Tuesday, 5 August 2014

Harapan Baru Kaki Bogel Untuk Malaysia (Kenyataan Media Pengerusi PEMBELA)


Malaysia yang sebelum ini didakwa sebagai sebuah negara konservatif Islam. Status sebagai sebuah negara Islam ini kemudiannya cuba dipertikaikan sedikit-demi sedikit melalui kewujudan pertubuhan-pertubuhan seperti KUMAN dan gabungan parti politik yang membentuk Pakatan Rakyat.

Ujian Kuasa 3 Buah Negeri
3 buah negeri diberikan Allah kepada mereka sebagai ujian kuasa. 3 buah negeri dengan 3 senario penguasaan politik berbeza. Ketiga-tiga negeri diperintah mengikut 3 pola pemerintahan dan kecenderungan tidak sama. Ujian kuasa ini dibentuk sebegitu supaya rakyat Malaysia yang berakal sempurna dapat melihat, mengkaji serta membuat perbandingan.

Kelantan Menuju Darul Islam
Pertama Kelantan.Ia dikuasai sepenuhnya oleh kepimpinan ulamak PAS. Halatuju politiknya jelas mahu mengembalikan negeri yang diperintah mereka kepasa status quonya yang asal iaitu diperintah mengikut undang-undang Islam. Ia tidak bertentangan Syariat dan Perlembagaan.

Selangor Menuju Darul Nasrani?
Kedua, Selangor Darul Ehsan. Kerajaan yang memerintah merupakan hasil gabungan 3 buah parti dengan DAP menguasai Kerajaan Negeri dibelakang tabir. Kerajaan ini diperintah oleh wakil dari PKR. Sebuah Parti Politik yang dipimpin secara de facto tanpa melalui proses demokrasi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah didapati meliwat oleh mahkamah tetapi dibebaskan atas faktor teknikal. Negeri Selangor sedang berubah menjadi sebuah safe haven kepada golongan evangelis. Meskipun negeri ini ini mempunyai peruntukan Undang-Undang kawalan untuk agama bukan Islam yang diwartakan melalui Peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, enakmen tersebut kini menjadi sebuah enakmen mandul apabila Tan Sri Gani Patail menolak untuk mendakwa Bible Society Malaysia (BSM) baru- baru ini. Tindakan peguam negara ini, membuatkan golongan evangelis seolah mendapat harapan baru yang boleh dijadikan dahuluan (precedent) dalam gerakan mereka. Dua laporan polis dan tidak kurang dari 4 laporan kepada JAIS telah dibuat kerana AG mengiktiraf Bible sebagai mengandungi buku asas Taurat, Zabur dan Injil. Seperti biasa, semua kertas laporan polis tersebut mungkin akan diproses untuk menjadi dedak bagi perusaahan penternakan anai-anai di Pejabat Peghuam Negara. Selangor kini ialah syurga gerakan evangelis. Lihat saja aktiviti seorang evangelis wanita yang berkeliaran dari satu masjid ke satu masjid dengan berpakaian seperti seorang muslimah, tetapi tetap Kristian pada iktikad pegangannya.

Pulau Pinang Menuju Darul Telanjang
Ketiga, Pulau Pinang. Negeri ini dikuasai secara majoritinya oleh DAP. Ketua Menterinya Lim Guan Eng. Dengan bantuan Abdul Malik Kassim sebagai Exco agama yang berfungsi sebagai poster boy setiap kali negeri memerlukan banner perayaan Islam, dan saudara Salleh Man yang merupakan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang, negeri ini cuba dipotretkan sebagai sebuah negeri amat mesra Islam melalui kebajikan ciput yang dilakukan Ketua Menteri dengan peruntukan negeri. Itu facade yang cuba ditampilkan. Tetapi realitinya, negeri ini mula dilihat sebagai sebuah negeri yang berpotensi untuk digunakan di dalam usaha untuk mengubah bentuk demografi asalnya dari sebuah negeri dengan nilai Islam moden, kepada sebuah negeri liberal dan menjauhkan diri dari nilai-nilai Islam.

Terbaru, negeri ini cuba dijadikan sebagai syurga kaki bogel di Malaysia. Satu aktiviti sukan tidak bermoral dengan menggunakan nama "Penang Nude Sports Games 2014" telah diadakan, dirakamkan serta diviralkan untuk tatapan umum di laman siber.


Persoalan yang hendak ditimbulkan ialah, apakah aktiviti ini mendapat restu dan kelulusan Kerajaan Pulau Pinang? Umum mengetahui bahawa, setiap apa juga acara yang mahu menggunakan nama Pulau Pinang, harus mendapat perkenan serta kebenaran daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu. Penganjur dengan berani menamakan aktiviti mereka dengan menggunakan nama Pulau Pinang seolah mencadangkan mereka telah mendapat lampu hijau bagi penggunaannya oleh Kerajaan Negeri. Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri harus memberikan penjelasan kenapa semua ini berlaku.




Mungkin, setelah menilai semua bentuk kemesraan yang ditonjolkan rejim DAP kepada gerakan seperti KUMAN yang memperjuangkan hak kecenderungan seksual individu, maka perkiraan mereka menunjukkan negeri ini berpotensi untuk dijadikan hub aktiviti bogel di dalam negara. lim Guan Eng selaku Ketua Menteri, Abdul Malik Kassim sebagai Exco Agama dan Salleh Man sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengutuk pencemaran ini. Bukankah diam tandanya setuju? Salleh Man harus mengetahui bahawa diamnya seorang ulamak tentang sesuatu juga akan diangkat sebagai fatwa yang akan dipegang oleh orang ramai. Sebagai YDP Kepada Majlis yang menjaga status Islam negeri di dalam Persekutuan, beliau tidak boleh berdiam diri.

Baja Liberal Dan Seks Bebas Dari NUCC
Mereka juga kini lebih berani lagi kerana isu hak memilih kecenderungan seksual merupakan perkara yang diperjuangkan dengan hebat oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (NUCC). NUCC dengan tidak semena-mena dan tanpa sebarang keperluan mendesak, ditubuhkan oleh kerajaan.Tiada beban batu digalas, maka NUCC, di bawah tanggungjawab Mujahid Yusof Rawa, fraksi pro liberal di dalam PAS, telah mencadangkan 3 Deraf Rang Undang-Undang Harmoni. RUU ini turut dibentuk bagi memperkasakan kecenderungan seksual golongan sebegini sebagai satu hak yang tidak holeh didiskriminasikan serta satu bentuk hak yang tidak boleh dipertikaikan. Perkara-perkara inilah yang menjadi baja kepada pertunasan segala aktiviti bejat yang mencemarkan maruah Islam sebagai Agama Negara.

Bogel Serampang Dua Mata?
Tatkala rejim zionis sedang berhempas pulas tidak berpuas hati dengan sumbangan serta peranan yang dimainkan oleh Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam membantu Gaza, maka apakah apa yang dilakukah oleh kumpulan bogel ini, turut menyelitkan agenda serampang dua mata untuk berusaha mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang lantang dan berani memperjuangkan nasib saudara Islam di negara luar?

Kita bukanlah terlalu bodoh untuk mengetahui agenda-agenda pembunuhan karakter melalui pendedahan aktiviti-aktiviti seksual sebegini. Malah CIA melalui pendedahan NSA sendiri pernah mengatakan bahawa mereka akan menggunakan ugutan pendedahan seksual untuk memburukkan imej mana-mana pejuang, ulamak dan negara Islam yang lantang memperjuangkan isu hak asasi Islam di mana jua mereka berada.




Imej baik Perdana Menteri dalam keupayaan sebagai negara Islam yang bijak mengemudi dalam gelora konflik antarabangsa akan tercemar dengan kebiadaban kumpulan ini.

Laporan Polis akan dibuat oleh pihak PEMBELA ke atas semua yang terlibat. Meskipun pihak PEMBELA tahu dan faham benar bahawa tiada tindakan yang akan diambil oleh PDRM serta Tan Sri Abd Gani Patail, laporan polis tetap akan dilakukan. Ini kerana pihak PEMBELA yakin dengan undang-undang akan sentiasa adil jika dipertanggungjawabkan kepada orang yang adil. Sebagai warga yang menghormati kedaulatan undang-undang, pihak PEMBELA akan menjalankan tanggungjawab melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

Bola sudah berkali-kali diserah kepada pihak berkuasa. Persoalan utama yang tinggal ialah, mahukah pihak yang memegang amanah tanggungjawab menjalankan tanggungjawab mereka?


Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

6 comments:

  1. Tu diaa!!! Dah mai dah geng2 ni. Bila dajjal pegang sj, masuk la puak ni dok buat gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di mana ada semut, di situ ada gula.. Pesan org2 tua kita.

      Delete
  2. Kata membangun bersama Islam. entah apa yg apa yg bangun dgn salleh man pun kita x tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin belum bangun tidur mimpi yg enak2 terbuai lullaby sangh kalipah sebelum tidur.

      Delete
  3. LGE dh buat kenyataan petang td... beliau mengutuk dan minta polis buat siasatan.. tarian bogel pntai ni kt kuantan pon pernah...

    sudah2 la mmfitnah... xde ke isu lain yg bk diketengahkn? bila la Melayu nk celik politik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum menganjurkan org lain celik politik, mgkin tuan hamba Allah boleh cuba belajar mmbaca dgn matahati yg celik.

      Tiada sebartang fitnah di dalm penulisan di atas. Yang ada cuma tuntutan penjelasan kenapa puak2 ni tertarik utk berbogel sambil bersukan menggunakan nama Pulau Pinang di Pulau Pinang?

      Untuk Kuantan, ada video yg diviralkan mempromosikan Kuantan sebagai daerah boleh bogel tak?

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.