Monday, 18 August 2014

150 Aduan Sebulan

150 aduan sebulan
 Kuala Lumpur: Mengejutkan apabila terdapat lebih 150 aduan membabitkan pelbagai jenis kegiatan tidak bermoral seperti perjudian dan pelacuran yang dikongsi pengguna Internet di laman blog kendalian persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak sebulan lalu.
Menerusi laman maksiat.blogspot.com, ia memberi gambaran betapa masih banyak yang perlu dilakukan pihak berwajib untuk membanteras gejala berkenaan bagi memastikan tiada lagi aktiviti seumpamanya di negara ini.
Aktivis PPIM Dr Izham Nayan berkata, ia secara tidak langsung menunjukkan terdapat keperluan untuk saling bekerjasama antara pihak berkuasa dengan orang ramai bagi mencari jalan penyelesaian pelbagai isu berbangkit.
“Ada yang terus memuat naik gambar berserta keterangan lokasi pusat judi dan sarang pelacuran. Setakat ini berdasarkan rekod yang ada, kita terima lebih 150 aduan pelbagai kategori. Semua maklumat dikemas kini dan setiap hari minggu kita ada aduan baru,” katanya.
Dr Izham berkata, kebanyakan entri pada blog berkenaan meminta pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis kerana secara terang-terangan melanggar peraturan serta mengganggu sensitiviti umat Islam.
“Sebagai badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mempunyai ramai ahli, PPIM mewujudkan laman berkenaan bagi membantu orang ramai menyalurkan maklumat atau sebarang kegiatan di sekeliling mereka.
“Daripada blog itu, kita akan kumpulkan data berkaitan dan merujuk perkara itu kepada pihak berwajib seperti polis dan jabatan agama,” katanya.
Justeru katanya, ahli PPIM di seluruh negara diminta menyalurkan maklumat seperti gambar dan alamat premis yang menjalankan kegiatan mencurigakan di kawasan masing-masing untuk tindakan susulan.
“Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghantar gambar dan alamat ke aplikasi WhatsApp di talian 019-9130000 atau menghantar ke emel muslimconsumers@ gmail.com,” katanya.

Pautan Asal :

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.