Monday, 4 August 2014

Peguam Negara Jangan Tidur

Apabila perkara ini termuat di muka hadapan akhbar dan media, sesungguhnya ia sedang memberitahu ada sesuatu yang sungguh canggung dan tidak kena dengan Pejabat Peguam Negara di bawah Tan Sri Abd Gani Patail.

PEMBELA sebelum ini telah menulis sepucuk surat terbuka menuntut Tan Sri AG tampil ke hadapan menjelaskan kekeruhan imejnya yang dianggap tidak cekap, tidak seimbang dan sebagai berat sebelah dalam menangani isu penghinaan ke atas Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan oleh segmen bukan Islam di dalam negara.

Sinar Harian pada hari ini memaparkan keluhan rasa hati rata-rata umat Islam yang mahukan isu ini diselesaikan dengan segera.


Dengan menggunakan tajuk 'Peguam Negara Jangan Tidur', Sinar Harian cuba membawakan apa yang selama ini kami sentiasa peringatkan berkenaan sistem keadilan Malaysia yang kelihatan sangat canggung lewat beberapa tahun ini.


Ia mencapai kemuncaknya semasa kes Kiki Kamaruddin, Ustaz Abdullah Zaik dan Ustaz Shahul Hamid yang dikenakan tindakan super pantas oleh tangan-tangan mereka yang berkuasa di Pejabat Peguam Negara.

Pemerintah harus mengambil peduli tentang suara-suara yang sudah mula bergerak bagaikan gelombang yang mahukan satu bentuk perubahan muncul dengan segera. Tolong Ambil Perhatian dan Tindakan Yang Sewajarnya.


4 comments:

  1. Patutnya dibuat lapuran polis kat AG ni, oleh NGO-NGO Islam/Melayu! Mcm. DIKTATOR pula perangai dia - lebih berkuasa dari kuasa DYMM YDPA dan K'jaan - dlm. melindungi MSUH ISLAM kat NEGARA ISLAM ni; sampaika puak PEMISAH Kristian-ZIONIS anti-Islam, makin aktif di Sabah-Sarawak! Perangai si AG ini juga amat MENCURIGAkan!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah ada laporan polis ke atas beliau. Ttp senyap sunyi sp biasa.

      Pautan laporan Polis spt berikut:

      http://www.bangkit.info/2014/06/laporan-polis-pembela-desak-peguam.html

      Delete
  2. ....ada yg kenyang duit rasuah dari dana yahudi....ramainya musuh dalam selimut.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi tidak dibawa ke mahkamah utk diadili secara adilnya, selagi itu kita tidak pasti apa punca sebenar ketidakadilan seperti ini boleh berlaku..

      Kita mahukan keadilan di dalam sistem ini.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.