Monday, 18 August 2014

Dengan Siapa Ambiga Bersetia? Negara atau Amerika?

Terdapat sebuah pepatah Inggeris yang berasal dari sebuah pemerhatian kepada sebuah kisah dongeng The Pied Piper of Hemalin. Pepatahnya seperti berikut :

He who pays the piper, plays the tune.

Maksudnya mudah, siapa jua yang membayar si peniup seruling tersebut, dialah yang mengawal irama apa yang mahu dimainkan.



Sejak undang-undang negara menjadi tumpul dan mandul di bawah pentadbiran pihak berkuasa sekarang, kita telah dihidangkan dengan kisah-kisah tindakan di luar batasan undang-undang yang dilakukan oleh sesetengah pihak terlepas daripada dikenakan sebarang tindakan.

Kita telah melihat bagaimana gerakan BERSIH di dalam siri-siri demonstrasi mereka yang kerap berakhir dengan keganasan, kerosakan hartabenda, hilang keamanan sementara dan sebagainya sehingga hari ini, masih belum dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Sudah menjadi rahsia yang terbuka, malah diperakui oleh Datuk S Ambiga bahawa gerakan yang diterajuinya itu mendapat bantuan dana daripada pihak-pihak di luar negara. Salah satu daripadanya yang pernah diakui sebelum ini ialah penyaluran dana oleh pihak National Endowment For Democracy (NDI) dan Open Society Institute (OSI) milik George Soros. (1)

Terkini, Datuk S Ambiga dan beberapa buah pertubuhan yang senada dengannya mengeluarkan kenyataan mempersoalkan peranan yang dimainkan oleh Sultan Selangor dalam menentukan siapa yang lebih layak untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Seolah-olah mereka secara tiba-tiba terkena jangkitan amnesia selektif yang melupakan negara ini diperintah mengikut sistem Raja Berperlembagaan.

Seorang Raja atau Sultan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing, mempunyai hak bersuara dan peranan penting yang harus dimainkan di dalam pembentukan Kerajaan Negeri termasuk melantik Menteri Besar.

Mempersoalkan semua hak-hak yang telah telah termaktub ini di bawah Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, bermaksud memalingkan kesetiaan daripada terus bersetia kepada Raja-Raja dan mempertikaikan sistem Raja Berperlembagaan di dalam negara.

Memalingkan kesetiaan bermaksud mereka-mereka ini telah meludah prinsip kedua di dalam Rukunegara iaitu prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Memandangkan pihak mereka sendiri telah memperakui bahawa ada pihak dari luar seperti NDI dan OSI yang membayar mereka untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu, dan supaya tiada sesiapa dapat membuat sebarang bentuk spekulasi yang menggunakan pepatah bahasa Inggeris yang dipetik awal tadi sebagai hujah untuk menggambarkan mereka-mereka yang mengarahkan Sultan Selangor untuk tidak campurtangan dalam isu perlantikan Menteri Besar sebagai bekerja bagi pihak yang mengupah mereka, maka Datuk S Ambiga dan pertubuhan-pertubuhan yang mengeluarkan kenyataan yang senada itu harus tampil memberikan penjelasan duduk setianya mereka kepada siapa?

Kita menunggu kenyataan jelas dan tegas dari Datuk S Ambiga, dengan siapa sebenarnya dia bersetia? Dengan Raja dan Negara atau dengan pihak-pihak yang mendanai gerak kerjanya dari Amerika?

Dia harus menamatkan semua kekeliruan ini dengan satu kenyataan tegas!!






Rujukan :
1) http://www.themalaysianinsider.com/mobile/malaysia/article/Bersih-repudiates-foreign-Christian-funding-claim/






5 comments:

  1. Sudah terang lg bersuluh tuan ben.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia harus menjawab dgn mulutnya sendir Tuan Hamba Allah.

      Delete
  2. Xyah jawab pun org bley tahu.

    ReplyDelete
  3. Kelihatan dalam gambar si Ambiga smitten macam KERA DAPAT BUNGA, kalau dengan pemimpin negara beliau garang semacam, tetapi dengan Hillary Clinton wanita puaka yang banyak menumpahkan darah manusia, dia seolah-olah lupa akan fakta tersebut. Ambiga kelihatan semacam gadis puberty yang baru dapat gula-gula.

    Adakah dia sememangnya buta fakta, atau mempunyai agenda jahat bawaan Amerika ke dalam negara tercinta. Sememangnya segala usaha wanita ini selepas itu cuma berpaksikan Amerika sahaja.

    Maka layaklah jika kita semua mula mengelarkan beliau dengan gelaran Ambiga Amerika. Ingat Ambiga! Ingat Amerika!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.