Saturday, 16 August 2014

12 Tahun Jadi Peguam Negara, Baru Sekarang Mahu Sedar Dan Buat Pembaikan? Tan Sri, Sila Letak Jawatan!

Jika tidak kerana amarah umat Islam yang meningkat panas berikutan isu pendakwaan selektif Pejabat Peguam Negara, tentu sahaja isu ketiadaan peruntukan undang-undang yang cukup untuk mendakwa penghina Islam diberikan perhatian oleh Peguam Negara.




Seluruh negara hampir sahaja terjerumus ke dalam kancah satu lagi bentuk pergaduhan kaum. Itu yang dinyatakan oleh Menteri Pertanian Dato' Seri Sabri Yaakob.

60 orang delegasi Ketua-ketua bahagian UMNO terpaksa meninggalkan urusan mereka masing-masing semata-mata ingin mengadakan pertemuan dengan pihak Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Semua itu dilakukan kerana mereka sedar sesuatu yang panas sedang membakar perasaan umat Islam di luar sana. Jika perkara ini tidak dibendung dengan segera, negara akan sekali lagi hancur menjadi padang jarak padang terkukur.

Melalui pertemuan itu, delegasi ini dihidangkan dengan fakta yang tidak mampu diterima akal langsung. AG memaklumkan bahawa, terdapat kelompangan di dalam undang-undang negara yang menyebabkan pendakwaan ke atas golongan yang menghina Islam tidak dapat dijalankan.

Hampir terbakar jantung setiap siapa yang mendengar kenyataan tersebut. Kami yang mendapat berita ini juga harus mengambil nafas untuk bertenang supaya berita ini tidak dilaporkan dengan laporan yang hilang kewarasan akibat terlalu marah!!!!

Patutlah PDRM seakan hilang semangat untuk membuat tangkapan dan siasatan kes-kes seumpama ini.

Bagaimana mungkin seorang Peguam Negara yang dilantik untuk menjaga Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang negara membiarkan kelompangan ini wujud selama 12 tahun di bawah perhatiannya??? Bagaimana juga mungkin seorang Peguam Negara yang dilantik untuk menasihatkan Yang diPertuan Agong dan jemaah menteri tentang perihal undang-undang, mendiamkan sahaja kelompangan ini sehingga rakyat sendiri Bangkit! mempersoalkan kelemahan yang wujud???

Bagaimana mungkin seorang Peguam Negara, selama dua belas tahun khidmatnya, membiarkan kelompangan ini sehingga menyebabkan Kepala Utama Negara gagal memenuhi janji sumpahnya untuk memelihara Islam pada setiap masa?

Tanpa sumpah jawatan Kepala Utama Negara sebagaimana yang diwajibkan di dalam Artikel 37 (1) tersebut, mana mungkin sistem pemerintahan demokrasi di dalam negara ini dapat ditegakkan. Tanpa sumpah jawatan Kepala Utama Negara yang sah, sistem pemerintahan negara ini tidak boleh berdiri dengan sah!

Siapa boleh lupa apabila Barrack Obama diwajibkan untuk melakukan sumpah perjawatan sekali lagi semasa sumpah awalnya diragui. Ia menunjukkan betapa pentingnya sumpah perjawatan itu bagi menandakan keabsahan pengangkatan dirinya sebagai Kepala Utama Negara Amerika.

Menggagalkan Kepala Utama Negara menjalankan fungsinya seperti yang diwajibkan oleh sumpah untuk memelihara Islam di dalam negara, ibarat melanggar sumpah janji tersebut dan seolah menghancurkan keseluruhan sistem pemerintahan yang tertegak kini. Tanpa perkenaan Yang diPertuan Agong, mana mungkin Undang-Undang, Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Hakim-Hakim dan termasuk Peguam Negara sendiri dapat dilantik secara sah di bawah Perlembagaan!

Jadi, kenapa dibiarkan Yang diPertuan Agong terdedah kepada subjek pertikaian kerana kelompangan yang wujud dalam undang-undang untuk mempertahankan Islam, tidak diperbaiki dari awal? Jangan jadikan alasan bahawa semua ini berlaku sesudah ISA dihapuskan. Bukankah sebelum bersetuju menghapuskannya, semua sudut dan aspek bolehnya sesuatu undang-undang itu dihapuskan perlu dikaji sepenuhnya?

Adalah sangat malang kerana semua ini hanya mahu diberi perhatian dan tindakan setelah rakyat Bangkit! mempersoalkan kepincangan ini. Jika delegasi 60 orang Ketua Bahagian UMNO itu tidak membuat pertemuan dengan AG dan IGP, siapa tahu bahawa kelompangan sedemikian mungkin akan terus disapu ke bawah permaidani.

Atas ketidakcekapan luarbiasa yang bisa membuatkan seluruh struktur negara mungkin runtuh ini, maka sudah tiba masanya orang yang bertanggungjawab melepaskan jawatannya kepada yang lebih kompeten.

Sebuah Suruhanjaya diRaja bagi menyiasaat ketidakcekapan yang bisa meruntuhkan negara ini mesti ditubuhkan dengan segera!!!

10 comments:

  1. Sabri Yaakob. Jgn la potong peluang bisnes pakcik. Hidup mati bisnes pakcik, bergantung pd jumlah org mati.

    Bila dgr Gani Patail tak kompeten dan bikin org panas, pakcik dah mula buat unjuran bisnes.

    1 liang = RM 250.00

    1000 liang = RM 250.00 x 1000 = RM 250,000.00..

    10,000 liang = RM 250.00 x 10,000 = RM 2.5 juta..

    Yieahooooo!!! Pakcik Kayo! Pakcik Kayo!

    Yg patut letak jawatan Sabri Yaakob. Menteri pengguna apa nak potong bisnes pakcik ni???

    Org mcm Gani bg cita2 pakcik pakai ferrari boleh trcapai.

    Hidup Gani Patail! Hidup Gani Patail!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn le memain pakcik. Org serius ni.

      Delete
    2. Wei pakcik, tak pasal2 pakcik pulak yg kena korek lubang kubur pakcik sendiri. Org siyes ni, pakcik memain pulak...

      Delete
    3. Pakcik siyes ler ni.

      Klu jd rusuhan, rezeki pakcik murah ler..

      Sapo x nak jadi kayo?

      Jgn ler marah kt Gani. Org cam Gani ler harapan Pakcik.

      Delete
    4. Saya faham apa yg Pakcik penggali kubur maksudkan.

      Dia serius dalam dimensi pemahaman berbeza.

      Delete
  2. Artikel yg. BERNAS BEN!

    Makcik heran betullah PDRM ni - tengok dilantiknya Bukan Islam utk. mengetuai operasi menyiasat Sosial media - sedgkan kita tahu yg. MAJORITI mangsa yg. diHINA dan diGERTAK adalah umat Islam/Melayu serta ISLAM! Apakah Bukan Islam akan faham tentang PENGHINAAN ke atas ISLAM/umatnya, di NEGARA ISLAM ini?! Lagipun PDRM harus berkerjasama dgn. MAIN/NGO-NGO Islam/Melayu dlm. hal ini, apalagi ISLAM adalah AGAMA PERSEKUTUAN - jadi yg. letak Bukan Islam utk. mengetuai operasi ni apasal?! Gantikan saja KPN/TKPN dan AG - yg. memang MENCURIGAkan ini!!

    Gantikan saja KPN/TKPN dan AG-LIBERAL- yg. memang MENCURIGAkan ini! Bahkan AG mesti diGANTI dgn. yg. kuat ilmu ISLAMnya dgn. melibatkan rundingan serta persetujuan DYMM YDPA sbg. KETUA AGAMA ISLAM di NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ini! Ini ialah kerana KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU!

    Lihat di http://www.nst.com.my/node/22449 , Cops to act on Netizens who incite hate:

    By Atiqa Hazellah - 12 August 2014

    KUALALUMPUR: Police have formed a task force to monitor and take action against those who fan racial and religious sentiments on social media.

    Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Bakri Zinin said the team comprised personnel from the Criminal Investigation and Commercial Crime Investigation Departments.

    “The task force is headed by Criminal Investigation Department deputy director (Investigation and Law) Datuk Amar Singh.

    “Its primary role is to address problems on social media,” he said after closing the Op Selamat 5/2014 operation at Terminal Bersepadu Selatan here yesterday......

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU].

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelantikan ni mengingatkan saya pada sikap yang diambil oleh Hakim Lau Bee Lan semasa isu kalimah Allah di Mahkamah Tinggi.

      Semua hujah ditolaknya dan tidak dipedulikan dan akhirnya Mahkamah rayuan membetulkn kekhilafan tersebut.

      Malanglah sebab ia perlu melalui proses yg ;ebih panjang dan melibatkan kos yg lebih tinggi supaya keadilan yang tidak bias dapat dicapai.

      Dalam kes pemantau laman sosial PDRM, sekali lagi satu usaha tajam mgkin digagalkan oleh pemilihan pihak yang belum tentu faham sensitiviti kita sebagai umat Islam yang menganut agama Islam sebagai Agama Negara.

      Sgt setuju dgn pendapat makcik.

      Delete
  3. Kalau ada maruah AG patut letak jawatan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot yer pun marah gani, enko jgn ler kasi prospek bisnes pakcik merudum SolitaireHunter.

      Pakcik dh letih nunggu org mati. Seminggu, ada ler satu dua org. Klu cenggini, bila nak pakai ferrarri nun.

      Seb baik ader org cam Gani.

      Delete
    2. SolitaireHunter.. jika kompeten, kita tidak akan menuntut dia berbuat demikian, tp keberadaannya di situ menyebabkan kita merasakan Islam sebagai Agama Negara menjadi sasaran mudah penghinaan, cacian dan bahan kejian org bukan Islam.

      Lebih malang, YDP Agong juga terjejas akan keupayaan baginda memenuhi janji sumpahnya untuk mempertahankan Islam kerana tiada undang2 yg efisien bg membolehkan baginda berbuat demikian.

      Ini kompromi yg boleh merebahkan. Malah lebih malang ia dibiarkan begitu lama tanpa sebarang usaha untuk memperbaiki keadaan terseut.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.