Wednesday, 9 July 2014

PM, Tolong Berhenti Memberi Dedak Kepada Golongan Liberal dan Pelampau Negara


Pihak PEMBELA mengikuti rapat setiap perkembangan yang berlaku membabitkan pertikaian hak Islam dan Melayu di tanahair. Pihak kami berasa hairan dengan tindak-tanduk kerajaan sejak akhir-akhir ini yang kelihatan terlalu banyak memberi muka dan ruang kepada golongan pelampau dan liberal. Golongan pelampau dan golongan liberal kini dilihat sedang berkeliling kepada kerajaan pada setiap arah dan penjuru.



Saifuddin Abdullah bersama Global Movement of Moderates (GMM) yang pernah diterajuinya cenderung kepada COMANGO. SUHAKAM juga cenderung kepada COMANGO. Sedangkan tuntutan-tuntutan COMANGO antara lain berisi cadangan-cadangan bejat yang bermotif menghakis Kedaulatan Islam dan moral rakyat Malaysia.

Kami juga melihat Joseph Kurup, salah seorang Menteri Kabinat, pernah mengumumkan kemenangan pengwujudan IFC (Interfaith Commission) melalui tertubuhnya Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA). Seolah-olah dia sedang meraikan kemenangan di dalam pertembungan antara kepentingan bukan Islam mengatasi hasrat dan keprihatinan umat Islam yang menolak IFC sejak awal lagi.

Apa sebenarnya sudah jadi dengan pentadbiran Dato’ Seri Perdana Menteri?
Sebagai warga yang menghormati dan berjuang supaya kedaulatan undang-undang terus ditegakkan, PEMBELA merasa terkilan dengan tindakan-tindakan janggal yang dibuat kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Apakah suara-suara umat Islam tidak lagi mendapat tempat di dalam kerajaan Dato’ Seri Najib Tun Razak?

Tindakan paling ketara dilakukan oleh kerajaan ialah dengan membenarkan penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN/NUCC). Ia jelas satu bentuk langkah berundur ke belakang yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan. Malah, penubuhan NUCC turut mendapat tentangan bukan hanya satu dua individu, malah beratus-ratus NGO-NGO Islam dan Melayu yang mewakili ratusan ribu ahli yang merupakan pengundi berdaftar. Penubuhan NUCC ini boleh diibaratkan dengan kata pepatah lama tiada beban batu digalas.

Tun Abdul Hamid, Bekas Ketua Hakim Negara sendiri menempelak kewujudan NUCC yang ditegaskannya sebagai sebuah agen bagi menghakis Kedaulatan Islam dan Hak-Hak Melayu di dalam Perlembagaan. Apakah pihak kerajaan tidak mampu mencerna halatuju tindakan-tindakan pelampau yang bersarang di dalam NUCC sebelum bersetuju membenarkan penubuhannya?

Apakah Kerajaan kini mahu berlepas tangan secara sepenuhnya dengan hanya membiarkan kerja-kerja mempertahankan Perlembagaan dan Undang-Undang negara hanya dijalankan NGO-NGO Islam dan Melayu di luar kerajaan ? Mana perginya suara parti-parti politik yang membentuk kekuatan tunjang Parti Pemerintah? Mana juga perginya suara-suara Parti Islam di dalam pakatan Pembangkang?

Apakah kini, pemerintah sedang kecanduan trend untuk berpihak kepada golongan liberalis dan pelampau supaya sentiasa mendapat pujian di dalam media-media yang dikuasai mereka?

Tindakan-tindakan pelik dan janggal Kerajaan lewat ini, seolah-olah memberi isyarat yang salah kepada seluruh rakyat Malaysia. Kenapa golongan liberalis yang mengambil sikap bermusuhan dengan Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang terus dibajai dan ditatang Kerajaan, dan kenapa pula pihak yang memperjuangkan perkara tersebut diperlakukan seperti musuh no 1 negara?

Kerajaan harus memperbaiki keadaan ini sebelum benar-benar terlambat. Berhentilah dari berterusan memberi dedak kepada golongan liberalis dan pelampau tempatan. Sebagai umat Islam, kami diikat dengan kewajiban menyokong mana-mana pihak yang tidak memudaratkan kedudukan Islam di dalam negara. Ia sebuah aritmetik mudah yang akan diterjemahkan secara gelombang yang besar pada masa yang tepat nanti.


Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara.

Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)



11 comments:

  1. Hantar surat terbuka kpd pm. Jangan lupa sedekahkan sekali cermin mata, biar nampak terang...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi mampu.. selagi tu kita menegur sebelum terlewat..survival Islam harus diutamakan dalam semua segi oleh pemerintah...

      Delete
  2. Mohon copy artikel ini ..

    KlIk dan LiKE - https://www.facebook.com/pages/Melayu-Protes-Najib/655946814483835?ref_type=bookmark

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan Din krn memanjangkan penulisan utk sebaran luas..

      Delete
  3. Satu-satunya penyelesaian terbaik dan tuntas ialah Ah Jib Gor mesti dipencenkan. Lain-lain cara hanyalah penyelesaian sementara sahaja dan peletakan jawatan Ah Jib Gor mampu memberikan impak yang maksimum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa Mahathir, ramai desak dia undur dengan harapan penggantinya lebih baik..

      Diganti Pak lah. Kita menyesal dan menggesa Pak Lah pula berundur.

      Datang pula Najib.. ingat lebih tegas dari Pak Lah. Sekali dia tukar namanya jadi Ah Jib Gor dan main gendang tarian naga.

      Apa yg kita boleh buat sekarang ialah menghantar org utk mendekatinya dan org2 yg dekat padanya supaya diberitahukan apa sebenarnya gelombang perasaan umat Islam diluar dari kepompong kumpulan penasihatnya..

      Jika baik dia di situ, semoga Allah mengekalkannya. Jika baik dia tidak lagi berada di situ, semoga Allah menggantikan kepada kita pemimpin yang lebih baik dan Islam lebih terjamin di bawahnya. Amin.

      Delete
  4. DPM diminta menasihat PM sikit, ia betul tak boleh lawan taukey tetapi kekadang kena lah juga menderhaka untuk kebaikan bukan sebegai Yes man saja nanti orang kata tak Ada telur...itu lah dikatakan Timbalan....jangan jadi popular dengan cara begini...nanti orang meluat...
    orang lama 1957

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Tuan Org Lama 1957..
      Muhyiddin perlu memainkan peranan check and balance tapi dalam keadaan bukan berkonfrontasi.. bertukar pendapat sebagai satu pasukan..

      Delete
  5. Jangan buang masa hantar 2 surat bukan dia layan pun Islam dan Melayu bukan kepentingan dia lagi dah. Aku dah bosan dengan PM mcm ni hampes tak sudah tak reti nak bertindak sendiri semua tunggu dah isu besar baru na settel ...DAP dan pembangkang dah lama main api nak ugut nak bakar ...kita masih diam... sama juga di Palestin dah tiga hari serangan satu menteri pun tak kata apa atau cari inisiatif untuk fikir bagaimana nak balas kejahatan israel ... hantar je rakyat malaysia yang nak jihad... ramai nak.. yang aku tak paham ISIL di iraq gah menang menawan kerajaan iraq tetapi pasal palestin buat tahu je..tak beri sokongan pun.. ini masalah umat Islam... biar 2 negara 2 arab diam kan saja pasal palestin kita yang kat malaysia diserang semua sudut oleh DAP laknat dan PR kita masih diam PM ambik jalan selamat ... nak jaga imej ...jalan la kalau ini PM yang ada kat msia ..hampes....buang ja kat laut pm macam ni .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa saja jalan kita akan lakukan Tuan Hamba Allah selagi jalan tersebut menurut undang2..

      Baca atau tidak, kita tetap jalankan usaha kita melalui pelbagai cara.. yang membolak-balikkan hati ialah Allah dan bukan isikandungan surat2 tersebut..

      Saya sgt setuju dgn kenyataan tuan bahawa tiada siapa menteri mahupun pembangkang yg ambil peduli soal Gaza..

      Saya juga setuju yg cara PM sekarang ni, seolah menunggu isu jadi besar baru hendak diambil tindakan..

      Ini sangat tidak baik untuk keamanan jangka panjang negara..

      Umat Islam sedang panas hati sekarang ni..

      Tolong sejukkan dengan tindakan2 melalui peruntukan2 yg telah disediakan melalui undang2..

      Delete
  6. tempah masalah Tok jib ni dgn buat donno kt suara umat Islam..

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.