Monday, 4 August 2014

SPRM diminta siasat Peguam Negara dan Ketua Polis Negara


photo_2014-08-04_14-28-34

BANGI, 4 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan kegagalan mereka mengambil tindakan terhadap kes menghina agama atau kaum di negara ini seperti yang didedahkan media tempatan.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, mereka seolah-olah mengamalkan pendakwaan terpilih apabila melibatkan kes penghinaan yang dilakukan oleh orang bukan Islam.
“Berapa banyak kes sehingga hari ini yang tidak diambil sebarang tindakan jika ianya melibatkan orang bukan Islam.
“Sebaliknya jika orang Islam dan Melayu yang melakukan perkara itu, dengan pantas dan segera diadakan siasatan.
“Jadi apakah sebenarnya yang menghalang IGP dan AG daripada tanggungjawab ini sehingga menyebabkan mereka yang bersalah dilindungi?” soal beliau dalam satu kenyataan.
Mengikut pendedahan beberapa sumber seperti Sinar Harian, The Malaysian Insider dan blog Bangkit.info, antara kes penghinaan terhadap agama yang masih tiada tindakan ialah melibatkan pemilik akaun Facebook Smallfield Benjamin, pemilik akaun Facebook Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang kesnya sehingga kini masih tergantung, penyanyi rap, Namewee yang lebih tujuh tahun tiada tindakan diambil ke atasnya, Pengerusi Pertubuhan Seni dan Budaya dan pemilik akaun Facebook David Orok, pemilik akaun Facebook Kwang Yung, terkini Kelvin Yap serta ramai lagi yang terlibat tetapi masih bebas tanpa tindakan.
Dalam pada itu, status 30 laporan polis yang dibuat ISMA ke atas parti chauvinis DAP dan pemimpinnya Lim Kit Siang juga sehingga kini masih tiada maklumbalas mahupun tindakan yang diambil. Ini berikutan Lim Kit Siang telah memfitnah ISMA semasa himpunan di Dataran Merdeka sempena ulang tahun pertama PRU13 pada 4 Mei lalu dan ucapan tersebut telah disiarkan di youtube pada 7 Mei 2014.

Pautan Asal :


2 comments:

  1. Soalnya, apa SPRM boleh buat dgn Gani Patail? Bukankah semua pertuduhan akan masuk ke meja Gani juga?

    Yang kita perlukn ialah Penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat kedua mrk.

    Knp keduanya mcm x berfungsi?

    Apa kerajaan juga tahu pasal AG yg x boleh diharap sampai lantik Shafiee Abdullah dalam satu kes libatkn govnmt sebelum ni?

    Tubuh suruhanjaya siasatan diraja. Kita mahu masalah ni dikorek hingga ke akar umbi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan harap ler brader Khalid.

      Semua buat pekak je. Tunggula PRU14 nnti.

      Tak lama lg jer tu. Klu Gani AG lg, alamatnya Najib boleh mula bungkus barang mulai sekarang.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.