Sunday, 3 August 2014

Apakah Malaysia Hindu Sangam Mahu Merampas Kuasa Majlis Raja-Raja?

Apakah Malaysia Hindu Sangam Mahu Merampas Kuasa Majlis Raja-Raja?
Selepas satu persatu kebiadaban oleh orang-orang kafir di Malaysia, dibajai sentimen penentangan serupa yang cuba dijuarai Majlis Kafir sejak dari 2001, kebiadaban golongan ini dibawa ke satu peringkat baru.
Cita-cita mereka mahu meletakkan urustadbir dan kawal selia Agama Islam di bawah telunjuk mereka tidak pernah kunjung padam. Bermula dengan cita-cita menubuhkan Interfaith Commission (IFC) yang digagalkan, mereka mencuba pula pelbagai cara dan kaedah untuk memaksa Agama Islam berada di bawah kehendak mereka.
IFC secara tipu helahnya, seolah-olah telah ditubuhkan. Itu mengikut kata Joseph Kurup bilamana Kerajaan Persekutuan menubuhkan Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA).
Menteri Joseph Kurup sendiri menyebut seperti berikut :
"It (IFC) was formed…Only the name was changed” … Kurup pointed to the formation of Cabinet’s interfaith committee in 2010, which he said has “the same terms of reference.”
JKMPKA bagi mereka masih terlalu tumpul dan tidak memenuhi kehendak utama mereka untuk meletakkan Urustadbir dan Kawalselia Agama Islam di bawah telunjuk mereka. Lalu penubuhan sebuah Majlis Redundant Tiada Beban Batu Digalas, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN/NUCC). NUCC telah dirampas halatuju penubuhannya olehpihak-pihak yang jelas mengamalkan sikap anti Islam serta giat menyemai budaya Ekstremis Islamufobia tempatan. Itu kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid sebelum ini.
Melalui NUCC ini, 3 deraf Rang Undang-Undang yang sebelum ini dinamakan Deraf Rang Undang-Undang Harmoni cuba dikemukakan. Antara perkara yang cuba ditubuhkan di bawah Rang Undang-Undang ini ialah penubuhan sebuah Tribunal dengan kuasa yang luas dan bakal meletakkan Agama Islam di bawah penelitian pihak dari agam lain.
Seksyen 23 di dalam RUU ini memperuntukkan kuasa tribunal yang dicadangkan penubuhannya. Kuasa yang sangat luas tersebut termasuklah untuk memanggil mana-mana individu untuk memberikan keterangan apabila sesuatu perbicaraan sedang dijalankan tribunal. Ini sudah pasti membolehkan tribunal tersebut memanggil mana-mana pihak, khususnya daripada kalangan mereka yang berotoriti agama Islam, termasuk mufti dan para alim ulama’ untuk memberikan keterangan kepada tribunal tersebut, termasuk sekiranya dibuat pertuduhan bahawa mereka menimbulkan suasana tidak harmoni dan kegelisahan antara agama. Aspek ini meletakkan hal ehwal Islam di bawah sebuah entiti yang tidak mempunyai kompetensi dan pengetahuan selayaknya mengenai Islam.
RUU Harmoni atau nama terbarunya RUU Suruhanjaya Perpaduan dan integrasi Nasional cuba menjadikan cita-cita penubuhan Tribunal ini sebagai satu kenyataan. Setelah gagal dengan IFC dan JKMPKA yang tumpul, tribunal yang bakal ditubuhkan apabila cadangan deraf undang-undang ini diterima menjadi harapan terbaru dalam usaha golongan Ekstremis Islamufobia tempatan untuk meletakkan Agama Islam di bawah kuasa mereka. Ini satu bentuk cita- cita yang biadab!



Malaysia Hindu Sangam, salah satu ahli di dalam Majlis Kafir seolah-olah tidak dapat menahan sabar. Belum lagi tribunal harapan mereka ditubuhkan, mereka sudah mula berani mengangkat jari menunjuk dan mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk mengikut kehendak mereka melakukan pemantauan ke atas golongan Ustaz di dalam negara. Persoalannya siapa mereka untuk memberi arahan kepada pihak JAKIM untuk tunduk kepada kehendak arahan mereka. 
Berikutan timbul kes salah faham berkenaan isu ustaz Shahul Hamid, MHS mula naik tocang. Seolah-olah JAKIM merupakan agensi yang berada di bawah telapak kaki MHS untuk diarah-arah dengan sesuka hati.
JAKIM merupakan sebuah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menjalankan amanah memelihara agama Islam di peringkat Persekutuan. Ditubuhkan atas cadangan dan gesaan Majlis Raja-Raja pada 1968. Salah satu daripada 3 peranan besar yang dijalankan oleh JAKIM ialah menjalankan hasrat serta arahan Majlis Raja-Raja berkenaan urustadbir agama Islam di dalam negara.Tidak tercatat sedikit pun bahawa JAKIM perlu menerima arahan daripada Malaysia Hindu Sangam dan perlu berada di bawah telunjuk mereka.



Ini bukanlah kali pertama Pengerusi Malaysia Hindu Sangam, RS Mohan, mengambil pendekatan konfrontasi dengan agama Islam di Malaysia. Sebelum ini, Bangkit! Telah menulis tentang kenyataan yang dikeluarkannya berkenaan Majlis Agama Islam Negeri Selangor. RS Mohan pernah melakukan tuduhan biadab dan secara terbuka bahawa Majlis Agama Islam Negeri mahu mengatur agama lain. Penulisan tersebut dengan tajuk "Pendirian Anarkis Anti Perlembagaan MCCBSCHT?" dimuatkan di sini.
Malah DS Mohan juga dikesan di dalam artikel terbabit cuba mengajar al Quran tanpa tauliah dan ilmu. Seolah-olah dia menyebarkan secara terbuka kepada umat Islam bahawa dia lebih memahami al Quran berbanding Ustaz Shahul yang menjadi subjek pertikaian permohonan maaf tersebut.
Harus dingatkan kembali kepada pihak yang masih berdegil dan tidak mahu memahami undang-undang negara seperti RS Mohan. Pihak bukan Islam di dalam negara ini tidak mempunyai apa jua bentuk hak untuk mengajar, mengarah serta memberi ultimatum kepada mana-mana pihak berkuasa, jabatan serta majlis-majlis Agama Islam di dalam negara. Apakah RS Mohan dan Malaysian Hindu Sangam mahu merampas kuasa Majlis Raja-Raja dengan memberikan arahan kepada pihak JAKIM? Tolong berhenti bersikap biadab. Ini bukanlah kali pertama ia dilakukan RS Mohan.
Harus diingatkan kembali, lain-lain agama dibenarkan diamalkan di dalam negara dengan syarat, semua amalan dan praktis agama mereka mestilah di dalam sikap harmoni dan aman damai terhadap agama Islam. Jika syarat itu tidak dipenuhi sebagaimana yang disebutkan di dalam Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, maka hak untuk agama tersebut dibenarkan diamalkan di dalam Malaysia akan terlucut dengan sendirinya. 
Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk mengawal lain-lain agama ini supaya tidak memberi sebarang bentuk ancaman ke atas Islam yang merupakan Agama Negara.
Aliran serta Elemen Ekstremisme yang cuba dibawakan RS Mohan di dalam Malaysia Hindu Sangam harus diwaspadai dan dipantau oleh pihak berkuasa dan Kementerian Dalam Negeri.
Kita tidak mahu satu lagi kes rusuhan antara agama berlaku dan pihak ekstremis menggunakan rumah-rumah ibadat tertentu sebagai kubu pertahanan sepertimana yang pernah berlaku semasa rusuhan Hindraf beberapa tahun dahulu.
Negara ini adalah sebuah negara aman dan harus kekal aman sekiranya semua pihak kenal dan tahu sempadan tindakan masing-masing. Pihak kami menyeru semua pihak supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara.
Semua aliran serta elemen subversif, pelampau serta anarkis di dalam mana-mana pertubuhan sekalipun harus dipantau dan diambil tindakan oleh mereka yang memegang amanah kuasa.
Kami menggesa barisan kepimpinan Malaysia Hindu Sangam di bawah RS Mohan dipantau dengan rapi dan rapat.
Kami juga mendesak pihak berkuasa termasuk Polis DiRaja Malaysia mengambil tindakan CEKAP, CEPAT dan BETUL jika sikap melampau individu serta pertubuhan yang diketuai oleh golongan seperti ini, masih dilakukan secara berterusan. Malaysia harus kekal aman dan bebas daripada sikap pelampau.

MHS Diam..

Tiada Laporan Polis dan Surat Kepada IGP Daripada MHS Dalam Kes Di Atas.

Juga Tiada Surat Daripada MHS Kepada IGP Dalam Isu Ini Juga..

Apakah MHS Iktiraf Perbuatan Seperti Ini?

12 comments:

  1. Apa boleh buat bila Melayu Islam buat AG akan arah suruh tangkap sepantas kilat. Jika p#*ia atau cin#$%bi buat.. arahan senyap oelh AG celaka.. dan kepala malasah utama ialah NAJIB. beliau berkhayal dengan bininya.. tp Agama jd bahan mainan..undang2 longgar!!

    NAJIB harus dipertangunbjwbkan bila kafir tak henti serang Islam dan Melayu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam fb, berlegar2 cerita J Edgar Hoover tempatan in the making.. katanya, cara Hoover tempatan berkuasa di Malaysia ialah dgn cara menyimpan fail2 berprofil tinggi.. tak tahu pula, siapa yg diorang maksudkan.. Wallahua'lam.

      Delete
  2. Najib bg tau dia tidoq 3jam sj...sibuk Mh17...minta najib pikir masak2 sementara saki baki melayu yg setia pada umno ni undur diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bijak bila dia berhenti mengejar yang dia tidak dapat pada PRU 13.. yg dikendong bukan lagi pada tahap berciciran, tetapi sangat marah pada ketika ini.

      Delete
  3. Ah Jib Gor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu alter ego pilihannya.. jika dia mahu dikenang sbg Ahjib Gor 100 tahun lagi, terus istiqomah buat apa yg sedang dia buat sekarang..

      Delete
  4. Salah diorang ke? Biarla.. benda2 kecik mcm ni pun nak bising ke?

    Negara ni ada byk masalah lain.. rasuah, ketirisan, politik wang, kezaliman UMNO-barisan nasional, salahguna kuasa mcm2 lagi. Naper x buat bising pasal tu semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fahami Fiqh Awlawiyyat Oedipus... fahami Fiqh Awlawiyyat..

      Delete
    2. Kahkahkah... ada juga angkatan kacang merah laknatullah kat sini... shooh...

      Delete
    3. Dah.. shooh shooh.. gi main jauh2.. org sibuk hal lain, dia sibuk dengan al jubs dia jugak. Chit.. Poooraah!

      Delete
    4. Lebih baik kacang merah dari MACAI UMNO la bro..

      UMNO perlukn org mcm Saifuddin Abdullah, macam Mujahid Rawa. bukan yg mcm berulat skang ne.

      Delete
    5. Saudagar Minyak4 August 2014 at 02:12

      Allah sj yg tau betapa aku menyampah dgn pentaksub Bang Non ni.

      Hoi Oedipus.. tak faham isu jgn komen. Akidah dgn apa yg ko sebut tu, tingkat2 lain dlm keutamaan perjuangan.

      Org kutuk dan cerca Allah pun masih nak pusing2 politik. Allah sj yg bagi hidayah kat ko,

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.