Friday, 11 July 2014

Sebelum Tanahair Menjadi Satu Lagi Gaza

Kita melihat satu persatu negara yang pernah menjadi tanahair umat Islam, setelah golongan bukan Islam menguasainya, umat Islam ditindas dengan teruk.

Lihat sahaja umat Islam di Palestin. Tengok pula apa yang berlaku di wilayah Xinjiang, Bosnia Herzegovinia, Selatan Thai, Singapura dan banyak negara yang pernah menjadi negara Islam yang lain.

Sebaik musuh-musuh Islam menguasai negara mereka, umat Islam akan segera ditindas. Ada yang ditindas dengan marginalisasi ekonomi dan perundangan. Ada yang ditindas dengan pembunuhan dan pengeboman sehari-hari seperti di Gaza.

Negara-negara Islam ini tidak jatuh dalam tempoh sehari. Mereka dijatuhkan secara sistematik peringkat demi peringkat. Lihat sahaja dengan apa yang berlaku kepada Palestin dan Singapura. Kemasukan tanpa kawalan pendatang asing yang menguasai tanah-tanah dan bumi penduduk mereka akhirnya menyebabkan kedaulatan wilayah tersebut terhakis sedikit demi sedikit. Jika penghakisan ini ditegah dan dihentikan dari awal, tentu sahaja masih ada ruang bagi usaha pembaikan penguasaan umat Islam di sana. Tetapi sayang, semuanya sudah terlambat.

Negara kita juga sedang menghadapi fasa-fasa awal peringkat kejatuhan sebuah negara Islam kepada musuh-musuh Islam. Kita sedang dikepung dengan segala bentuk usaha. Kita harus sedar dan mengambil peduli. Kita harus aktif berjuang dan bangkit menentang segala usaha musuh Islam ini dari peringkat awal.

Berhenti untuk terus bersikap tidak apa!

Berhenti untuk terus bersikap bahawa akan ada pihak yang berjuang untuk Islam ketika kita sibuk dengan perkara dunia!

Perjuangan ini memerlukan penglibatan aktif semua umat Islam.

Masa, harta, keringat, darah dan nyawa harus sedia dikorbankan.

Itulah dia satu sifat perjuangan.

Jangan biarkan tanahair kita menjadi satu lagi Gaza.

Langkah-langkah awal musuh Islam ini harus dibendung sejak dari awal lagi dan bukan sehingga ia menjadi parah!


Satu Perhimpunan anjuran NGO Islam akan diadakan selepas Solat Jumaat nanti (11 Julai 2014), di luar perkarangan Masjid Kampung Rawa, di Pulau Pinang. Maklumat seperti yang dinyatakan di bawah :







2 comments:

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.