Sunday, 10 August 2014

Pertemuan PEMBELA Bersama NGI dengan Ketua Polis Negara

Pihak PEMBELA bersama kumpulan NGI-NGI (Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan) telah mengadakan pertemuan dengan pihak PDRM untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi pasukan tersebut sehingga timbul isu pendakwaan selektif yang dibangkitkan pihak awam.
Beberapa isu berkenaan Kedaulatan Islam, Raja-Raja Melayu serta Hak-Hak Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan turut dibangkitkan di dalam pertemuan tersebut. Pertemuan telah diadakan pada 25 Ramadhan 1435 H (24 Julai 2014).

Sebagai Warga Bertanggungjawab, NGI-NGI Islam Mengadakan Pertemuan Untuk Mendapatkan Gambaran Jelas Tentang Isu Penghinaan Terhadap Islam dan Perlembagaan Persekutuan Dari Pihak Berkuasa.

IGP di dalam pertemuan tersebut menjelaskan bahawa pihak PDRM telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan melakukan siasatan dan menyerahkan semua kertas siasatan kepada pihak Pejabat Peguam Negara. Pendakwaan menurut IGP, tidak boleh diteruskan sekiranya tidak mendapat lampu hijau dari Peguam Negara.

IGP menyarankan kepada PEMBELA dan NGI-NGI yang hadir untuk bertanyakan hal tersebut kepada Tan Sri Abd Gani Patail dan Pejabat Peguam Negara.

Atas saranan IGP tersebut, pihak PEMBELA dengan kerjasama Bangkit! telah memuatnaik sepucuk surat terbuka bertanyakan hal pendakwaan tersebut kepada Peguam Negara. Surat tersebut dimuatkan di sini.



Malang sekali respons awal dari Peguam Negara bernada sombong. Beliau pada awalnya tidak mahu melayan pertanyaan dan permintaan pihak awam untuk mendapatkan gambaran jelas kenapa penghinaan Islam oleh individu seperti Namewee, Patrick Teoh, David Orok, Lim Kit Siang, P. Ramasamy, Kwan Yung, Kelvin Yip dan ramai lagi tidak pernah diterjemahkan dengan pendakwaan serius.


Bagai sebiji bola, isu ini disepak kembali kepada pihak PDRM. Rata-rata masyarakat mula berasa tidak senang dengan sikap Peguam Negara. Ketidakcekapan ini mula mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Saudara Khairy Jamaluddin.

Parti Politik yang menjadi tonggak kekuatan yang melayakkan Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri juga sudah mula bersuara. Pemimpin-pemimpin UMNO seperti Dr. Fuad Zarkashi sudah mula menyuarakan suara-suara dari akar umbi yang tidak berpuas hati dengan ketidakcakapan

Pakar Perlembagaan, Prof Shamrahayu Aziz juga menulis sebuah penulisan menegur serta menuntut Tan Sri Abd Gani Patail mengendurkan ketegangan ini dengan mengambil sikap lebih terbuka.



Sehari kemudian, Peguam Negara tampil menjelaskan tentang kes-kes penghinaan terhadap Islam oleh ramai individu bukan Islam di dalam negara.

Walaupun, penjelasannya tidak menjelaskan isu-isu ini dengan lebih terperinci  dan seperti melepaskan batuk di tepi tangga, tetapi permulaan sikap terbuka ini harus disambut dengan hati yang sedikit lapang.


Walaubagaimanapun, selagi semua pihak yang menghina Islam ini tidak dibawa ke muka pengadilan dan dihukum dengan adil menurut semua undang-undang sedia ada, pihak kami tidak akan berhenti menuntut sehingga Islam benar-benar berdaulat dan Undang-Undang juga benar-benar berdaulat sepertimana ia dinyatakan di dalam lima Prinsip Rukunegara.

Sebagai warganegara yang dididik untuk menghormati Prinsip-Prinsip Rukunegara, pihak kami kesal dengan prinsip-prinsip ini yang kini menjadi tempat ludahan sesetengah pihak yang  Anti-Islam,  Anti-Perlembagaan, Anti Raja-Raja Melayu, Anti Kedaudalatan Undang-Undang dan Anti Sifat Kesopanan dan Kesusilaan.

Semua masalah ini ada puncanya. Pihak kami akan berusaha sehabis mungkin untuk memastikan semua bentuk punca kepada permasalahan ini ditangani sehingga ke akar umbi.

Ke arah Islam yang berdaulat di Malaysia dan negara yang aman damai dari golongan pelampau dan pemporakperanda negara.


1 comments:

  1. Tahniah PEMBELA! Mujur ada pihak serius dan x byk main politik. Tolonglah jgn brpecah mcm parti politik. xde harapan lain dah.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.