Thursday, 14 August 2014

Sultan Amat Dukacita Dengan Perkembagan Mutakhir Negara


Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah menerima titah ucapan daripada Mukhriz Tun Mahathir (kiri) pada majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darulaman di Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/Safrizal Azmi

ALOR SETAR 11 Ogos - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dukacita berikutan terdapat banyak kejadian yang menggugat keharmonian kaum dan agama kebelakangan ini.

Baginda bertitah, ketegangan agama dan ideologi perkauman yang berlaku dalam masyarakat terutamanya melalui media sosial membayangkan sikap tidak beradab terhadap pelbagai keputusan yang dimuktamadkan oleh datuk nenek semua warga.
"Ketika ini, terlalu ramai anak-anak muda yang menyampaikan pandangan dan fikiran melalui media sosial tanpa mempedulikan sensitiviti hubungan antara kaum, agama, tradisi dan adat resam. Tanpa kebijaksanaan datuk nenek kita ketika mencapai kemerdekaan, maka ramai keturunan kini mungkin menjadi rakyat tanpa negara.

"Dengan demikian, adalah amat wajar semua pihak faham dan sentiasa hormat dengan asas-asas kehidupan seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Teks titah ucapan baginda dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Yang turut hadir, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tuanku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim serta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Tuanku Abdul Halim turut menasihatkan rakyat jelata agar memelihara negeri dan negara sebaik-baiknya supaya kemerdekaan dan kebebasan yang dikecapi dapat dipertahankan selama-lamanya.

"Apabila kita bersengketa antara kita dan tamak haloba maka kita sanggup mengamalkan rasuah hingga menjual maruah bangsa dan agama sehingga anak cucu kita akan menderita," titah baginda.

Baginda bertitah, sistem pendidikan nasional yang bersepadu boleh dijadikan pemangkin utama perpaduan sekali gus mengatasi perbuatan yang menggugat keharmonian kaum dan agama.

Titah baginda, sarjana sosiologi pendidikan tersohor, E.D Hirsch melalui bukunya 'Cultural Literacy' menyatakan pendidikan adalah unsur terpenting dalam mewujudkan perpaduan rakyat di sesebuah negara.
Titah baginda, Hirsch menyarankan bahawa masyarakat yang bersatu padu hanya dapat dibentuk melalui satu sistem pendidikan nasional yang bersepadu.
"Peribahasa Melayu mengatakan, kalau ingin melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.

"Justeru beta percaya sekiranya kita ingin memupuk perpaduan yang kental dalam kalangan rakyat, maka pendidikan boleh menjadi pemangkin utama," titah baginda.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140812/dn_02/Sultan-dukacita#ixzz3AIBV7udD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

6 comments:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH kuasa EKSEKUTIF DYMM Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Kesultanan Melayu, makin diKEMBALIKAN mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3(1), 37(1), 153 dsbnya - terutamanya kat negeri-negeri bawah pemerintahan RASIS-BUAS si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM! DAULAT TUANKU!

    Dah tiba masanya diTENTANG habis-habisan PENIPUAN legasi PENJAJAH Barat-ZIONIS melalui undg-undg sivil ciptaan mereka, yg. seolah lebih berkuasa dari undg-undg ISLAM pusaka nenek moyang kita serta kuasa EKSEKUTIF Kesultanan Islam/Melayu kita, sbg. pemerintah asal NEGARA ISLAM ini, sebelum kita diJAJAH si KAPIRDAJAL British-ZIONIS-BINATANG BUAS!

    Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di bawah kuasa DYMM YDPA/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri/K’jaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Bahkan KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, juga adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru permulaan Makcik. Tapi kita gusar akan ada pengkhianatan usaha ini dari kalangan kita sendiri. Agen-agen gerakan dajjal memang sedang kelemasan di dalam kebangkitan ini.

      Kita semua mesti terus berhati-hati mengorak langkah.

      Apabila undang-undang dijalankan dengan sempurna, kita lihat tiada siapa boleh berbuat apa-apa apabila Sultan dan Raja-Raja Melayu menjalankan hak mereka. Executive Monarchy mesti diperkasakan.

      Gerakan Dajjal di tanah ini harus dihancurkan serta dihapuskan sama sekali. Tidak kira sama ada didalam barisan pembangkang atau agen2 mereka yg bersarang dalam Kerajaan.

      Delete
  2. Betul tu Ben!

    Dan malangnya si PENYAMAQ Islam-ejen ZIONIS juga telah menyerap masuk OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan menggunakan wanita jelita/lelaki tampan untuk berkahwin dgn. Raja-Raja/pemimipin/usahawan penting Islam/Arab/Melayu atau dirosakkan akhlak jenerasi muda mereka – sebab itu OIC yg. di kuasai Arab Saudi, tidak mempertahankan BUMIPUTERA ISLAM di Palestin dgn. kuat, dan uamt Islam lain di seluruh Dunia Islam (terutamanya yg. kaya minyak.gas), yg. makin diBUNUH dlm. GENOSID yg. meningkat, oleh si Yahudi ZIONIS/Israel-Barat!

    Maka, dah tiba masanya OIC diPERKASAkan atau ditubuhkan satu lagi pertubuhan Sedunia negara-negara ISLAM baru yg. mesti diKUASAI pemimpin Islam TULEN yg. berani menentang Barat-ZIONIS/Israel - yg. mesti meningkatkan kuasa ekonomi-politik-sosial sesama Dunia Islam/umatnya, terutamanya yg.miskin, serta mempunyai tentera termasuk tentera pengaman ISLAM (untuk menguruskan sendiri kem-kem pelarian ISLAM) serta mempunyai kuasa yg. kuat di UN (yg. sebenaqnya dikuasai si Barat-ZIONIS)! Tengok bagaimana Barat-ZIONIS semakin takut dgn. peningkatan kuasa African Union (sebab itu mereka membunuh dgn. amat kejam, Allahyarham Presiden Gaddhafi, yg. merupakan salah seorg. pemimpin terkemuka AU ini, hingga mahu memperkasakan "Independent Africa" dari penjajhan berterusan Barat-Zionis, serta menubuhkan matawang Afrika sendiri sebelum arwah dibunuh). Dan pemipin Islam, jgn. masuk PERANGKAP lansung sebarang perjanjian/pertubuhan DAJAL Barat-ZIONIS spt. TPPA, ICC/ICJ/UN Tribunal dan sebagainya.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu masalahnya dengan majoriti dr kita Makcik.. kita tidak nampak penjajahan boleh berlaku melalui jalan-jalan halus yang lain.

      Kita kebanyakannya terlalu selesa dengan cara pemerhatian kita ke atas dunia yang sangat monotonous. Kita memudahkan musuh memanipulasikan kita kerana pemikiran over simplistic kita sendiri.

      Kita mudah ditelah dan dibaca musuh krn kita tidak sofistikated di dalam cara menggunakan akal fikiran. Lihat sahaja politikus melayu dan Islamkita. Kenapa mudah sgt dimanipulasikan sedangkan jika kita semua berpaut erat dengan al Quran, tiada siapa pun yang akan dapat menjadikan pemimpin2 muslim sebagai kuda2 tunggangan.

      Kita jauh dari al Quran. OIC itu lebih baik hancur dari ada. Sebuah gerakan baru yg bermula dari scratch harus diusahakan perlahan2. Tidak ada gunanya cuba merubah tubuh dan sudah sekian lama dimamah parasit.

      Liga Arab dan OIC telah cuba dikiblatkan semula beberapa kali, malang sekali dengan ramai pemimpin yang berfikir dari dalam tembolok di sana, motif memberi fokus kepada kekuatan dan hala tuju umat tidak menggiurkan mrk.

      Biar kita bermula perlahan secara kecil-kecilan dulu.

      Rasulullah s.a..w memulakan gerakan dengan hanya beberapa ratus org pengikut yang setia selama satu dekad di Mekah.

      Kurang seratus tahun dari perkembangan kumpulan tersebut, dua empayar besar dunia jatuh menyembah bumi dengan kebangkitan Islam.

      Itu InsyaAllah kita usahakan.

      Delete
  3. Ampun Tuanku Seribu Kali Ampun, Sembah Patik Harap Diampun...

    Malulah kita rakyat Malaysia, Melayu Muslim Malaysia kalau YDP Agong simbol kepada negara bangsa kita pun tidak kita pertahankan?!

    Yang diberi gaji macam IGP dan AG buat apa? Takkan buat bodo saja kut sampai YDP kena bertitah? Kalau IGP dan AG sudah tidak mempunyai perasaan bertanggung jawab untuk melindungi sistem Raja Berpelembagaan seperti yang negara kita amalkan, lebih baik berundur hendaknya!

    Dulu Permaisuri Agong sudah dihina dengan isyarat lucah (apa jadi kes ni?), kita semua ingatkan ianya akan terhenti disitu. Rupa-rupa tidak, simbol tertinggi negara juga tidak terlepas dengan kutukan dan penghinaan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab, mungkinkah kerana mereka fikir mereka kebal? Bagaimanakah mereka-mereka ini boleh berkesimpulan sedemikian?

    Tepuk dada AG? Aih, tanya IGP? Masing-masing menuding jari supaya soalan ditujukan kepada pihak ketiga. Mungkin dengan keberangkatan IGP dan AG ke the Hague Belanda, dapat memangkinkan perbincangan dua hala kemelut penguatkuasaan undang-undang berpilih seperti yang dikhuatiri ramai.

    Semoga perjumpaan AG dengan 20 orang kuat UMNO wakil akar umbi Melayu Muslim dapat meniupkan sedikit kelapangan dada untuk Ag bersegera dalam bertindak ke atas kes-kes yang telah lama bertangguh.

    Isunya bukan Facebook macam idea dangkal Shabery Cheek, isunya undang-undang sedia ada tidak dikuatkuasakan dan pendakwaan berpilih oleh pihak AG.

    Harap-harap udara nyaman di the Hague, dapat meniupkan keseronokkan kepada AG dan IGP untuk bertukar-tukar nota, demi agama, bangsa dan negara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua rakyat Baginda Agong tahu apa punca semua permasalahan ini.

      Kita ada undang2, tp pelaksanaan kelihatan berpilih dan tumpul.

      Harap kepulangan dari Belanda nanti, membawa hasil positif kepada Agama, Bangsa dan Negara.

      AG dan IGP harus diperingatkan dgn kata pepatah Belanda..

      Vertrouwen komt te voet en vertrekt te paard

      Rasa percaya itu hadir dengan langkahan kaki, tetapi berlalu pergi di atas kuda yang kencang berlari.

      Jgn sampai rakyat Malaysia hilang yakin dan percaya kepada kedua mereka.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.