Saturday, 23 August 2014

'Street Dakwah' Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN)

Tidak hanya melakukan 'engagement' dengan peringkat-peringkat tertinggi negara, NGO-NGO Islam di tanahair juga giat menjalankan aktiviti dakwah di tempat-tempat awam di seluruh negara.

Aktiviti yang kini popular dengan jolokan 'Street Dakwah' sejak sekian lama menjadi antara aktiviti mendekatkan agama kepada masyarakat awam.

Semalam, bertempat di Pasar Malam, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Ahli-Ahli Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN) menyambung kerja-kerja dakwah di peringkat awam. Berbekalkan semangat, keringat, wang ringgit dan masa, mereka berkumpul untuk memperingatkan bagi yang lupa, menyampaikan bagi yang belum tahu dan berpesan kepada yang sudah sedia maklum mengenai Islam dan amalan-amalan Islam yang sering dilupakan.









Turut kelihatan menyampaikan risalah-risalah dakwah ialah Pengerusi PEMBELA, Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin. Berpengalaman mengadakan aktiviti dakwah jalanan sejak 25 tahun yang lalu, Ustaz Hafiz Nordin membawa beberapa sukarelawan untuk menjalankan street dakwah di kawasan tumpuan orang ramai.

Ketika para peniaga sibuk berdagang mencari nafkah untuk kehidupan dunia, kumpulan ini memilih untuk berniaga dengan perniagaan yang lebih menguntungkan iaitu menjalankan 'perniagaan dengan Allah' di pasar malam tersebut.

Sepertimana firman Allah di dalam beberapa ayat di dalam al Quran.

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.(Surah Al-Fatir Ayat 29 - 30)

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, (Surah As-Saff ayat 10 hingga 11)

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (at Taubah ayat 111)

Street Dakwah tidak terhenti di situ, di samping Amar Ma'ruf turut dijalankan oleh NGO-NGO ini ialah aktiviti Nahi Munkar (Mencegah Yang Mungkar) di tempat-tempat di mana masalah-masalah sosial berlaku dengan begitu galak di Pulau Pinang.






Beberapa pasangan Muslim yang berkelakuan tidak sopan di Pantai Bersih, Butterworth telah didekati dan ditegur dengan cara yang elok termasuk menasihati mereka dengan sesi kaunseling di lokasi yang sama. Semua pihak memberi kerjasama yang baik dan berjanji akan memperbaiki diri dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.

Semua kerja-kerja turun padang ini harus disokong oleh semua pihak supaya aktiviti Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar berjalan dengan subur.

Jika sesiapa yang berminat untuk memberi sokongan dan menyatakan solidariti kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh NGO Islam di bawah Gabungan Bela Hak Insan Ini, anda boleh menghubungi pihak mereka supaya pihak mereka dan NGO-NGO yang menjalankan tanggungjawab yang sama dengan mereka mendapatkan sokongan yang cukup untuk terus bergerak dengan lebih kuat, tersusun dan mempunyai keupayaan yang lebih dari mencukupi.

Hubungi mereka di talian berikut :







Pengerusi GABUNGAN : 
013-5124721  (Tuan Haji Mohamed Nordin)







0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.