Tuesday, 5 August 2014

Segmen Tertentu Masyarakat Malaysia Lebih Kebal Dari Majlis Raja-Raja?

"Negara ini ada undang-undang.." Itu kata IGP bila ditanyakan sekumpulan wartawan setelah menonton klip video mangsa provokasi seorang rasis tua di Pantai Timur.


"Garang sungguh perempuan tu.. mana boleh macam tu. Kalau kemalangan, kita laporkanlah kepada polis, biar polis siasat. Janganlah mengambil tindakan sendiri. Dia ni bawa nu ketuk-ketuk, ketuk sana ketuk sini.. sooo, that amount to road bully, kita akan ambil tindakan terhadap dia.."

Lima hari kemudian, Kiki Kamaruddin, SELESAI dihukum. Semua proses dari tahanan, siasatan, pendakwaan dan menjatuhkan hukuman berlaku di dalam tempoh kurang lima hari.

Mari kita lihat pula dua kes ketuk sana ketuk sini di bawah. Jika mengetuk kereta, dikenakan hukuman denda RM 5,000 dan khidmat masyarakat selama 240 jam, apa pula tindakan yang telah diambil ke atas mereka-mereka yang melakukan tindakan mengetuk manusia di bawah ini?


Kejadian di atas berlaku pada Mei 2014. Boleh kami dapatkan penjelasan lanjut dari Tan Sri IGP dan Tan Sri Gani Patail berkenaan perkara ini? Jika sudah diambil tindakan, tolong war-warkan supaya persepsi tindakan selektif Pejabat Peguam Negara dapat dihapuskan segera.

Jika masih belum ada tindakan diambil, apa pula alasan yang mahu Tan Sri IGP dan Tan Sri Gani Patail berikan supaya masyarakat faham, kenapa ada perbezaan layanan di dalam kes-kes yang hampir sama dan serupa di atas?

Lihat pula kes ketuk sana ketuk sini ke atas seorang penguatkuasa wanita di bawah.


Dr. Novandri, seorang blogger dan pemerhati politik menulis tentang perkara ini yang berlaku Julai 2014 pada pautan ini. http://novandri.blogspot.com/2014/07/selepas-isu-cdm25-wanita-ditampar-oleh.html

Sebagai blogger pro Kerajaan, tentu sahaja apa yang ditulisnya berniat mahu keadilan ditegakkan tanpa memilih bulu.

Begitu juga dengan kami di sini. Keadilan merupakan prinsip-prinsip yang asas dan perlu diberi perhatian di dalam Islam. Sebagai kumpulan penulis yang tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak kecuali prinsip-prinsip agama Islam, pihak kami mendapati perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh pihak yang bertanggungjawab.

Semua tindakan selektif ini seolah-olah mencadangkan terdapat segmen tertentu di dalam masyarakat diberikan perlindungan serta kekebalan daripada sebarang tindakan undang-undang. Malah tidak salah jika apa yang diperkatakan serta disindir orang ramai di dalam laman siber bahawa mereka-mereka ini seolah-olah lebih kebal daripada Majlis Raja-Raja itu sendiri.

Apakah wujud sebarang bentuk perkara di dalam Perlembagaan yang memberikan pengecualian tertentu kepada segmen masyarakat ini daripada sebarang tindakan undang-undang? Jika ada, tolong jelaskan supaya kami faham. Sebagai warga yang menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang, pihak kami akan akur jika ada peruntukan kekebalan sedemikian rupa di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jika tidak ada, kenapa semua ketidakseimbangan tindakan undang-undang ini boleh berlaku.

Saudara Khary Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO merangkap Menteri Belia dan Sukan sendiri juga  telah menyuarakan pendapat menuntut keadilan sewajarnya ditegakkan secara adilnya. Beliau merujuk kes Kelvin Yip yang masih bebas setelah secara biadabnya menghina Agama Negara iaitu Agama Islam. 



Sebagai seorang Menteri yang terlibat di dalam barisan Kabinet Kerajaan diketuai Najib Tun Razak, beliau mungkin dapat merasakan tindakan selektif Pejabat Peguam negara menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati yang sedang menular bagai wabak di dalam masyarakat.

PDRM semalam telah mengumumkan AKAN mengambil tindakan ke atas Kelvin Yip. Tahniah PDRM. Semua sedang menunggu samada Pejabat Peguam Negara AKAN memberi lampu hijau kepada pendakwaan Kelvin. Sama seperti mana lampu hijau yang TELAH diberikan semasa kes Kiki Kamaruddin, Ustaz Abdullah Zaik dan Ustaz Shahul Hamid.

Perdana Menteri harus mengambil serius tentang perkara ini. Ada sesuatu yang benar-benar tidak kena dengan semua ketidakadilan yang sedang berlaku ini.

3 comments:

  1. Sampai sat ini malaun-2 yang dimaksudkan masih tak menjawab....

    ReplyDelete
  2. Kalo drang betul, dh lma jwb dah. Diam tnda takut kot? Atau mmg jenis manusia kullit tebal.

    ReplyDelete
  3. Si mamat-kari-LIBERAL-DALANG-DUA-MUKA ni, pejuang utama hak KESAMARATAAN, pun tak boleh percaya; bukankah dia hari tu juga beria MENGHINA mahkamah Syariah - lihat di - http://paneh.blogspot.com/2014/06/kj-nak-hapuskan-kuasa-mahkamah-syariah.html , KJ nak hapuskan kuasa Mahkamah Syariah?!, Coretan: paneh, June 12, 2014! Lihat juga di - https://twitter.com/YouthMalaysia/status/494787551119421440/photo/1:

    oceanbiru ‏@oceanbiru 1 Std.

    @YouthMalaysia @Khairykj #SavePalestinianFromHamas. Hamas mus accept Egypt's' ceasefire proposal 4Palestinian Gazans. pic.twitter.com/dUHIZXRiez

    Seadngkan HAMAS adalah pejuang PEMBEBASAN ISLAM Palestin!

    Sebenaqnya PERISIK utama si Barat-ZIONIS, selain dari PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL DAPBANGKAI-ANJING/PKRSODOM, ialah disyaki dari puak LIBERAL Islam/Melayu - yg. disyaki ditaja BERJUTA atau diBLACKMAIL (termasuk anak bini mereka)! Ini MO biasa si Barat-ZIONIS! Bahkan lihatlah bagaimana si mamat-nazri sampai BERPELUKAN dgn. JIJIK; mcm. si puak SODOM dgn. jantan-guan eng DAPBANGKAI-ANJING tu!

    Dan si AG-LIBERAL ni - memang patut DIGANTI! SUNGGUH MENCURIGAkan perangai dia ni - tapi kita rakyat biasa dari umat Islam/Melayu tak dak HAK nampaknya utk. minta dia ni sendiri diSIASAT! Perangai seolah semcm. DIKTATOR - seolah dia lebih berkuasa dari DYMM YDPA-MAIN/Mahkamah Syariah mahupun K'jaan di dlm. isu berkaitan ISLAM/umatnya!

    Aku sentiasa berdoa setiap pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENAKUT/PENGKHIANAT dihukum ALLAH SWT! Kalau nak jadi PENGKHIANAT/PENAKUT kat PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL si MUSUH ISLAM/umatnya, tak payahlah jadi pemimpin kat NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kami ni - mcm mana mereka tidoq lena dan makan kenyang pun, aku tak tahu!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.