Wednesday, 13 August 2014

Rais Yatim Kata Cukup, Peguam Negara Kata tidak Cukup, Muhyiddin Kata Kalau Tak Cukup Mesti Cukupkan, Najib Senyap Tak Kata Apa.

Ketika kes Patrick Teoh membuat komen menghina Islam, seorang blogger (1) memuatkan komen lama Dato' Seri Rais Yatim. Sebuah komen yang dibuat pada 2009 kepada akhbar. Beliau tampil bagaikan seorang adiwira membuat kenyataan berikut semasa isu penghinaan terhadap Islam sedang memuncak:

"Kita ada undang-undang yang cukup!"



Sampai hari ini, undang-undang yang dikatakan cukup itu tidak mampu membawa Namewee dan Patrick Teoh ke muka pengadilan. Namewee dan Patrick Teoh masih galak berlakon.

Masuk dunia glamor dan mendapat pengaruh yang semakin besar.

Gagal membawa mereka ke muka pengadilan, alasan undang-undang tidak cukup untuk mendakwa kesalahan menghina agama pula digunakan.

Apakah Dato' Seri Rais yatim membohongi rakyat Malaysia pada waktu itu? Jika benar, kenapa Peguam Negara masih menggunakan alasan tiada peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk dilakukan pendakwaan? Siapa sebenarnya bercakap benar dan siapa sebenarnya yang bercakap bohong? Kedua-duanya tidak boleh benar dan berbohong dalam masa serentak.

Harian Metro hari ini turut memuatkan artikel yang mengatakan negara mempunyai undang-undang yang cukup untuk mendakwa kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah siber.

Sekali lagi, rakyat Malaysia terkeliru. Cukup atau tidak cukup sebenarnya?

Atau undang-undang sedia ada cukup, tetapi kesungguhan pihak berkuasa untuk menggunakan undang-undang yang cukup itu tidak cukup tinggi?

Mujur TPM tampil memberikan cadangan supaya kemelut cukup dan tidak cukup undang-undang ini diselesaikan dengan segera oleh Peguam Negara. Artikel 145 (2) Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Peguam Negara menjalankan fungsinya dalam memberi nasihat kepada jemaah menteri mengenai perkara undang-undang negara. Masalah tidak akan timbul jika nasihat yang diberikan adalah nasihat yang betul.

Nasihat yang betul menyelesaikan masalah, nasihat yang tidak betul menimbunkan masalah. Ada sesiapa yang tidak bersetuju dengan kata-kata tersebut?

Rais Yatim Kata Cukup, Peguam Negara Kata tidak Cukup, Muhyiddin Kata Kalau Tak Cukup Mesti Cukupkan, Najib Senyap Tak Kata Apa. Habis semua orang keliru.

Entah ilmu apa yang Namewee dan Patrick Teoh pakai.



Rujukan:
1).http://satuhala.blogspot.com/2013/02/keadilan-untuk-patrick-teo.html

19 comments:

  1. peguam negara? kalau pelaku tu bangsa/agama lain...semedang je tak cukup...tapi kalau pelaku tu melayu/islam...terlebih lebih dari cukup utk diambil tindakan...ptuiii!!!

    azhar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu prkara yg mnjadi subjek bualan sesiapa sj dr warung kopi ke kabinet. Isu tanggapan wujud pendakwaan selektif mesti diselesaikan dengan pantas dan bijak.

      Delete
  2. Nice one Bangkit..

    ReplyDelete
  3. Namewee ada hutang dgn lu ke bai??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada.... hutang b@#£%g pe@#£ you and lubang pa£%at you....hehehe

      Delete
    2. Klu lu rasa dia tak ada hutang dengan lu dan datuk nenek lu yg berkorban keringat, harta, darah dan nayawa utk memastikan lu Islam hari ini, lu ada masalah bai..

      Delete
  4. Anon 13.07
    Namawee datuk lu ke RBA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah.. X pa, jgn risau lepas ni RBA dah tak ada. Kjaan selangor yg selama ini jd lubuk emas dan punca pendapatan diorang pun dah tumbang.

      Delete
  5. Kt mana sj ada la mgkuk2 RBA ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lana lagi tu bubsr la nanti. bila itik tak lagi bertelur emas utk mrk.

      Delete
  6. Namewee, petrick teoh tu bukan Islam. Biar pi ler. Mana diorg tau pasal Islam. Tak yh sibuk. Yg org Islam rasuah, songlap duit dalam kerjaaan tu xkan lu nak diam brader?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni satu lg sesat mana ntah. Hari2 kena tarbiah dgn KETUM, tu la jadinya. Ya Allah. Bagilah limpah kurnia taufik dan hidayat pada Batu Nisan kat atas ni. Amin.

      Delete
    2. Bukan Islam hina Islam nak biarkan mana letaknya Iman kamu. Sampai nama Allah pun nak dikongsi walaupun lain fahaman. Pembangang (pembangkang) dah gila....

      Delete
    3. Inilah dia generasi dgn fikiran faham terbalik. fiqh Awlawiyyat pun gagal difahami jelas.

      Delete
  7. Sebenarnya isu begini amat mudah untuk dikekang dan disekat. Sekali sahaja pm bercakap dengan nada amat tegas berserta ugutan yang wajar, tiada siapa rasanya yang berani melanggar. Semasa tun mahathir menjadi pm dulu karpal singh yang amat lantang bersuarapun akan tarik hand break bila ditegur oleh tun. So, jika pm reti bagaimana nak handle benda begini, soal kurang ajar, mempermainkan agama dan kaum akan terhenti. Pm najib patutnya tahu menggunakan vokalnya, bukan tau buat2 tak tahu jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan tuan hamba Allah. Semua ini atas ketegasan yang memgang tampuk pemerintahan. Jika undang2 yg ada tidak mahu digunakan, malah dihapuskan satu persatu utk menunjukkan ketrbukaan tidak bertempat, maka ini adalah sbb dan punca kpd prmasalahan yg sedang kita hadapi sekarang ni.

      Delete
  8. Aku paling2 heran ada lg babi bodo kat dunia ni dok jilat pungkok namewee ...patrick teoh...dan penentang islam ni...babi pun tau nk jilat apa...ni kan manusia yg masih xnmpak islam diperlemahkn

    ReplyDelete
  9. Ya allah berilah petunjuk kpd saudara islamku yg masih buta kayu ..xkenal musuh islam dimalaysia ini...amin

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.