Friday, 15 August 2014

Sepak Mula Gerakan Pemberontakan Kepada Sistem Raja Beperlembagaan dan Raja-Raja Melayu Telah Dilancarkan

Bertepatan dengan tarikh 14 Ogos 2014, gerakan pemberontakan ke atas Sistem Raja Beperlembagaan Malaysia telah dilancarkan oleh gerakan  'Kembalikan Selangorku' A Black Ribbon Campaign.

Sepak mula kepada gerakan pemberontakan kepada Sistem Raja Beperlembagaan ini dimulakan melalui sidang akhbar Sekretariat Badan Bukan Kerajaan (NGO) Teo Beng Hock Trust For Democracy.

Gerakan ini telah menunjukkan belang mereka. Mereka dengan penuh biadab menyatakan kepada Sultan Selangor dengan perkataan berikut:

"Kita mohon agar Sultan Selangor untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran dan keputusan mengenai pemilihan pucuk pimpinan kerajaan  negeri," 


Sepak Mula Pemberontakan Kepada Sistem Raja Beperlembagaan, ke mana halatuju akhir mereka dan sehingga tahap mana kaedah melawan sistem ini akan digunakan mereka?

Siapa mereka untuk menasihati Sultan? Siapa pula mereka untuk mempertikaikan peranan Sultan Selangor di dalam menentukan serta mahu menyekat hak-hak baginda sebagaimana yang dibenarkan serta termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri?

Benarlah kata-kata Tun Abdul Hamid, bekas Ketua Hakim Negara, penghapusan Ordinan Darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan terbaru cadangan menghapuskan Akta Hasutan 1948 telah menjadi baja yang menyebabkan semua elemen-elemen ekstremis dan subversif yang selama ini bersembunyi, kini berani keluar menunjukkan muka mereka masing-masing.

Apakah Ketua Polis Negara dan Tan Sri Gani Patail masih belum dapat nampak dengan jelas ke mana halatuju akhir gerakan yang baru dimulakan ini semalam? 

Tindakan mereka ini menghina Sistem Raja Berpelembagaan telah menyebabkan sistem yang diamalkan oleh demokrasi unik  negara ini menjadi subjek cacian, dibenci serta mendapat penghinaan oleh orang ramai.

Pemerintah, organ-organ pemerintah serta semua pihak yang menghormati Sistem Raja Beperlembagaan ini harus tampil menyatakan bantahan dan membuat laporan Polis supaya gerakan pemberontakan ini dapat dipatahkan sebelum ia mencetuskan keadaan huru hara di dalam negara.

Semua elemen subversif dan ekstremis yang turut disokong oleh mereka-mereka yang telah dibuktikan pernah didanai oleh dana asing seperti Datuk S Ambiga yang juga telah mengeluarkan kenyataan serupa tentang Sultan Selangor harus diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.

Jika tidak bersedia untuk menyerahkan tugas menjaga Sistem Raja Beperlembagaan ini kepada rakyat-rakyat yang setia kepada Agama dan Ulil Amri, maka sila bertindak segera ke atas elemen-elemen ekstremis, anarkis dan mungkin juga diserap golongan subversif selama ini.




Rujuk berita berikut:
http://www.rakyatnews.my/index.php/20140814217472/ekslusif/sultan-didesak-tidak-campuri-urusan-kerajaan-selangor

27 comments:

  1. Diorg buat mcm undang2 negara ni x wujud. Mcm mana kalau org Islam yg setia pada raja dan negara pun anggap tak ada undang2 wujud?

    Apa akan jadi pada negara kalau langkah tu diambil oleh org2Islam?

    Tlg la polis tgk kejap. Tlg la AG tgk kejap. tolong la semua yg brtanggungjawab tgk kejap. Kalau dah huru hara, lebih teruk keadaan negara nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.

      Tima kaseh AG dan Ketua Polis. Nanti murah la rezki pakcik lepas ni.

      Boleh la sambut raya haji kat Mekah guna duit upah kerja pakcik yg akan berlipat ganda lepas ni.

      Hidup AG!

      Delete
    2. Sebenarnya sikap berlembut tidak kena tempat oleh pemerintah menjadi antara punca gol ni semakin melampau.

      Delete
    3. Itu sebabnya dalam post terbaru Tun M dia menyalahkan DS Najib terlalu melayan tuntutan Pembangkang...kononnya nak raih undi tapi habok pun tak dapat. Kena hina/kutuk lagi ada. Inilah padahnya bila nak mengampu kafir laknatullah...

      Delete
  2. Klu nama pakcik Penggali Kubur tukar ke pembakar mayat.. Aku setuju nk aminkn cita2pkcik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Mohjon dijauhkan Allah wahai Tuan Penggali Kubur.

      Delete
  3. Nampak sangat ke mana halatuju mereka2 ini. Bersikap anti sistem raja. Cuba nak tidakkan peranan raja. Bukan ke tu nak menuju sistem Republic?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kemuncak halatuju mrk tuan Hamba Allah. Cuma mungkin kita rakyat biasaa sedar. Yg di atas sedang lena diulit mimpi2 indah rasaanya.

      Delete
  4. Siapa mereka? tak tau lagi ke? ANAK GAMPANG!!!!

    ReplyDelete
  5. Saya mohon semua hak warganegara yang diberikan kepada moyang mereka yang terlibat dihapuskan dan dikembalikan status mereka seperti sebelum merdeka.Sekian sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg kita cuba nyatakan. Jika kontrak sosial dipersoalkan, tentu sahaja akan ada tindakbalas dr orang2 Melayu mempertikaikan kerakyatan yg diberikan sebagai timbal balik kepada semua hak2istimewa.

      Delete
  6. Itulah kejayaan bn..melahirkan generasi yg saling membenci...jika pr memerintah..rakyat malaysia akan dikenali dengan satu bangsa sahaja...tiada lagi melayu , cina ...dll...hanya bangsa malaysia...agama pun x akan tercatat dalam ic kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak mcm dah dekat jer ni. Anak Anonymous16 August 2014 09:20 ada nak buat tempahan ke..?

      Meracau bagai org tgh sakaratul maut. Peluang bisnes jarang pakcik lepaskan.

      Contact pak cik klu perlukan lubang. Salam.

      Delete
    2. Pakcik Penggali Kubur buat saya tersenyum sorang2.

      Delete
  7. Elehhh semua keyboard warrior je kat sini. Gi la buat laporan polis. Tanggungjawab bersama kekalkan keamanan negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus ler tu ada keyboard warrior sheikh. Daripada jadi keyboard barua kafir.lagi la teruk.

      Delete
    2. Keyborad Barua.. hmmm.. term yg sangat sesuai.. mohon izin guna nanti bila perlu Pakcik Penggali kubur..

      Delete
  8. Rilek brader sume.. Ini fueled by politic.. Harap jgn la kite sampai benci membenci kaum lain.. Bukan semua berpandangan sedemikian dan ada antara kita yg bersetuju senyap2 berkenaan hal ni.. Ok tengkiu.. Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hanya fueled by politic Fairus Elroy, ia juga dibaja oleh sentimen membenci segala yg melayu dan Islam seperti yg didoktrinkan ke atas mereka sejak kecil..

      Kumpulan ini tip of the iceberg.. di bawah sana, ada insan2 yg sudah sedia terprogram untuk membenci Islam, Melayu dan sistem Raja2 Melayu menunggu untuk dimanipulasikan untuk digerakkan sebagai agen2 gerakan ini.

      Delete
  9. tulahhh...lain kali jangan bagi undi pada golongan ni.. sebb melayu berpecah.. tu pasal diorang berani. cube melayu bersatu..diorang pon takot nak bersuara

    ReplyDelete
  10. SALAM KE ATAS ANDA SEMUA,

    A) NEGARA MALAYSIA ADALAH KAFIR KERANA :

    1) Negara Malaysia mengakui Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi dalam Malaysia (artikel 4 Perlembagan Malaysia), padahal agama Islam dan undang-undang Islam adalah yang tertinggi di sisi Allah swt (Quran 9:33);

    2) Negara Malaysa menyerahkan DAULAT kepada manusa (artikel 39 Perlembagaan Malaysa) padahal DAULAT adalah hak Allah sahaja (Quran 3:26);

    3) Negara Malaysia membuat undang-undang manusia (artikel 44 Perlembagan Malaysia), padahal Allah saja yang berhak dan berkuasa untuk membuat undang-undang (Quran 12:40, 6:57);

    4) Negara Malaysia menguat kuasakan undang-undang manusia (artikel 43 Perlembagan Malaysia), padahal undang-undang Allah adalah diperintahkan untuk dikuat kuasakan ke atas manusia (Quran 5: 48,49,50);

    5) Negara Malaysia menghukum manusia dgn undang-undang manusia
    (artikel 121 Perlembagaan Malaysia), padahal menghukum dgn undang-undang manusia adalah kafir (Quran 5:44).

    6)Mengikut interpretasi Mahkamah Agung mengenai kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan Negara ( fasal 3 (1) Perlembaaan Negara), ianya tidak bermaksud bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ( Che Omar bin Che Soh versus Public Prosecutor dan Wan Jalil bin Wan Abdul Rahman & anor versus Public Prosecutor, 1988, 2 mlj 55). Sempena penghakiman terhadap rayuan kes tersebut, Mahkamah Agung memutuskan bahawa agama Islam mengikut fasal 3(1) hanyalah terhad kepada hal-hal adat istiadat dan peribadatan ritual sahaja, bukan agama rasmi negara, dan ia (Mahkamah Agung) juga mengisytiharkan dalam keputusannya itu bahawa MALAYSIA BUKANLAH SEBUAH NEGARA ISLAM, tetapi sebuah negara sekular yang mengamalkan undang-undang British.

    B. KITA JADI KAFIR KERANA :

    Kita jadi kafir bila kita amalkan agama demokrasi yg kafir kerana itu bererti kita melakukan perkara-perkara kafir seperti berikut:

    1. Kita menyerahkan kuasa untuk memerintah kpd manusia - Quran 4:53, 60 padahal Allah sahaja yang berkuasa untuk memerintah ke atas umat manusia – Quran 3:26, 7:54;

    2. Kita menyerahkan kuasa kpd manusia utk membuat undang-undang manusia - Quran 5:50, padahal Allah sahaja yang berkuasa dan berhak untuk membuat undang-undang – Quran 12:40, 6:57;

    3. Kita menyerahkan kuasa kpd manusia utk menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia padahal Allah sahaja yang berhak untuk menguat kuasakan undang-undang Allah ke atas manusia - Quran 5:48,49;

    4. Kita menyerahkan kuasa kpd manusia utk menghukum manusia dengan undang-undang manusia padahal Allah sahaja yang berhak untuk menghukum manusia dgn undang-undang Allah – Quran 5:44, 45,47;

    5. Kita menjadi hamba kpd manusia bila berada di bawah kuat kuasa undang-undang manusia padahal manausia adalah hamba Allah – Quran 1:1;

    6. Kita mempercayai dan mengatakan bahawa demokrasi adalah tidak kafir dan membolehkan amalannya sebagai jalan untuk memperjuangkan Islam –Quran – 16:116 padahal Allah telahpun mengharamkan konsep Matlamat menghalalkan cara – Quran 35:10.

    7. Kita sembah manusia apabila kita taat dan patuh kpd undang-undang manusia – Quran 9:31;

    8. Kita setuju dan redha kpd sistem politik demokrasi, undang-undang demokrasi dan kpd Tuhan-tuhan Manusia - Quran 11:113, 16:106;

    9. Kita lantik manusia sebagai Tuhan-Tuhan Manusia (Toghut) kerana mereka adalah berkuasa dan berdaulat, mereka membuat undang-undang manusia dan mereka disembah oleh manusia - Quran 79:24, 28:38;

    10. Kita sekutukan Allah apabila kita lantik manusia sebagai Tuhan-tuhan Manusia - Quran 42:21

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali ke atas Wan Solehah al Halbani.

      Pihak kami telah menulis tentang kedudukan Islam yang lebih tinggi dan atas dari Perlembagaan semasa menjawab jawapan dari Dr Farouk Musa (IRF).

      Mohon luangkan masa membaca apa yang sudah sedia lama dibincangkan di sini.
      Pautannya di bawah :
      http://www.bangkit.info/2014/06/irf-masih-tak-mampu-mebuktikan-kalimah.html

      Terima kasih atas pendapat. Pandangan ringkas kami seperti yang terdapat di dalam set jawapan kepadanDr Farouk Musa tersebut.

      Wassalam.

      Delete
  11. ..negara tidak menjadi kafir & islam.. yang jadi manusia & jin.. jika dilihat dari hujjah Wan Solehah.. nampaknya ramai TG2 dalam pas sudah jadi kafir..bab yang dalam umno lagi laa.. ..berbanding dengan pas gelaran disandang pun tidak mencerminkan ilmu agamanya.. berbalik kepada asas nya ialah sifat kebencian yang ditanam berpuloh tahun sesama saudara seagama atas nama politik yang dihiasi dengan kata2 indah disebalik racun jiwa yang berbisa..

    ..nampaknya bala sudah semakin dekat kepada umat melayu islam dan bersedialah untuk menerima pembalasan diatas kecuaian sendiri..

    mana2 yang sudah yakin dan bersedia untuk masuk kubur.. ini bukan masalah besar.. mereka tawakkal akan perkara yang akan mereka hadapi di akhirat kelak.. yang resah cuma mereka2 yang pura2 alim dan zuhud atas kepentingan politik dan nafsu mereka..

    ReplyDelete
  12. Bala diturunkan oleh Allah jika manusia menolak Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu janji yang pasti Tuan Hamba Allah. Bersama kita kembali kepada al Quran dan sunnah dan bukan kitab2 tahaluf ciptaan manusia.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.