Wednesday, 13 August 2014

Akta sedia ada sudah cukup

it@Metro


Oleh Afiq Hanif
Kerajaan mempunyai kuasa untuk menyekat laman sosial Facebook, namun adakah ia wajar dilakukan dalam kepesatan zaman teknologi masa kini?
Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan kesediaan untuk menutup laman terbabit sekiranya itu yang dikehendaki oleh orang ramai selepas kajian dijalankan.
Namun ia perkara yang mustahil dilakukan berdasarkan 15 juta penggunanya di Malaysia, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pengguna Facebook ke-18 tertinggi di dunia.

Malah terdapat cadangan yang mengatakan, pengguna perlu mendaftar Facebook dengan agensi bertanggungjawab, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), namun ia boleh dikatakan langkah tidak masuk akal.
Foto
ADA pihak cuba membuka akaun Facebook palsu.

Berbalik kepada persoalan mengapa Facebook harus disekat mengundang kepada pelbagai jawapan, namun pengguna sendiri perlu menilai isi kandungan laman sosial terbabit sebelum berkongsinya di status masing-masing.

Alasan untuk menutup Facebook disebabkan hanya 2,000 laporan negatif bukanlah langkah bijak.

Disebabkan 0.13 peratus yang membuat onar, penutupan Facebook boleh mengakibatkan kehila­ngan kepada satu sumber maklumat.

Manakala cadangan mendaftar akaun Facebook dengan SKMM juga lebih mustahil berdasarkan peranan masing-masing. Malah adakah laman sosial terbabit sibuk mahu melayan undang-undang negara tertentu?

Bagi membolehkan pendaftaran Facebook dan SKMM, anda perlu memasukkan maklumat peribadi, namun siapa yang perlu bertanggungjawab mengenal pasti kesahihannya? Siapa yang perlu menyalurkan maklumat, Facebook atau SKMM?

Pengamal undang-undang, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, penutupan Facebook bukanlah sesuatu yang realistik memandangkan undang-undang sedia ada sudah cukup untuk menangani kes di laman sosial berasal dari Amerika Syarikat itu.

“Di Malaysia, terdapat beberapa undang-undang seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 Akta Jenayah Komputer 1957 dan Kanun Keseksaan yang semuanya sudah leng­kap,” katanya.

Katanya, me­nutup akaun laman sosial bukan menjadi keutamaan, tetapi tindakan penguatkuasaan mengikut pelbagai akta boleh dibuat, termasuk dengan kerjasama polis.

Malah, negara ini juga mempu­nyai peruntukan undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang mempunyai dua peruntukan utama memungkinkan tindakan penguat­kuasaan diambil ke atas aduan berkaitan kandungan di Internet.

Berdasarkan akta terbabit, terdapat Seksyen 211: Larangan terhadap pemberian kandungan jelik dan Seksyen 233: Penggunaan tidak wajar kemudahan rang­kaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Persatuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, penutupan Facebook sukar dilakukan namun manipulasinya boleh menjurus kepada kebaikan.

“Tidak dinafikan, sesiapa saja boleh membuka akaun Facebook tanpa kawalan dan kerajaan mempunyai kuasa untuk menutupnya.

“Namun jika difikirkan semula, apakah Facebook ditutup sebagai langkah yang baik atau penguatkuasaan lebih tegas boleh diambil,” kata­nya.

Beliau berkata, pendekatan mendidik lebih berkesan seterusnya memberi amaran jika ia berterusan berlaku.

“Penutupan Internet tidak akan menyelesaikan masalah kerana sentiasa ada cara lain untuk meng­aksesnya meskipun disekat,” katanya.

Beliau memberi cadangan, pengenalan subjek berkaitan cara atau kaedah menggunakan laman sosial lebih berkesan untuk jang­ka masa panjang.

“Pengenalan subjek terbabit boleh dimuatkan dalam pelajaran sivik misalnya yang mendidik remaja daripada peringkat awal,” katanya.

Beliau memaklumkan, penekanan terhadap undang-undang dan tatacara penggunaan di peringkat awal mampu menyelesaikan masalah untuk jangka panjang.

“Misalnya, didik untuk menyelidik maklumat terlebih dahulu sebelum berkongsinya di status masing-masing,” katanya.

Pautan asal :

Bangkit! : Jika masih ditegaskan bahawa Akta Sediada sudah cukup untuk diambil tindakan, persoalannya, kenapa semua peruntukan ini tidak digunakan se-efektif mungkin?

8 comments:

  1. Ada org x buat keje ler tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga.. Siapa org tu Khalid Khalid?

      Delete
  2. Oedipus Nusantara13 August 2014 at 10:03

    Hanya Pakatan Rakyat dapat jamin keadilan untuk semua. Jom ubah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Overdose KETUM boleh sebabkan kita mengalami halusinasi.

      Delete
  3. kerajaan boleh tutup Fb tanpa bising2 , tutup saja !
    kalau Fb dah tutup takde lagi fitnah berleluasa , kurang la sikit laki bini cerai berai skandal sana sini ,

    aku sokong Fb ditutup , dulu fb takde ok je ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan hamba Allah.
      Tutup fb hanya countermeasure jgka pendek. Kita perlukan solusi jangka panjang.

      Pendidikan akidah dan akhlak serta moral perlu diperkukuhkan. Begityu juga dgn penguatkuasaan undang2. tutup fb, whatsapp dan lain2 masih ada.

      Delete
  4. Anak Bukit Jelutong13 August 2014 at 12:05

    Kerajaan boleh rancang dan wujudkan bermacam-macam undang-undang demi kesejahteraan rakyat.

    Malangnya tindakan penguatkuasaan terlalu lambat dan lemah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anak Bukit Jelutong. Tanpa penguatkuasaan undang2 yg efisien, tak ada gunanya punyai apa jua bentk undang2 yg tegas.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.