Monday, 7 July 2014

Sejarah Konfrontasi MAJLIS KAFIR Terhadap Islam

Pada 2001, MCCBSCHT (atau kependekan yang lebih mudah MAJLIS KAFIR) mula melancarkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam secara terang. Melalui sepucuk surat yang dialamatkan mereka untuk perhatian Majlis Peguam, mereka membuat 15 jenis tuntutan. Menilai isikandungan surati tersebut, umat Islam mula melihat kecenderungan MAJLIS KAFIR seolah tidak lagi bersungguh dan berminat untuk mengamalkan agama mereka di dalam cara aman dan damai terhadap Islam.

Surat bertarikh 22 Ogos 2001, membutirkan semula hasil mesyuarat bertajuk "Bar Council Workshop/Conference on Freedom of Religions" yang telah diadakan antara MAJLIS KAFIR dan Majlis Peguam pada 11 Ogos 2011.

Turut dimuatkan juga ialah hasrat MAJLIS KAFIR untuk menggunakan perlembagaan pertubuhan mereka sebagai sebuah precedent kepada sebuah penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Commission - IFC).

Surat ini jugalah yang membuka jalan kepada 14 tuntutan IFC yang mengambil sikap konfrontasi terhadap Islam dan umatnya. Berikut 14 Tuntutan IFC bagi mereka yang telah terlupa :


Berikut merupakan 14 tuntutan IFC :

  1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
  2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
  4. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
  5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
  7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agam itu hendaklah diajar disemua sekolah.
  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Bermula daripada kerjasama antara MAJLIS KAFIR dan Majlis Peguam ini, kita melihat seolah-olah mereka telah mengatur satu persatu perkara yang akan dibawa ke barisan penghadapan untuk dicabar satu persatu.

Kita melihat kes Lina Joy, tuntutan anak antara keluarga bukan Islam dengan Islam, isu jenazah mualaf Islam dan sebagainya disebut sebagai perkara-perkara yang menjadi subjek keprihatinan mereka.

2001, keadaan tidak memungkinkan semua agenda ini dijalankan. Perdana Menteri pada waktu itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun Mahathir kini) terkenal tegas dengan elemen anarkis dan penggugat ketenteraman awam. Hanya setelah Dr. Mahathir meletak jawatan, baharulah kita melihat mereka menggasak satu persatu agenda mereka kerana melihat kelemahan pemimpin negara.

Kes Lina Joy dipanaskan. Kes perebutan jenazah mualaf digunakan sebagai isu. Artikel 121 (A) dihentam kiri dan kanan. Malah Menteri-Menteri Bukan Islam di dalam kabinet sendiri mengambil kesempatan di atas kelemahan kepimpinan negara membawa tuntutan suara MAJLIS KAFIR ini kepada Perdana Menteri.


Mujur NGO-NGO Islam Bangkit menyedarkan umat Islam dan barisan kepimpinan negara tentang gerakan bejat yang sedang digerakkan secara aktif pada waktu itu.

Sesungguhnya mereka tidak pernah berhenti dengan usaha mereka. Umat Islam dilihat kini berada di dalam kedudukan defensif kerana perpecahan antara kita membenarkan ruang dibuka kepada mereka. 

Kita harus rapatkan saf kembali. Dalam keadaan berpecah pun kita masih lagi diberikan Allah kemenangan. Bayangkan jika saf-saf kita lebih rapat lagi. Apakah MAJLIS KAFIR ini akan berani mengangkat wajah jika barisan kita seteguh dan sekukuh dinding-dinding konkrit? Jawapannya tidak. Perhatikan kebaculan mereka di era Tun M di mana kedua-dua parti politik Islam iaitu UMNO dan PAS tidak pernah berkompromi dengan tindakan biadab dan mempersendakan Islam.

Kita masih lagi berhadapan dengan ancaman yang panjang. RUU Perpaduan/Harmoni masih lagi belum ditolak sepenuhnya. COMANGO masih lagi wujud dan cuba mendesak campurtangan antarabangsa ke atas kita. Kita semua harus ambil peduli dan memperjuangkan isu ini secara bersama.

Sebagai penutup, kami pastekan kembali bukti surat dari MAJLIS KAFIR yang memulakan segala bentuk tindakan konfrontasi ke atas Islam dan umatnya sejak 13 tahun yang lalu.

Sebarkan bagi yang peduli tentang agama anak cucunya nanti.



0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.