Saturday, 23 August 2014

Pertemuan NGO-NGO Islam Dengan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Speaker Parlimen dan JAKIM

Melihatkan keadaan umat Islam pada hari ini dan kedudukan Islam yang semakin tidak dihormati oleh golongan ekstremis Anti Islam tempatan, NGO-NGO Islam tampil aktif mengusahakan pertemuan demi pertemuan untuk mendapatkan gambaran jelas dan menyampaikan teguran serta tuntutan mereka kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

Setakat ini beberapa bentuk 'engagement' dengan pelbagai pihak dari peringkat pemerintah, pihak berkuasa dan Jabatan Agama telah diadakan. Hasrat serta keluhan rakyat beragama Islam yang membentuk sektor pengundi terbesar telah disampaikan kepada pihak-pihak ini.


Untuk makluman, semua usaha ini tidak akan terhenti setakat ini. Semua bentuk pertemuan dan perjumpaaan tidak kira sehingga peringkat yang lebih tinggi lagi akan diusahakan supaya suara-suara umat Islam disampaikan tepat kepada pihak yang patut mendengarnya secara langsung.


Berikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada usaha-usaha mereka ini yang berusaha keras demi Allah supaya Islam semakin berdaulat sebagai Agama Negara.


Berikut gambar-gambar sekitar pertemuan demi pertemuan yang telah diadakan.



Pertemuan Dengan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.

Pertemuan NGO-NGO Islam Dengan Ketua Polis Negara dan Pasukan PDRM


Perjumpaan Serta Sidang Akhbar Bersama MAIS Sebagai Solidariti Kepada Majlis Agama Islam Selangor
Pertemuan Dengan Speaker Dewan Negara
Pertemuan Dengan JAKIM


Ingin memberi sokongan serta solidariti kepada pihak NGO-NGO Islam di bawah PEMBELA?

Hubungi pihak PEMBELA di nombor hubungan berikut :


Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

No. 25, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-4107-1025 Faks: 03-4106-1026

2 comments:

  1. Mereka ni pun boleh bertemu dan berbincang dgn PM,tapi mengapa pula Tun memilih utk membuat kritikan keras,seolah-olah mengapi-apikan orang Melayu utk membenci DS Najib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin Tuan Hamba Allah boleh bertanyakan terus kepada Tun M kenapa beliau berbuat demikian di Chedet.cc..

      Sebagai seorang warga negara yang pernah menjadi pemimpin tertinggi negara, pasti beliau mempunyai alasan tersendiri.

      Dgn bertanyakan secara terus kepada beliau, mgkin tuan hamba Allah akan mendapat gambaran yang lebih jelas nanti.. In Sya Allah.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.