Tuesday, 26 August 2014

Kelucahan dan Kebiadaban Tumbuh Bagai Cendawan Lepas Hujan

Tidak pelikkah apabila terdapat satu segmen masyarakat di dalam Malaysia ini semakin galak mencabar satu persatu perkara mengenai Kesopanan dan Kesusilaan yang telah lama disepakati selama ini?

Lepas satu, muncul satu lagi kebiadaban. Seolah-olah sistem pendidikan awal yang dilalui mereka-mereka ini gagal mendidik mereka tentang budaya hormat kepada negara. Kenapa sistem pendidikan moral dan tatasusila mereka berbeza dan kelihatan semakin melahirkan produk-produk yang terbentuk untuk menjadi watak-watak antagonis kepada sistem sedia ada?

Muncul golongan militan sosial dengan senjata telanjang, kebiadaban, tuntutan-tuntutan tidak masuk akal, kelucahan melampau, bersenggama bagai binatang dan berlisan lancang tetapi terasuk kebodohan.

Dari mana asal mereka ini? Dari hutan? Atau dari peradaban yang sudah biasa melepaskan hajat di tepi-tepi jalan untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Bagi golongan ini, apa yang penting, hajat mereka mesti ditunaikan segera. Di mana sahaja. Tidak kira masa. Tidak kira tempat. Jika timbul keinginan untuk berhajat, maka harus sahaja hajat itu dilepaskan di mana sahaja. Janji diri mereka puas. Jika tidak, jiwa mereka tentu sahaja menggerutu senak dengan hajat yang ditangguh-tangguh.

Menggunakan senjata hak asasi, maka apa sahaja hajat yang mahu dilepaskan, dilepaskan mereka tanpa malu di hadapan khalayak ramai. Lihat sahaja kebiadaban-kebiadaban bertali arus ini. Ia tidak pernah putus kerana yang mampu memutuskannya tidak berfungsi seperti biasa. Sedar dalam lena. Lena dalam sedar. 

Jika berhajat ingin berbogel, mereka terus berbogel tanpa mempedulikan undang-undang. Jika berhajat mahu berjalan separuh bogel di tengah-tengah bandar, mereka terus melepaskan hajat tersebut tanpa mempedulikan undang-undang. Jika mahu memaki hamun Sultan dan Raja-Raja Melayu, mereka terus melepaskan hajat tersebut di media-media sosial.



Budaya melepaskan hajat tanpa mengira tempat, waktu, keadaan, peraturan dan sebagainya ini tentu mempunyai akar kepada pembudayaan doktrin pemikiran mereka. Semuanya mempunyai punca. Persoalannya ialah, kenapa sejak hampir sedekad lalu, budaya melepaskan hajat secara biadab seperti ini tumbuh bagai cendawan muncul selepas hujan?

Negara punya undang-undang, tetapi pelaksanaannya terlalu menghampakan. Teras keberanian mereka dapat dicongak dengan mudah. Kebiadaban ini dibaja dengan sikap sambil lewa serta tidak bertegas dengan undang-undang sedia ada yang wujud.

Mereka sudah mula mentafsirkan bahawa diri mereka kini lebih kebal dari segala undang-undang yang ada. Kerana itulah, semua prinsip-prinsip Rukun Negara dilanggar mereka dan dilenyek mereka dengan menggunakan steamroll ego dan besar kepala mereka. Pada mata fikir mereka, mereka punyai wang dan wang boleh membeli apa sahaja.

Peruntukan serta cetakan undang-undang pada kertas di dalam kitab-kitab undang-undang negara bernilai lebih rendah dari apa jua bentuk kertas, tisu, daun atau objek kesat yang boleh digunakan untuk mencuci segala lepasan hajat mereka.

Mungkinkah dengan segala kemungkinan yang wujud ini, maka Parlimen perlu bersidang, berbahas serta perlu memasukkan tambahan perkara kepada Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk umur wajib pencen Peguam Negara?

Seolah-olah keadaan di dalam negara sudah berubah menjadi seperti Wild Wild Far East.

Jika keadaan ini berterusan, maka sesuailah, bukankah ketua eksekutif negara juga senang dan senggang menjadi Sang Ah Jib Gor?


8 comments:

  1. busuk punya worang.. chit!

    vernakular produk at its best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seakan2 itulah puncanya.. pendidikan awal yg bertentangan dengan nilai negara.

      Delete
  2. Justice For Anwar!26 August 2014 at 15:00

    selagi x kaco org, xyah ler buat bising.

    xyah ler wat bising psl undang2. Bukan Islam pown yg buat. Org islam x tutup aurat tu pown belambak.

    Undang2 mmg dah xleh cayer. Tgk jer fitnah kat Anwar. Boleh pakai ke sistem undang cenggini? Org baik camtu pun sanggup dibawak turun naik mahkamah, dilondeh abis semuanya. Adil ke camni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu ni mesti kes tgk tv hitam putih kt umah. Wake up la bro!!

      Bangkit! Bangkit!

      Delete
    2. Kecanduan KETUM memang sukar diubati.

      Delete
  3. Brader Ben berinsinuasi atau cakap direct?

    kalau bab lepas hajat yg satu lagi, cube check yg ni..

    http://therealnewshk.wordpress.com/2014/04/27/analysing-chinese-faulty-logic-and-false-reasoning-around-public-urination-and-defaecation/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang kepada interpretasi masing2.

      Delete
  4. Dan yg ini.

    http://www.theonlinecitizen.com/2014/08/woman-relieves-herself-besides-train-station-public-shocked/

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.