Saturday, 5 July 2014

Rekod Baru Dunia Anuar Ibrahim : 1 Minit Bercakap, 5 Pembohongan Dilancarkan Mengenai Isu Kalimah Allah

 Anwar Ibrahim : The "Allah" Ban Decision Is Not The Right Decision

Anwar Ibrahim: The "Allah" Ban Decision Is Not The Right Decision

http://www.youtube.com/watch?v=wuwbreeea0s&feature=youtu.be
Setelah disepak terajang oleh Stephen Sackur di dalam Hardtalk BBC sehingga hujah-hujahnya menjadi sampah sarap baru-baru ini, Anwar Ibrahim terpaksa melompat benua untuk suara-suara fitnah dan pembohongannya untuk disampaikan. Entah apa yang dimusuhinya dengan gerakan Islam tempatan. Kali ini di Down Under. Pantang diberikan mikrofon dan lensa kamera, Anuar Ibrahim sepertimana biasanya dia, melancarkan pembohongan tanpa henti dalam satu minit yang diperuntukkan.

Sebuah media Australia membuat satu temuramah dengan Anwar Ibrahim. Kesempatan satu minit itu diambilnya dengan melancarkan serta memadatkan sebanyak mungkin pembohongan yang boleh disumbatkan dalam tempoh satu minit yang diperuntukkan.

Pihak kami mengesan lima pembohongan Anuar Ibrahim yang dilancarkannya pada purata setiap selang 14.4 saat di dalam video yang dimuatkan di atas. Siapa boleh lupa, 40 tahun dulu demonstrasi mengenai golongan miskin yang dikatakan Anuar meninggal dunia kerana tidak cukup makan di Baling, pernah membangkitkan revolusi pelajar di dalam era 70 an. Itu antara pembohongan awal yang dikesan ketika era awal kemunculannya.

40 tahun sudah berlalu, jika konsistensi berbohong setiap 14.4 saat dia bercakap benar dimulakannya 40 tahun lalu, mungkin sudah habis kuning hancing seluruh negara dan mereka-mereka yang selama ini menadah telinga mendengar setiap kata-katanya.

Ok, mari kami buktikan dalam seminit videoklip tersebut, 5 pembohongan yang dilakukan Anuar Ibrahim :

Pembohongan Pertama (Minit 0:12 hingga 0:24)
Kata Anuar : "It is must be noted that it's only peculiar to Malaysia.. the only ban is only in Malaysia. No other Muslim country in my knowledge have done that.."

Fakta :
Brunei Darussalam mempunyai jadual kelima di dalam Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei. Jadual Kelima tersebut ialah mengenai Perkataan-Perkataan Yang Tidak Boleh Digunakan Berkaitan Dengan Ugama Selain Dari Ugama Islam.
Jadual kelima itu juga memperuntukkan 35 perkataan yang tidak boleh digunakan sebagai kaitan agama selain dari agama Islam termasuk nama Allah, al Qur’an, azan, Baitullah, Firman Allah, Haji dan termasuk Ilahi dan perkataan lain selebihnya. Lihat printshot yang kami petik dari (blog satuhala) di bawah :



Arab Saudi pula mempunyai populasi Muslim pada kadar 99.9% penduduknya. Jadi isu pengharaman perkataan tersebut tidak timbul langsung.

Pembohongan Kedua : (Minit 0:25 -0:29)
Dalam sela masa ini, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa nama Allah sudah biasa digunakan oleh orang Arab (Kristian Arab).

Benar, di negara-negara Arab yang mempunyai populasi Kristian dan mereka merujuk Tuhan sebagai Allah. Tetapi apa yang dilakukan secara biadab oleh golongan Kristian tempatan di Malaysia, merupakan satu perkara yang orang-orang Arab Kristian sendiri akan marah. Ini kerana pelampau Kristian tempatan menggunakan nama Allah pada tempat yang tidak sepatutnya termasuk merujuk berhala-berhala sebagai Allah. Ini tidak pernah dilakukan oleh golongan Kristian Arab. Buktinya?

Perhatikan ayat 28 di dalam 1 Kings fasal 12 berikut dalam teks asal Hebrew :

 וַיִּוָּעַץ הַמֶּלֶךְ--וַיַּעַשׂ, שְׁנֵי עֶגְלֵי זָהָב; וַיֹּאמֶר אֲלֵהֶם, רַב-לָכֶם מֵעֲלוֹת יְרוּשָׁלִַם--הִנֵּה אֱלֹהֶיךָ יִשְׂרָאֵל, אֲשֶׁר הֶעֱלוּךָ מֵאֶרֶץ מִצְרָיִם.

Perkataan yang digunakan raja tersebut semasa merujuk kepada berhala lembu itu ialah  -הִנֵּה אֱלֹהֶיךָ יִשְׂרָאֵל (Hinneh Eloheika Yisrael - Lihatlah Tuhan-Tuhan Kamu wahai Israel).. Eloheika - אֱלֹהֶיךָ - bermaksud Tuhan(Berhala) kamu. Tiada Tetragrammaton YHWH ( יהוה) disitu.


Perhatikan pula 1 Kings fasal 12 ayat 28 berikut di dalam teks Arab :

فاستشار الملك وعمل عجلي ذهب وقال لهم . كثير عليكم ان تصعدوا الى اورشليم . هوذا آلهتك يا اسرائيل الذين اصعدوك من ارض مصر .


Perkataan yang digunakan raja terbabit semasa merujuk berhala lembu tersebut ialah هوذا آلهتك يا اسرائيل (Hazaa Alihatuka Ya Israel).. (Inilah Tuhan Kamu wahai Israel).. Tiada perkataan kalimah Allah digunakan untuk merujuk kepada berhala lembu tersebut.. yang digunakan ialah Alihatuka ( آلهتك) yang membawa maksud tuhan-tuhan kamu.

Perhatikan pula1 Kings fasal 12 ayat 28 Bible al Kitab Terjemahan Melayu.. :

12:28 Sesudah menimbang-nimbang, maka raja membuat dua anak lembu jantan dari emas dan ia berkata kepada mereka: "Sudah cukup lamanya kamu pergi ke Yerusalem. Hai Israel, lihatlah sekarang allah-allahmu, yang telah menuntun engkau keluar dari tanah Mesir."

Lihat perkataan yang digunakan penterjemah Bible bahasa Melayu. "Hai Israel, sekarang lihatlah allah-allahmu." Ini adalah jelas satu penghinaan ke atas kesucian nama Allah hasil pencerobohan golongan gereja yang degil untuk memaksakan sesuatu yang tidak menghormati sensitiviti beragama pihak lain.

Apabila Allah disamakan dengan berhala-berhala lembu, ini adalah satu penghinaan yang jelas dan nyata. Orang-orang Kristian Arab sendiri tidak menggunakan perkataan Allah untuk berhala tersebut.. mereka menggunakan ( آلهتك Alihatuka - Tuhan-tuhan Kamu) dan bukan Allah (الله). Perhatikan perbezaannya.

Kita beralih pula kepada kes berikutnya di dalam Kitab Exodus fasal 12 (Kitab keluaran) ayat 12.

Versi Hebrew. 


 וְעָבַרְתִּי בְאֶרֶץ-מִצְרַיִם, בַּלַּיְלָה הַזֶּה, וְהִכֵּיתִי כָל-בְּכוֹר בְּאֶרֶץ מִצְרַיִם, מֵאָדָם וְעַד-בְּהֵמָה; וּבְכָל-אֱלֹהֵי מִצְרַיִם אֶעֱשֶׂה שְׁפָטִים, אֲנִי יְהוָה.

Perhatikan perkataan yang digunakan untuk berhala-berhala yang disembah orang-orang Mesir.. ayat yang digunakan ialah -  וּבְכָל-אֱלֹהֵי מִצְרַיִם - Uvkhol Elohei Mitsrayim - Dan Semua berhala/tuhan-tuhan palsu orang-orang Mesir..

Perkataan yang digunakan ialah Elohei (אֱלֹהֵי) dan bukan Tetragrammaton YHWH ( יהוה).

Perhatikan pula versi Arab Kristian :

فاني اجتاز في ارض مصر هذه الليلة واضرب كل بكر في ارض مصر من الناس والبهائم. واصنع احكاما بكل آلهة المصريين. انا الرب.

Perhatikan perkataan yang digunakan untuk menterjemahkan versi Hebrew ke dalam Arab.. بكل آلهة المصريين (Bi kulli Alihatil Mitsriyyain) - Dan Semua berhala/tuhan palsu di Mesir- mereka menggunakan ( آلهة Alihah- Tuhan-Tuhan ) dan bukan Allah (الله). Perhatikan perbezaannya.

Lihat pula Bible Kristian Bahasa Melayu..

Sebab pada malam ini Aku akan menjalani tanah Mesir, dan semua anak sulung, dari anak manusia sampai anak binatang, akan Kubunuh, dan kepada semua allah di Mesir akan Kujatuhkan hukuman, Akulah, TUHAN.

Mereka menterjemahkan Elohei, Alihah kepada Allah. Ini adalah satu penghinaan yang tidak pernah dilakukan hatta oleh orang-orang Kristian Arab.


Pembohongan Ketiga : (Minit 0:35 - 0:52)
Anuar Ibrahim mengatakan bahawa isu pengharaman penggunaan kalimah Allah ini berkait dengan isu gerakan memurtadkan umat Islam, tetapi menurut beliau tiada hujah yang kukuh untuk mendakwa Kalimah Allah ada digunakan untuk tujuan tersebut bersandarkan alasan ini.

Fakta :
Pada 1990, gerakan gereja-gereja di seluruh Malaysia telah berkumpul dan melancarkan Projek D.A.W.N. (Discipling A Whole Nation). Antara perkara yang diperjuangkan ialah dengan berusaha agar gereja dibenarkan menggunakan perkataan-perkataan Islam yang diharamkan.


Usaha ini juga untuk mereka gunakan bagi tujuan memudahkan gerak kerja mereka untuk mendekati golongan Melayu/Islam untuk dikristiankan. Projek ini direkodkan di dalam sebuah naskah Operation World mengenai usaha-usaha serta halangan-halangan yang dihadapi gerakan-gerakan Kristian dunia di dalam kerja pengembangan agama mereka. 


Dan bukan hanya setakat kalimah Allah, malah golongan pelampau Kristian di sini juga sudah bergerak lebih jauh daripada itu. Mereka sudah berani menggunakan ayat-ayat Al Qur'an dan menyampaikannya di dalam konteks yang terpesong daripada maksud ayat sebenar untuk menyebarkan ajaran Kristian.

Terdapat banyak booklet dan pamplet yang bertujuan menyebarkan agama Kristian dikesan diberikan kepada golongan remaja Islam. Booklet-booklet ini diperhiaskan dengan ayat-ayat al Qur'an yang telah dipesongkan maksudnya. Antaranya, booklet Akhirat di bawah ini dan banyak lagi booklet yang hampir serupa telah diserahkan kepada pihak kami sebagai bukti bahawa memang pelampau-pelampau Kristian di sini menggunakan ayat-ayat Allah di dalam al Qur'an dan perkataan-perkataan yang unik di dalam Islam untuk tujuan menyebarkan ajaran Kristian.



Malah ia bukan lagi satu rahsia yang tertutup bahawa golongan pelampau Kristian menggunakan kalimah Allah ini sebagai sebahagian proses kontekstualisasi agama bagi mempermudahkan penyebarannya dikalangan orang Islam. Sila baca penulisan Tuan Haji A Karim Omar berkenaan hal ini pada pautan ini dan buku karangan Tuan Ghazali Basri bertajuk Kristianisasi Sebagai Sebuah Gerakan : Satu Tinjauan Sosiologi; Institut Ilmu-Ilmu Islam, 1994. m/s 45.



Pembohongan Ke Empat : (0:54 - 1:12)
Anuar Ibrahim menggelarkan umat Islam dan pihak berkuasa Islam yang menentang usaha ini sebagai Racist (bersifat perkauman) dan  Religious Bigots (pentaksub agama).

Fakta : Pentaksub agama yang sebenar ialah golongan pelampau Kristian tempatan yang telah berkali-kali cuba menceroboh kesucian agama Islam dengan melakukan penghinaan terhadap kalimah Allah dan agama Islam.

Kalimah Allah tidak pernah langsung terdapat di dalam Kitab Perjanjian Lama mereka di dalam bahasa asalnya Hebrew. Malah ia juga tidak pernah terdapat di dalam Kitab Perjanjian Baru mereka di dalam bahasa asalnya Aramaic dan Koine Greek.

Satu lagi fakta yang tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak ialah, tindakan pelampau-pelampau gereja Kristian ini adalah satu tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan di dalam Artikel 3(1) dan Artikel 11(4). Inilah juga fakta yang
 cuba dilupakan dengan sengaja oleh Anuar Ibrahim 

Mahkamah Rayuan di dalam Kes Roman Titular Catholic Archbishp of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan lain (2013) telah memutuskan perkara berikut :

Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan syarat bahawa agama lain boleh diamalkan dengan cara aman dan damai. Perkataan 'aman dan damai" di dalam Artikel 3 tersebut membawa maksud, semua praktis yang diamalkan oleh mana-mana ajaran agama selain Islam mestilah bersikap aman dan damai terhadap Islam.


Malah, di dalam penghakiman yang dibuat oleh YA Dato Seri Haji Mohamed Apandi B Hj Ali di dalam Mahkamah Rayuan pada Oktober 2013 menyatakan perkara berikut :



[51] For completeness, I note that from a quick research on the history of the language of the Bible, it is clear that the word “Allah” does not appear even once as the name of God or even of a man in the Hebrew Scriptures. The name “Allah” does not appear, even once in either the Old or New Testaments. There is no such word at all in the Greek New Testament. In the Bible world, God has always been known as Yahweh, or by the contraction Yah. That being the historical fact it can be concluded that the word or name “Allah” is not an integral part of the faith and practice of Christianity, in particular that of the Roman Catholic Church.

[52] I do not intend to make this judgment to be a study of comparative religions. The appeal today is not the proper forum. However, I must state that to refuse to acknowledge the essential differences between religions will be an affront to the uniqueness of world religions. To begin with, due recognition must be given to the names given to their respective Gods in their respective Holy books; such as “Yahweh” the God of the Holy Bible; “Allah” the God of the Holy Quran and “Vishnu” the God of the Holy Vedas. 

[53] With the above historical and religious fact, I could not find any plausible reason as to why the respondent is adamant on using the word “Allah” in its weekly newsletter, particularly in its Malay version. Since “Allah” is never an integral part of the faith of the respondent, it is reasonable to conclude that the intended usage will cause unnecessary confusion within the Islamic community and is surely not conducive to the peaceful and harmonious tempo of life in the country. This conclusion is fortified by the fact that the majoritypopulation in this country is Malay and whose religion is Islam. A40 fortiori, under Article 160 of the Federal Constitution, a “Malay” is defined as “a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay language, …”. (1)


Jelas Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa nama Allah bukan sebahagian perkara penting di dalam ajaran Kristian. Malah ianya tidak pernah wujud atau terdapat di dalam teks asal kitab-kitab mereka.

Pembohongan Kelima : (Minit 1:24 - akhir)
Anuar Ibrahim menyatakan bahawa Pakatan bejat pimpinannya, termasuk sebuah Parti Islam di dalam pakatan tersebut, sangat-sangat menyokong usaha menentang pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh kumpulan pelampau dan anarkis Kristian tempatan.

Fakta :
Majlis Ulama' PAS tidak pernah bersetuju dengan tindakan membenarkan golongan pelampau Kristian menggunakan kalimah Allah di dalam agama mereka. Malah Majlis Ulama' PAS termasuk Tuan Guru Haron Din dan Allahyarham Tuan Guru Harun Taib berkali-kali menegaskan bahawa mereka tidak akan bersetuju dengan pendirian tersebut

Yang bersetuju dengan perkara ini cuba golongan seperti Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad, Hanipah Maidin dan semua yang berpakaian serupa dengan mereka yang telah menerobos masuk PAS untuk agenda tertentu sejak sekian lama.

Kami akhiri pembentangan Pembohogan Anuar Ibrahim dalam purata setiap 14.4 saat dia bercakap dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Tuan Guru Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS seperti di bawah :





18 comments:

  1. Semuga Allah menimpa hukuman yg setimpal pada mereka yg mahu menjahanamkan kesucian Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan nak berdoa dan menunggu ajer bang. yang bulat takkan datang bergolek ....... hukum yang ditetapkan pada yang nyata untuk dilaksanakan. berserahlah padaNYA setelah akhtiar dan usaha sudah dibuat. dalam hal ini kemana perginya undang undang atau pun undang undang hanya terpakai untuk orang yang lemah saja. negara kita kejap kejap buat undang undang. undang undang yang lama yang terbukti memberikan kesan yang baik dihapuskan dan digantikan pulak dengan apa apa entah. pasal buat undang undang memang terror tapi perlaksanaanya ilek. orang orang yang macam kita selalunya akan bercerita setiap kejadian yang melanggar undang undang dan kejap jer dihebohkan dimedia sosial dan media perdana. lepas tuh senyap. secara tak langsung kita membantu mereka mereka yang bersalah memperomosikan diri mereka.

      Delete
    2. Tidak salah berdoa jika itu sahaja yg termampu dibuatnya.. bg yg mampu membawa org yg bersalah ke muka pengadilan, maka haruslah berusaha ke arah itu.

      Bagi yg mampu membuat laporan polis, buatlah segera. Bagi yang mampu mendedahkan penipuannya supaya menyelamatkan lebih ramai pihak daripada tertipu, maka buatlah apa yg termampu.

      Yang tidak menyumbang, ialah yg sibuk bersungut tanpa berbuat apa-apa.

      jom kita semua berusaha di dalam kapasiti keupayaan kita. Dan pihak berkuasa juga diseru memainkan peranan sama seperti tuan Hamba Allah di atas mencadangkan.

      Delete
    3. Tahniah kepada pemilik blog ini kerana berjaya mendapatkan maklumat yang tersangat penting itu untuk mematikan hujah-hujah musuh Islam dan penyokong-penyokong mereka yang terdiri daripada manusia yang mengaku Islam. Hendak lah kita mengambil pendekatan pro aktif untuk minta badan Islam yang telah di beri mandat seperti MAIS, JAKIM bagi mengambil tindakan untuk memberi penerangan yang sejelas-jelasnya kepada orang ramai. Secara logik maklumat ini seharusnya datang daripada pihak mereka sendiri tetapi ini sudah terbalik sebab nampaknya kita terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang lengkap ini daripada mereka.

      Sekiranya pihak mereka masih tidur dan tidak akan berbuat apa-apa maka kita sebagai individu cubalah mengambil pendekatan aktif bagi menyebarkan semula maklumat ini didalam bentuk yang mudah untuk difahami melalui WASAP, Twitter dan sebagainya.

      Kepada umat Islam hendaklah kita hentikanlah pemikiran politik kolot dan jangan layan pemimpin "Islam" yang enggan untuk berbaik-baik dan bermuzakarah sesama Islam. Tinggalkan lah parti politik mereka sebab bangsa Melayu sudah dipecah-pecahkan menjadi empat (PAS, PKR, PASMA dan UMNO) untuk melemahkan bangsa Melayu itu sendiri. Kuburkan terus pemimpin parti politik yang jelas pengecut dan terpaksa akur dengan kehendak parti pemimpin ultra kiasu Cina DAP yang bermatlamat untuk meruntuhkan akidah Islam anak-anak bangsa kita melalui pemimpin Melayu yang sudah membangsatkan diri mereka sendiri.

      Ketahuilah bahawa perkara yang paling mengerunkan pemimpin Cina DAP adalah apabila bangsa Melayu bersatu untuk menjadi teguh semula. Sekiranya ini berlaku ada pemimpin mereka yang bolih kena sakit jantung sebab terperanjat sebab mereka sangat yakin tidak mungkin orang Melayu bolih bersatu hati seperti orang-orang Cina.

      Delete
    4. Setuju Tujan Hamba Allah 17:15..
      Akan sentiasa ada yg memperjuangkan isu Islam di sini, kita perlu tinggalkan segala persengketaan kita dan mula bersatu. In sya Allah, hanya dgn penyatuan, kita dijanjikan dengan imuniti dan kemenangan.

      Delete
  2. juburi..kau ni betul2 bangsat. Kenapa tak mampos cepat2

    ReplyDelete
  3. Gila babas.. mmg x boley lawan. Kalau perah kopiah mujahdi rawa dgn geng parasit pas, mesti berkoyan2 air kencing bang non keluor. kuangkuangkuang...

    Boley isi balik lombong selangor yg pakatan rosak keringkn. harharhar

    ReplyDelete
  4. Nauzubillah. Anwar kene pulang ke pangkal jln. Hayat masih ada. blom trlambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia tak nak pulang ke pangkal jalan macamana, nak tengokkan saja?

      Delete
  5. Racist & Religious Bigot.? Tolong ckp kt pakiam dan BSM benda tu la nuar hoi!

    ReplyDelete
  6. http://kembarapolitik.blogspot.com/2010/01/kalimah-allah-kerana-pulut-santan.html
    Pas dah lama jual kalimah Allah utk pancing undi. Apa nak jadi dgn pemimpin Muslim Melayu kita skrg ini?

    ReplyDelete
  7. tak kiralah berapa kali dia berbohong, tapi persoalanya ada kah hendak dibiarkan untuk dia melakukan kerosakan demi kerosakan kepada Negara? tak guna kiranya kita asyik menghitung banyaknya pembohongan dia tuh, seolah olah satu jenaka. tidak kah boleh dilakukan sesuatu untuk mengekang dia daripada berterusan merosakkan imej Negara. dunia mungkin bukan mentertawakan dia tapi negara kita yang seolah olah tiada undang undang.

    takkan pulak tindakan diambil setelah ketahap parah? najib sebok memperomosikan negara dan si nuar sebok meruntuhkanya. seolah olah kelihatan kedua dua mereka saperti badut yang menghiburkan. ada kah ini harganya untuk pengundi yang telah memilih UMNO/BN? juga kelihatan nuar sangat kebal sehinggakan tak berani hendak disentuh. bagi pemimpin diatas sana, berhentilah daripada menjual produk yang bohong dan tak ada nilainya. tak akan dapat sagunya kalau tak dipecahkan ruyung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembohongannya harus dibongkar dan kecenderungannya berbohong harus dipamerkan kepada khalayak supaya mrk tahu yang mana satu fakta dan yang mana satu pembohongan.

      Ia juga boleh memabntuk saudara2 kita diluar sana untuk menjawab setiap pembohongan yang akan disambung oleh pihak lain menggunakan hujah Anwar.

      Tindakan undang2 utk perkara yg jelas sudah diambil ke atas Anwar. Utk membawa kes ke mahkamah bukan boleh dibuat dengan sembrono. Harus ada supporting evidence yg kuat utk setiap kes yg cuba dibawakan.

      Dan usaha membongkar pembohongan demi pembohongannya ini adalah dalam usaha yang sama utk menyelamatkan lebih ramai manusia drpd tertipu dgn gerakan Anuar ini.

      Delete
    2. abis, ada ker setiap pembongkaran yang dilakukan itu bukan evidence yang kuat? maknanya betullah saperti kata penyokong tegarnya yang semua itu satu pembohongan dan hanya mainan politik tertentu untuk menjatuhkanya. hasilnya penyokongnya masih lagi tetap berdiri kat belakang dia.

      Delete
  8. Pun begitu ramai cerdik pandai yang menyokongnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mudah ditipu tidak digelarkan cerdik pandai. Itu pandir namanya.

      Delete
  9. Dah tahu berlaku kemerosotan penyokong dan pengikut dalam negara tergamak memanupulasi ruang berita Australia dengan mengeluarkan kenyataan songsang.
    Apa lagi pembohongan? Tunggu sahaja siri jelajah ceramah politik pembangkang.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.