Sunday, 31 August 2014

RM 400, Harga Maruah Negara Tercinta?

Jika ditanyakan, berapakah nilai harga pengorbanan harta, keringat, darah dan nyawa nenek moyang kita dalam membina sebuah ketamadunan Melayu Islam di Nusantara ini, melalui perit getir peperangan dan segala ancaman sejak ribuan tahun dahulu untuk memastikan tanahair ini kekal Islam, jawapannya saya berikan secara tepat, RM 400.00 SAHAJA.

Jika ditanyakan, berapakah nilai pengorbanan anak-anak peribumi tanah ini seperti Leftenan Adnan, Kanang Anak Langkau, ribuan anggota polis dan tentera, orang-orang awam yang berjuang dengan titisan keringat, darah, harta dan nyawa untuk membebaskan negara ini dari segala bentuk anasir yang ingin menjahanamkan sifat negara ini dari sifat asalnya, jawapannya secara tepat ialah, RM 400 SAHAJA.

Jika ditanyakan berapakah nilai pengorbanan pemimpin-pemimpin negara, warga-warga Malaysia yang setia dan berteguh menjunjung Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dengan keringat, harta, darah dan nyawa, jawapan tepatnya ialah RM 400.00 SAHAJA.

Persoalannya, kenapa nilai himpunan semua pengorbanan ini begitu murah dan amat hina lagi dina sekali?

Kejadian sekumpulan pengkhianat imej dan maruah negara membuat sesi foto separtuh bogel di jalanan terbuka di Ipoh beberapa hari lepas membuka ruang kepada justifikasi jawapan harga maruah negara tersebut.

Dengan hanya menggunakan tindakan Tipping Point, mereka menghancurkan segala imej baik, cemerlang dan dibanggakan negara serta warganya selama ini. Pemimpin-pemimpin negara berpenat lelah, tidak cukup tidur dan rehat sepanjang siang dan malam untuk memastikan negara aman makmur dan terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara Islam modern, progresif, mencintai keamanan dan penuh tatasusila.

Apa itu tindakan Tipping Point?
Tipping Point ialah satu bentuk perbuatan atau tindakan yang kecil yang boleh memberikan satu perubahan kesan yang sangat besar dan penting.

Contoh terbaik Tipping Point ialah tindakan kedua-dua model biadab yang bertindak meludah Prinsip-Prinsip Asas Rukun Negara dengan perbuatanseparuh bogel mereka. Perbuatan mudah serta murah yang dilakukan mereka ini telah memberikan kesan yang sangat besar kepada imej negara sebagai sebuah negara Islam yang dihormati.

Negara mengambil masa yang lama untuk diangkat sebagai sebuah negara Islam yang dihormati di seluruh dunia. Bukan calang-calang pengorbanan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara untuk mengangkat imej ini sehingga bila disebutkan Malaysia, ia akan segera diingati sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan moden.

Tetapi semua itu dapat dihancurkan dengan mudah. Puluhan tahun usaha dapat dihancurkan dengan hanya mengupah dua orang model berjalan secara separuh bogel di tengah-tengah bandar utama di dalam negara.

Apabila imej itu diviralkan, maka seluruh dunia akan terkejut melihat kebejatan sedemikian rupa boleh berlaku di dalam Malaysia, sebuah negara yang selama ini dipandang tinggi oleh negara-negara Islam di seluruh dunia. Dan ini bukanlah kali pertama Malaysia dikaitkan dengan budaya bogel di tempat awam dan tempat terbuka.

Terbaharu, kes model berkeliaran bebas melakukan sessi penggambaran dalam keadaan separuh bogel di jalan terbuka. Pada awalnya, pihak PDRM mengumumkan akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Apa itu Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336)?

Berikut pernyataannya:

 Insulting Behaviour

14. Any Person who uses any indecent, threatening, abusive or insulting words, or behave in a threatening or insulting manner or posts up or affixes or exhibits any indecent, threatening, abusive or insulting written paper or drawing with intent to provoke a breach of the peace is likely to be occasioned, shall be liable to a fine not exceeding one hundredth ringgit.

100 Ringgit denda untuk mencemarkan imej baik negara di mata dunia????

Nilai RM 100 pada tahun 1955 memanglah besar. Tahun 1955, satu troy ounce emas (lebih kurang 31.1 gram) bersamaan dengan USD 35.04. ia bermakna, 1 gram emas bersamaan dengan USD 1.13. Itu adalah zaman di mana harga sebungkus Koay Teow Goreng kurang dari lima sen. Denda seratus ringgit pada ketika itu amatlah besar bagi yang melakukan tindakan lucah dan kurang sopan dikhalayak ramai.

Tetapi, ini tahun 2014. Harga 1 gram emas dalam turun naiknya pada minggu lepas berada pada aras RM 124 satu gram.

Oleh kerana denda ini terlalu kecil, maka pihak pendakwaan terpaksa menyelongkar buku demi buku undang-undang untuk mendapatkan denda yang lebih setimpal dengan kesalahan yang dilakukan pasukan produksi model tersebut.

Hasilnya, pada 27 Ogos 2014, mereka didakwa di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan. Itulah sahaja yang termampu dilakukan oleh undang-undang kita yang sudah lama tidak disemak kembali untuk lebih sesuai dengan peredaran zaman. Undang-undang tidak salah. Yang salah ialah pihak yang harus menasihati AHli-Ahli Parlimen supaya membuat penambahbaikan undang-undang yang tidak menjalankan tugas dengan baik.

Hasilnya, kes model separuh bogel ini hanya mampu di dakwa di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan.

Apa itu Seksyen 268 dan Seksyen 290 Kanun Keseksaan?

Berikut Pernyataannya :
268. Public Nuisance
(1) A person is guilty of a public nuisance, who does any act, or is guilty of an illegal omission, which causes any common injury, danger, or annoyance to the public, or to the people in general who dwell or occupy property to the vicinity, or which must necessarily cause injury, obstruction, danger, or annoyance to persons who may have occasion to use any public right.

290. Punishment for public nuisance
Whoever commits a public nuisance in any case not otherwise punishable by this Code, shall be punished with fine which may extend to four hundred ringgit.

Jelas, hukuman yang dikenakan ke atas kedua model yang telah mencemarkan imej negara tersebut adalah hukuman paling maksimum yang dikenakan.

Kacau ganggu kepada ketenteraman awam hanya biasanya melibatkan perasaan resah kepada kumpulan awam setempat yang terlibat sahaja. Tetapi perlakuan mereka ini, mencemarkan imej negara di mata dunia. Dalam era internet,  laman sosial dan dunia tanpa sempadan, berita ini sangat cepat tersebar ke seluruh dunia.

Satu persatu peristiwa bogel dan lucah sedang mewarnai landskap imej negara. Setakat ini hanya kes bogel di Teluk Kampi, Pulau Pinang menunjukkan pelakunya dikenakan hukuman yang bernada tegas.

Selepas ini, setelah mengetahui kos modelling dengan keadaan separuh telanjang di jalan-jalan terbuka hanya boleh didenda dengan harga RM 400, maka akan berpusu-pusulah syarikat produksi berlumba-lumba melakukannya. Malah, para model juga tidaklah terlalu risau dengan kerja-kerja separuh lucah mereka. Apa yang perlu ialah, memasukkan kos denda RM400 oleh Mahkamah di dalam sebutharga tugasan mereka.

Lebih malang lagi, kedua-dua model itu seakan diberikan publisiti murah untuk mengiklankan diri mereka di seluruh dunia hanya dengan kos RM 400. Tidak perlu bayar kepada pengiklanan dengan mana-mana agensi, tidak perlu mengupah perunding imej dan perunding promosi dengan bayaran mahal untuk mengiklankan khidmat mereka. Caranya mudah. Ikuti proses berikut;
1. Berjalan separuh telanjang di mana-mana bandar besar dalam negara
2. Pastikan ianya menjadi kontroversi dengan memviralkan perbuatan tersebut.
3. Tunggu Polis datang.
4. Tunggu Pendakwaan di Mahkamah.
5. Tidak perlu upah peguam, hanya perlu mengaku salah kerana denda maksimum ialah RM 400.
6. Tunggu wartawan Star dan Sin Chew Daily datang membuat promosi percuma dengan berita-berita mereka.
Tersenyum Lebar Selepas Mendapat Promosi Khidmat Percuma Dengan Hanya Mengeluarkan Kos RM 400. Maruah Negara Dipijak dan Dinajisi, Tetapi Mereka Masih Boleh Tersenyum Lebar. Apalah Sangat Dengan Maruah Negara. Harganya Cuma RM 400.
Mudahkan? Inilah harga maruah negara kita Malaysia. RM 400. Maruah negara dinajisi di depan mata kita semua hari ini kerana ada pihak yang bertanggungjawab dengan undang-undang sudah tidur terlalu lama.

Darah Perwira. Berapa Harganya? Cuma RM 400 SAHAJA.
Undang-undang tidak salah. Yang salah ialah orang yang bertanggungjawab menasihati menteri-menteri kabinet tentang keperluan menjalankan penambahbaikan kepada undang-undang sedia ada.


Lainlah, jika pihak-pihak ini masih terperangkap di dalam tahun 1955 di mana harga sebungkus Koay Teow Goreng, mungkin kurang dari Lima sen sebungkus.


Tolong Bangkit! dari lena yang panjang!!!

Bangkit!!!!!

Bertungkus Lumus Siang Dan Malam Menyelesaikan Isu Negara. Berapa Harga Maruah Pengorbanan Pemimpin Negara? RM 400 Sahaja.

17 comments:

  1. Sedih. Begitu mudah maruah negara diinjak2.

    Betapa murah! Betapa Murah!!

    Maafkan kami wahai pejuang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan itu tidak mungkin berlaku jika semua pihak yang dipertanggungjawabkan memelihara serta memulihara undang2 melakukan kerja2 mereka.

      Undang2 perlu diselaraskan sesuai dengan masa. Berpandukan al Quran dan As Sunnah sebagai tolok dan panduan. In Sya Allah, keadaan seumpama ini dapat ditangani dengan betul dan tidak melumpuh.

      Delete
  2. Haram jadah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika mahu dicarutkan.. nescaya 24 sehari tidak cukup utk menyumpah seranah isu ini.

      Delete
  3. Bagi muka sangat kat puak2 kapir ni, apa lgi, naik atas kepalalah depa ni.
    Ni nak minta halalkan pps pla. Memang melampau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi betis mahu paha. Mrk akan terus meminta. Cuma yang lemah dan bebal sahaja akan terus menurut.

      Delete
  4. Bagi muka kat puak2 kapir, ni jadi mcm nilah ben. Ni nak minta halalkn pps pla. Kepala hotak depa. Kurang ajar punya dap

    ReplyDelete
    Replies
    1. PPS tu persediaan kepada penubuhan republik Pulau Penang. Senang. Bila jd republik nanti, dah ada pasukan utk serap jd polis republik.

      Delete
    2. nampak caranya sama dengan cara bgmana pasukan Haganah bertukar menjadi IDF sebaik Yahudi menawan Palestin.

      Delete
  5. Sula aje..2 ekor ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembalikan negara kepada undang2 asalnya.. In Sya Allah, mrk akan dihukum dengan hukum yg bersesuaian dengan perbuatan mrk.

      Delete
  6. Hari-hari gani tido ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahua'lam. Tapi tentu ia ada juga kaitan dengan jawatannya sebagai penasihat undang2 YDP Agong dan Menteri2 Kabinet.

      Delete
  7. Ubahlah undang-undang sebelum anda diubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Tapi pastikan kiblat perubahannya tetap al Quran dan As Sunnah.

      Delete
  8. Persediaan awal utk ambil alih negeri dn negara ini oleh sikapirdajal. Patut kena buang negara terui ja.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.