Friday, 8 August 2014

Bila Istana Negara Sendiri Perlu Buat Laporan Polis..



Bila undang-undang tidak lagi ditakuti sehinggakan Kepala Utama Negara menjadi mangsa penghinaan, amatlah jelas bahawa mereka-mereka yang telah diamanahkan untuk menjadikan undang-undang sebagai benteng awal pertahanan dan kawalan keselamatan serta keamanan di dalam negeri telah sama sekali gagal

IGP dan Tan Sri Gani Patail harus dipertanggungjawabkan. Kami mendesak sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kedua-dua mereka.

Penghinaan demi penghinaan ini sudah mencapai tahap yang amat melampau!!!

Atas sebab kelemahan mereka inilah, penghinaan ke atas agama dan Kepala Utama Negara yang dipertanggungjawabkan memelihara Agama Islam boleh berlaku sewenang-wenangnya.

Undang-undang sudah tidak lagi ditakuti dan dihormati malah ia menjadi tempat ludahan warga-warga Malaysia yang biadab.

Selagi penghinaan demi penghinaan seumpama ini muncul, selagi itulah rakyat Malaysia tahu dengan jelas bahawa ada pihak yang sangat tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Entah apa peri pentingnya kewujudan jawatan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sekiranya Kepala Utama Negara itu sendiri menjadi mangsa ketidakcekapan kedua-dua mereka.

Jika kes sebaran maklumat palsu berkenaan potong tangan di Klang boleh dijejaki dengan pantas dan cepat, berapa tahun pula masa yang bakal diambil untuk kes ini dibawa ke muka pengadilan?

Daulat Tuanku!

Jika ini zamannya Kesultanan Melayu Melaka, maka tidak perlulah kami di sini mendesak dan terus mendesak kedua-dua mereka untuk pantas bertindak membela maruah DYMM Tuanku.Kami sendiri yang akan Bangkit mempertahankan maruah Tuanku.

Tetapi, tangan-tangan kami terikat dengan undang-undang dan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara maruah Tuanku telah menyebabkan ada pelampau yang sampai berani menghina Tuanku dengan sedemikian rupa.

Dan sudah pasti, kami akan terus mendesak supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyelesaikan isu ketidakcekapan kedua-dua pihak ini sehingga undang-undang di Malaysia kembali dihormati dan maruah DYMM Tuanku terbela.

Kami ingin merafak sembah memohon pihak Istana Negara bersama Majlis Raja-Raja memberi ruang kebenaran supaya isu penghinaan ke atas Kepala Utama Negara ditangani dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya DiRaja tersebut.

Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum bumi menjadi padang jarak padang terkukur, apa sahaja tindakan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan mesti dilaksanakan secekap mungkin.




5 comments:

  1. SETUJU Ben! Sampaikan DYMM YDPA kita terpaksa buat lapuran polis - bahkan kejadian ini bukan yg. pertama; maka AG-KPN-LIBERAL memmang harus diSIASAT Suruhanjaya DiRaja yg. mmemang perlu ditubuhkan segera! Bahkan DYMM YDPA/Kesultanan Islam-Melayu berhak MENYAMAN K'jaan Persekutuan BERBILLION akibat KECUAIAN demi KECUAIAN, yg. tidak boleh lagi dimaafkan lagi oleh rakyat jelata dari BUMIPUTERA Islam/Melayu terutamanya (biaq sebahagian duit saman ni diharap digunakan utk. bina lebih banyak MASJID/Rumah anak yatim-fakir miskin/sekolah agama/memperkasakan MAIN)!

    Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di bawah kuasa DYMM YDPA/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri/K’jaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Bahkan KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, juga adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju makcik. Dalam apa jua bidang, mana pihak yg tidak lg kompeten harus segera ditukar. Ini penyakit yg melanda Malaysia.

      Gemar menyimpan golongan tidak kompeten sehingga menyebabkan negara kita mundur.

      Delete
  2. Kerajaan perlu megambil langkah memberi perlidunagn mutlak kepada institusi raja berpelembagaan dengan menurut cara kerajaan Tahilang melindunmgi tunggak pemerintah negara mereka
    Kita cadangkan hukuman minima 10 tahun penjara bila disabitkan kesalahan tanpa pengurang ctui dll. Ini memberikan satu pengajaran kenapa perlu rakyat patuh kepda 'kontrak sosial' yang meletakkan ketua negara adalah sultan yang beragama islam

    Daulat Tuanku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Tuan. Ttp syaray perlindungan mesti berlandaskan syariat.

      Delete
  3. Gila ahh.. apa dia peduli dgn semua ni. Napa AG kebal, tu soklan yg mesti Ah Jib Gor jawab.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.