Sunday, 10 August 2014

Hentikan provokasi hina Islam, Melayu dan Raja-raja Antara Lima Prasyarat Perpaduan Nasional



Pasangan muda Vivian Alvin telah menghina Islam pada bulan Ramadan tahun lepas.
Pasangan muda Vivian Alvin telah menghina Islam pada bulan Ramadan tahun lepas.
BANGI, 8 0gos – Menghentikan serta-merta dan selama-lamanya sebarang tindakan provokasi menghina Islam, orang-orang Melayu dan institusi Raja merupakan salah satu daripada lima prasyarat untuk mencapai perpaduan nasional.
Semua rakyat di negara ini hendaklah menerima sepenuhnya kedudukan istimewa Islam, Melayu dan institusi Raja di dalam Perlembagaan Persekutuan di samping menolak sebarang usaha yang mempersoalkannya.
Demikian ujar Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman mengulas isu-isu  perkauman yang berlaku ketika ini.
Katanya untuk menjamin perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum di Malaysia orang bukan Melayu dan Bumiputera mesti menghindari sifat tamak dan mengakui bahawa orang-orang Melayu dan Bumiputera sudah terlalu banyak melepaskan hak mereka.
“Malaysia negara yang paling bertuah di dunia bagi kaum minoriti. Jadi mereka haruslah menghentikan serta merta sebarang tindakan provokasi yang menghina Islam, orang-orang Melayu dan institusi Raja,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Sejak akhir-akhir ini di akhbar sering memaparkan tindakan pihak bukan Islam berkaitan kes penghinaan ke atas Agama Islam, Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang negara.
Tambah Ustaz Hazizi, antara prasyarat lain ialah kebebasan mengamalkan agama dan doktrin bukan Islam di negara ini hendaklah tertakluk pada syarat aman dan harmoni dan paling penting sekali tiada unsur penyebaran agama atau doktrin bukan Islam kepada orang Islam.
“Antara yang terpenting ialah individu dan badan yang bergiat dalam segenap lapangan masyarakat dan negara mestilah bersih daripada menerima dana asing, terutamanya daripada agensi Amerika dan Yahudi antarabangsa,” jelasnya lagi.

Pautan Asal :
http://www.ismaweb.net/2014/08/hentikan-provokasi-hina-islam-melayu-dan-raja-raja-antara-lima-prasyarat-perpaduan-nasional/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.