjelasan yang tuntas dari Tan Sri Abd Gani Patail ialah, kenapa sehingga hari ini, pelaku-pelaku jenayah kebencian agama dan jenayah kebencian perkauman di kalangan pelaku bukan Islam masih belum dikenakan sebarang bentuk dakwaan dan didakwa di Mahkamah? Pihak kami sebelum ini telah membangkitkan sedikit daripada contoh perlakuan jenayah ini menerusi pendedahan di dalam laman web Bangkit.info.
Kini terdapat satu bentuk persepsi yang sangat menebal wujud di kalangan umat Islam di negara ini. Bagi umat Islam, seolah terdapat satu bentuk kesengajaan pendakwaan selektif melibatkan Pejabat Peguam Negara di bawah Tan Sri Abd Gani Patail.
Apabila jenayah kebencian agama dan kebencian perkauman melibatkan segmen-segmen tertentu masyarakat, tindakan susulan Pejabat Peguam Negara kepada laporan demi laporan Polis yang diserahkan dilihat terlalu tumpul, perlahan serta dilakukan secara sambil lewa. Tetapi apabila melibatkan umat Islam, segalanya kelihatan tajam, pantas, lengkap dan tuntas. Apa sebenarnya yang sedang berlaku di dalam Pejabat Peguam Negara di bawah Tan Sri Abdul Gani Patail?
Pihak kami menuntut Tan Sri Abdul Gani Patail tampil memberikan penjelasan TERPERINCI supaya isu persepsi pendakwaan selektif yang bakal melibatkan impak negatif terhadap keupayaan Kerajaan di bawah Dato' Seri Najib Tun Razak dapat ditangani dengan sewajarnya.

Tan Sri Gani Patail, Dato' Azailiza dan Kakitangan Dari Pejabat Peguam Negara Semasa Menerima Delegasi Dari Afghanistan.
Pihak kami juga menuntut semua kes melibatkan penghinaan terhadap Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan oleh golongan bukan Islam diselesaikan dengan SEGERA oleh Pejabat Peguam Negara.
PEMBELA tidak akan berhenti daripada terus membela maruah serta kedaulatan Agama Islam. Jika isu ini tidak ditangani dengan tuntas oleh Tan Sri Abd Gani Patail, pihak kami akan mengusahakan beberapa bentuk tindakan susulan sehingga semua bentuk penyakit yang menjangkiti Pejabat Peguam Negara ditangani serta diberikan rawatan yang secukupnya.
Semuanya dilakukan demi Allah, Islam serta maruah umat Islam di Malaysia.

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara.


Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)


3 comments:

  1. Ghani Patail..letak je jawatan tu klu xd telor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika keburukan lebih baik daripada kebaikan jika dia terus berada di sana, maka adalah lebih baik dia melepaskan jawatan kepada yang lebih berwibawa.. Jika sebaliknya, dia harus membuktikan bahawa undang2 sediada mesti ditegakkan dengan adil tidak kira siapa juga pelakunya.

      Delete
  2. setuju dan sokong......

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.