Tuesday, 12 August 2014

Facebook Atau Penguatkuasaan Undang-Undang Tumpul Yang Menjadi Punca?

Dato' Shabery Cheek Berusaha Mendapatkan Pandangan Orang Ramai Tentang Kewajaran Menutup Laman Sosial Facebook Menerusi Akaun Facebooknya.

Berikutan isu pendakwaan selektif yang ditimbulkan, timbul ura-ura dan cadangan dari pelbagai pihak tentang cara bagaimana isu penghinaan ke atas agama ini dapat ditangani. Lalu timbul idea untuk mengharamkan Facebook. Mudah benar cara orang kita berfikir. Cari seekor kambing hitam dan korbankan. Lalu war-warkan kepada dunia bahawa pihak berwajib sudah pun berusaha. Apakah ini satu jalan penyelesaian yang tuntas?

Tidak! Tidak sama sekali. Penghinaan ke atas agama tidak hanya berlaku di dalam laman sosial Facebook. Ia berlaku di dalam setiap laman sosial, ruang siber dan aplikasi sosial telefon pintar. Jika benar-benar mahu menghentikan semua bentuk penghinaan ini secara efektif dan efisien dengan menggunakan kaedah tutup laman, maka internet itu sendiri perlu ditutup. Tetapi apakah kerajaan mempunyai kesanggupan politik untuk melakukan tindakan drastik sedemikian rupa? Tentu tidak sama sekali.

Semua bentuk keberanian biadab ini mempunyai puncanya. Puncanya ialah kerana pihak-pihak ini telah mentafsirkan bahawa setiap perbuatan mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Undang-Undang Cukup

Tetapi, bukankah Malaysia mempunyai undang-undang yang cukup untuk mendakwa setiap kesalahan menghina agama, kaum dan sebagainya? Bukankah pendakwaan ke atas Kiki Kamaruddin, Ustaz Abdullah Zaik, Ustaz Shahul Hamid dan sebagainya menunjukkan bahawa kita ada mempunyai pasukan pihak berkuasa yang cekap dan  undang-undang yang boleh digunakan secara efisien oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dan pasukan Pejabat Peguam Negaranya. Tetapi kenapa semua ini masih belum mendatangkan perasaan gerun, waspada dan takut sebahagian besar masyarakat bukan Islam lain kepada pasukan pihak berkuasa merangkumi PDRM di bawah Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pasukan Peguam Negara di bawah Tan Sri Abd Gani Patail?

Bukankah setiap pengamal undang-undang telah dididik bahawa antara fungsi undang-undang ialah untuk mendatangkan kegerunan kepada masyarakat?

Penguatkuasaan Gagal dan Undang-Undang Tumpul

Jadi kenapa meskipun setelah Kiki Kamaruddin, Ustaz Abdullah Zaik dan Ustaz Shahul Hamid ditahan, dan setengahnya didakwa, ia masih belum mendatangkan kegerunan di dalam hati dan pemikiran golongan penghina Islam dikalangan bukan Islam?

Kenapa penghinaan ke atas agama Islam, Kepala Utama Negara DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan kerajaan yang memerintah masih lagi berlaku dengan meluas?

Mungkin mereka mengambil iktibar dengan kes Namewee yang satu ketika dahulu menghina Islam dan kemudiannya diberikan peluang berjumpa dan bermesra dengan Menteri Kabinet. Penghina azan dan Negaraku  ini diberikan peluang mengembangkan bakatnya dengan menerbitkan beberapa filem yang kontroversi. Beliau lepas daripada sebarang tindakan undang-undang kerana menghina Islam!!

Atau mungkin juga mereka mengambil iktibar dari kes Patrick Teoh. Hina Islam dan tetap bebas berlakon filem, terlibat dengan dunia glamor dan kekal bebas sehingga hari ini.

Bukan hanya dua kes. Terdapat banyak kes lagi yang membuatkan mereka-mereka ini membuat kesimpulan bahawa mereka akan kebal daripada sebarang tindakan undang-undang kerana menghina Islam.
Keadaan ini bertambah buruk apabila di dalam kes Alvivi di Mahkamah Rayuan pada 22 April 2014, Seksyen 298A telah dianggap serta ditafsirkan hanya terpakai untuk orang-orang Islam.

Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Mohtarudin Baki juga memutuskan pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan tidak dapat dikuatkuasakan terhadap pasangan itu.

Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Rohana Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat berkata, panel membenarkan rayuan dikemukakan pasangan itu untuk membatalkan pertuduhan kerana terikat dengan keputusan Mahkamah Agung 1988 dalam kes Mamat Daud dan Lain-lain lawan Kerajaan.

Jadi, apa solusinya?

Maka sudah tiba masanya Peguam Negara sebagai Penasihat Utama Undang-Undang kepada Kepala Utama Negara, Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet menjalankan tanggungjawabnya di bawah Artikel 145 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 145 (2) Perlembagaan Persekutuan :

Adalah menjadi kewajipan Peguam Negara menasihatkan Yang diPertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan menjalankan apa-apa kewajipan lain yang bercorak undang-undang, sebagaimana dari masa ke semasa dirujukkan atau diberi kepadanya oleh Yang diPertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menjalankan tugas-tugas yang diberi kepadanya oleh atau dibawah Perlembagaan  ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun bersuara mengenai hasrat kabinet dan Jemaah Menteri supaya mana-mana undang-undang yang tidak cukup tegas dan efektif untuk membendung gejala penghinaan ke atas agama ini ditangani dengan segera.

Jika Peguam Negara gagal  menasihati kerajaan tentang keperluan mewujudkan undang-undang yang mencukupi bagi tujuan tersebut, maka beliau tidak boleh dikatakan berfungsi dengan baik mengikut tujuan jawatannya diwujudkan menurut Perlembagaan.

Jika Islam sebagai Agama Negara dan YDP Agong sebagai Kepala Utama Negara yang wajib memelihara Islam pada setiap masa tidak selamat dan menjadi sasaran penghinaan mudah semasa Undang-Undang berada di bawah tugasannya, maka jelas ada sesuatu bentuk kepincangan di situ.

TPM telah bersuara supaya ketiadaan peruntukan undang-undang bagi menghukum pesalah menghina Islam oleh bukan Islam harus ditangani segera. Jika tiada undang-undang, maka menjadi tanggungjawab Peguam Negara untuk menasihatkan kepada Jemaah Menteri undang-undang untuk memperkasakan mana-mana undang-undang sedia ada.

Menjadikan alasan tiada peruntukan undang-undang untuk mendakwa golongan bukan Islam yang menghina Islam tanpa mengusahakan usaha penambahbaikan adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab!

Solusinya, bukan Facebook yang harus dikambinghitamkan. Punca kepada masalah ini sangat jelas. Mana-mana pihak yang tidak kompeten untuk memastikan Islam berdaulat sebagai Agama Negara harus dipertanggungjawabkan.


9 comments:

  1. Aku heran betullah PDRM ni - tengok dilantiknya Bukan Islam utk. mengetuai operasi menyiasat Sosial media - sedgkan kita tahu yg. MAJORITI mangsa yg. diHINA dan diGERTAK adalah umat Islam/Melayu serta ISLAM! Apakah Bukan Islam akan faham tentang PENGHINAAN ke atas ISLAM/umatnya, di NEGARA ISLAM ini?! Lagipun PDRM harus berkerjasama dgn. MAIN/NGO-NGO Islam/Melayu dlm. hal ini, apalagi ISLAM adalah AGAMA PERSEKUTUAN - jadi yg. letak Bukan Islam utk. mengetuai operasi ni apasal?! Gantikan saja KPN/TKPN dan AG - yg. memang MENCURIGAkan ini!!

    Lihat di http://www.nst.com.my/node/22449 , Cops to act on Netizens who incite hate:

    By Atiqa Hazellah - 12 August 2014 @ 8:11 AM

    KUALALUMPUR: Police have formed a task force to monitor and take action against those who fan racial and religious sentiments on social media.

    Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Bakri Zinin said the team comprised personnel from the Criminal Investigation and Commercial Crime Investigation Departments.

    “The task force is headed by Criminal Investigation Department deputy director (Investigation and Law) Datuk Amar Singh.

    “Its primary role is to address problems on social media,” he said after closing the Op Selamat 5/2014 operation at Terminal Bersepadu Selatan here yesterday......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg kita x faham dgn cara mrk ni fikir makcik. Mgkin nak bawa isu pndakwaan selektif ni ke satu tingkay selektif yg lebih tinggi lg kot?

      Delete
  2. Facebook bukan masaalah .
    Massalah yang sebenar adalah PEGUAM NEGARA , PDRM and kementerian berkenaan . Kalau mereka buat kerja , gejala di laman sosial dengan mudah dapat dipantau.

    Sekarang bila orang Rakyat berbangsa Melayu bangkit baru hendak buat kerja.

    PEGUAM NEGARA , PDRM dan KEMENTERIAN berkenaan harus TEGAS dan ADIL dan bukan kurang kejantanan . Dan jangan hanya berani dengan orang Melayu / Islam sahaja dan tunduk kepada bangsa bukan Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu ikut link yg makcik sambal belacan bg kt atas, nampak gayanya cara pdrm selesaikn masalah ni spt akan hasilkan lebih banyak penghinaan tak terdakwa ke atas Islam nanti..

      Apa pun, kita tunggu dan lihat keberkesanan idea dr mrk. Tp pandangan awal mmg tidak positif buat masa ni.

      Delete
  3. Bagi saya tak perlu tutup FB.. tetapi mahukan undang-undang dikuatkuasa. Ambil tindakan drastik kepada perkara serius yg boleh mengugat keharmonian dan kesejahteraan dikalangan rakyat Malaysia yg berbilang kaum serta budaya. Pendakwaan perlu tegas tanpa PILIH BULU seperti sekarang. TOLAK budaya fitnah.. Ambil tindakan tegas jika perkara itu berbau perkauman dan keagamaan yg melampau hingga penghinaan yg tak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita. Ambil juga tindakan tegas kepada VVIP jika melakukan penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kerajaan perlu menubuh satu jabatan yg amat mahir dalam Teknologi Maklumat termasuk pakar hack. Saya juga berharap negara kita mengwujudkan satu laman sosial yg setanding dengan FB atau Twitter dan banyak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuntuan hamba Allah. Undang2 perlu ditegakkan tanpa memilih bulu. SKMM perlu diperkasakan lagi supaya imej layan dan tutup web porno dpt diperkuatkn dgn usaha2 lain mmerangi jenayah siber. Sepatutnya SKMM menjadi bteng paling hadapan dalam peperangan siber melawan jenayah ini.

      Delete
  4. LOL.. Menteri nk tutup fb pun guna fb nak feedback tutup fb. Kelakar la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal.. di situ pun dah menunjukkan ada yg tak kena dgn cadangan dan yang mencadangkannya..

      Delete
  5. Bukkan ke ini maknanya AG x jlnkn fungsi tugas dia dlm perlembagaan?

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.