Sunday, 27 July 2014

Perutusan Aidul Fitri Pengerusi PEMBELA



BismiLLAH walhamduliLLAH, wassolatu wassalam 'ala rasuliLLAH wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.
Malu rasanya untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidul Fitri di tengah-tengah aliran sungai darah Gaza.. entah berapa banyak lagi darah yang terpaksa dialirkan sebagai korban demi kedaulatan Islam dan bumi Palestin. Namun ALLAH telah menganugerahkan al nasr (kejayaan) yang besar bilamana yahudi laknatullah kecut perut dengan serangan roket-roket al-qassam ke atas entiti haram mereka. Sehingga ada media barat yang telah mengisytiharkan Yahudi telah tewas dengan serangan roket mujahidin Palestin.
Di depan mata kita pula proksi-proksi upahan Yahudi juga sedang meningkatkan serangan mereka ke atas aqidah dan syariat kita, apabila kita sendiri dapat melihat bagaimana mereka dengan terang-terang mempersenda dan mencaci Islam. Ditambah dengan kelemahan-kelemahan ketara pihak kerajaan dalam menangani perkara ini. 
Ramadhan dan Aidul Fitri pada tahun ini dilalui dengan penuh kedukaan. Sudahlah umat Islam Palestin terutamanya kanak-kanak dibunuh dengan begitu kejam, kaum kafir dalam negara kita pula mula menunjukkan belang Ekstrimis Islamufobia mereka apabla bertindak mendesak supaya akta Hasutan yang berfungsi menjaga kedaulatan Islam dan perlembagaan dihapuskan. 
Selain agenda yang secara terang-terangan ini, mereka juga kelihatan bersungguh-sungguh mahu membawa negara ke arah negara republik liberal. Lebih dikesali mereka yang bersama dengan kumpulan kafir ini adalah terdiri dari orang-orang Islam sendiri yang diistilahkan sebagai 'partners' oleh Rand Corporation. Justeru saya selaku pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyeru agar umat Islam peka terhadap perkembangan yang semakin kritikal dan mengancam kedaulatan Islam ini. Saya juga dengan penuh tawadhu' menyeru agar umat Islam bersatu padu berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah bagi mendepani arus deras serangan ekstrimis Islamufobia ini.
Ke Arah Mendaulatkan Islam Agama Negara.
Minal 'aidin wal faizin wa kullu 'aam wa antum bi khair, Salam Aidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin.



Mohamed Hafiz Mohamed Nordin
Pengerusi PEMBELA.

2 comments:

  1. Apa beza PEMBELA dan Hizbut Tahrir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Self-Hypnosis..

      PEMBELA ialah gabungan lebih daripada 70 NGO-NGO Islam yang memperjuangkan Kedaulatan Islam Ahsul Sunnah Wal Jamaah di dalam negara..

      Hizbut Tahrir ialah sebuah entiti lain yang mempunyai akar antarabangsa yang bergerak di atas perjuangan yang ditentukan gerakan anatarabangsa mereka mengenai halatuju Islam mereka.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.