Tuesday, 5 August 2014

Peguam Negara dan Ketua Polis saling menuding jari



gambar
BANGI, 5 Ogos – “Bila jumpa Ketua Polis, dia minta tanya Peguam Negara, sekarang Peguam Negara pula  suruh tanya Polis, ingat bola ke nak  tolak sana tolak sini ,” rungut Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.
Jelasnya, ketika pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar 24 Julai lalu, dia sendiri memaklumkan bahawa semua hasil laporan polis telah dibawakan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh Pejabat Peguam Negara di bawah seliaan Tan Sri Abd Gani Patail.
“Tetapi hari ini bagaimana pula Peguam Negara boleh meminta untuk bertanyakan pihak polis?
“Adakah Ketua Polis Negara berbohong atau Peguam Negara yang tidak mahu mendakwa pihak yang bersalah?
“Atau mungkin lebih tepat mereka mempunyai agenda tersendiri yang sedang dilindungi,” soalnya ketika dihubungi wartawan ISMAweb.
Beliau berkata demikian bagi mengulas respon Peguam Negara hari ini yang meminta agar bertanyakan pihak polis berhubung isu dakwaan terpilih yang melibatkan isu penghinaan ke atas Agama Islam, Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan serta Kedaulatan Undang-Undang Negara.
Ujar Ustaz Hafiz, dalam kes ini Peguam Negara harus bertanggungjawab memberi penjelasan terpeinci kenapa sehingga hari ini pelaku-pelaku jenayah kebencian agama dan jenayah kebencian perkauman di kalangan bukan Islam masih belum dikenakan sebarang bentuk dakwaan ataupun dakwaan di Mahkamah.
“Ini ekoran apabila melibatkan umat Islam, segalanya kelihatan tajam, pantas, lengkap dan tuntas.
“Asalkan nama sahaja Melayu, cepat sahaja tindakan diambil. Jadi apa sebenarnya yang sedang berlaku di dalam Pejabat Peguam Negara di bawah seliaan Tan Sri Gani?
“Justeru itu kami mahukan penjelasan, jika tidak Peguam Negara harus berundur secara terhormat,” katanya.  

Pautan asal :

1 comments:

  1. Salam, saya lihat Peguam Negara ialah pengkhianat utama. Sebagai contoh kes Rayer Laknatullah maki UMNO celaka.. tapi Presiden ISMA dibaca pendakwaan pada hari yang sama pejabat AG Patail pula mengarahkan kes Rayer ditarik balik.

    Apa ini? SKMM juga parasit merbahaya yang dari dulu langsung tidak peduli jika hasutan di internet itu datang dari kafir Cina Hindu. atau hasutan kepada pemerintah.

    Tapi jika melibatkan pembangkang atau Cina Hindu cukup cepat SKMM tutup laman web atau sekat dan dakwa.

    PDRM pun lebih kurang sama. Kita perlu fikir siapa mastermind dibelakng situasi ini.. apakah tuan2 lupa 'TUAN' kepada semua agensi ini ialah PERDANA MENTERI.. iaitu NAJIB!

    Zaman Tun M, PDRM ckup digeruni dan undang2 tegas. kerana PM Tun M seorng yang mahukan undang2 ditegak.

    Saman trafik danspeed trap berterusan tiada diskaun2. Kerana Tun M meletakkan undang2 sebagai keutamaan.

    Zaman Najib undang2 di tapak kaki orang2 tertentu. Boleh ditarik balik. ISA dihapuskan dan sekarang negara terdedah dengan 1001 ancaman.

    MH370 dan Mh17 menunjukkan Najib lemah dan lembik sehingga menjadi sasaran luar. Najib biarkan Agama dan Melayu dihina. Yang beliau utamakan ialah 1Malaysia khurafat itu.. dan gula2kan rakyat dgn BRiM tp datangkan 1001 masalah lain seperti sosial dan penghinaan Islam yang berterusan.

    Najib adalah ;kepala' masalah pada semua ini. Dia dan Anwar dua2 manusia yg bermasalah.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.