Wednesday, 16 July 2014

Murka Allah Dalam al Quran atau Murka Allah Dalam Bible Yang Ditakuti Khalid Samad?


Lewat ini, Khalid Samad seakan mendapat satu bentuk semangat baharu. Siapa yang mendorongnya, kita tahu. Allah lebih mengetahui. Serangan demi serangan yang dibuat oleh Khalid Samad ke atas Institusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di bawah DYMM Sultan Selangor telah mengundang titah murka dari Sultan Selangor sendiri.

Segalanya berpunca dari tindakan beria-ia, YB Khalid Samad mempertahankan hak Bible Society Malaysia untuk terus menggunakan nama Allah untuk disyirikkan dengan ciri-ciri anthropomorfik tuhan di dalam Bible.

Murka Sultan Selangor, dijawab dengan kenyataan sinis dengan keegoannya yang menebal bahawa dia (Khalid Samad) lebih takut dengan kemurkaan Allah berbanding murka seorang manusia. Tetapi kerap kali bercampur dengan golongan anti Islam yang berkeliling kepadanya, Khalid Samad seolah-olah kini mengambil pendirian yang semakin mengelirukan.

Murka Allah di dalam al Qur’an atau Murka Allah di dalam Bible?
Murka Allah yang mana satu yang beliau maksudkan? Murka Allah di dalam al Qur’an atau murka Allah dengan sifat anthropomorfik di dalam Bible yang dirampas MAIS yang beliau maksudkan. Jika murka Allah di dalam al Qur’an yang beliau maksudkan, bliau harus diperingatkan dengan kemuncak kemurkaan Allah sebagaimana yang telah disebut di dalam al Qur’an dalam ayat-ayat berikut :

"Dan mereka berkata: 'Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak'. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar. Hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, karena mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak. Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba." (Maryam: 88-93)

Allah juga berfirman di dalam surah An Nisa’ ayat 59 mengenai ketaatan yang harus diberikan seorang manusia.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An Nisa’ ayat 59)

Taat kepada Ulil Amri merupakan sebahagian daripada bentuk ketaatan kepada Allah selagi mana Ulil Amri bertitah di dalam perkara yang selari dengan al Qur’an dan As Sunnah. Jika Khalid Samad takut pada murka Allah di dalam al Qur’an, dia mesti bertaat kepada pemerintah, apatah lagi jika pemerintah seperti Sultan Selangor yang tegas di dalam memelihara kesucian agama Islam.

Jangan Meludah Ke Langit Wahai Khalid Samad

Jangan sesekali menafikan peranan besar dan konsisten yang telah dimainkan oleh pihak MAIS selama ini.  Khalid Samad harus belajar menilai betapa besar peranan yang telah, sedang dan bakal dimainkan oleh pihak MAIS dalam memelihara kesucian agama Islam di Selangor. Anak-anak beragama umat Islam, sehingga hari ini masih boleh terus dilahirkan sebagai umat Islam.

Bayangkan situasi jika Majlis-Majlis Agama Islam dan Ketua Agama Islam tidak wujud di dalam negara, sudah pastinya anak-anak umat Islam hanya boleh memilih untuk menjadi orang Islam selepas berusia 18 tahun. Sebelum 18 tahun, untuk berkhatan, belajar al Qur’an, belajar solat dan berpuasa juga tidak boleh tanpa peranan tegas yang dimainkan oleh Ketua Agama Islam dan kewujudan Majlis-Majlis Agama Islam.

Khalid Samad patut sedar tentang hak-hak yang selama ini dinikmatinya hasil perjuangan mereka-mereka yang sedang dikritiknya kerana kemabukan terbuai pujian dan tawaran kuasa. Semua ini masih kita semua dapat nikmati kerana MAIS dan DYMM Sultan Selangor masih bertegas mempertahankan kedaulatan Islam di dalam negara.

Jika mahu mengikut pendekatan membabi buta Khalid Samad, sudah tentu semua orang Islam di Shah Alam sudah menjadi pengunjung tetap gereja, sama seperti yang dilakukan oleh Khalid Samad dan Mujahid Yusuf Rawa.

Jika inilah bentuk politik baharu yang sentiasa mereka cuba ketengahkan, maka sudah tiba masanya individu-individu seperti ini dijauhi daripada diberikan sebarang sokongan oleh umat Islam.

Khalid Samad Ketika Sedap Menjamu Selera Di Restoran Mutiara Palace Damansara


5 comments:

  1. Masalah parti Khalid Samad bertaqwa kepada Allah atau "bertakutkan" parti DAP/PKR. Janganlah bandingkan diri parti dia dengan Rasulullah SWA. Muslimin berpegang kepada "wasami'ana waatoqna" (kami dengar dan kami taat kepada Allah), Pas dan puak Khlid Samad "kami dengar dan kami taat kepada DAP/PKR" Itu bezanya. Kalau benar apa yg dikatakan oleh Khalid Samad, PAS cepat-cepat ambil alih kerajaan Selangor kerana sudah ada lebihan kerusi berbanding dgn PKR. Kalau tidak itu bererti "wasami'ana waatoqna kpd DAP/PKR lah tu bukan kepada ALLAH.....elakkan sikap muinafik.....

    Reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah sampai ke tahap sanggup bersetuju dgn penghinaan nama Allah oleh golongan Kafir, apa lagi yg kita boleh harapkn dr org2 semacam ini.

      Malah KS bawa mrk ke satu tahap lagi.. bukan sahaja membenarkan malah sanggup menentang Ketua Agama Islam negeri untuk menjalankan arahan yg telah diberikan kepada mrk..

      Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. (al Maidah ayat 44)

      Delete
  2. orang macam ni pun Penganut Pas angkat jadi pemimpin...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS yg dolu bukan PAS yg sekarang..

      Delete
  3. Ben. Makcik syak si kalid-GEREJA ni si puak SODOM! Sewenangnya si PENYAMAQ-PENAKUT ni nak MEMPERMAINkan Rasulullah SAW untuk terus MENGHINA/MENGGERTAK Kesultanan Islam/Melayu-MAIN yg. bertanggungjawab mempertahankan ISLAM/umatnya dari si MUSUH ISLAM - kat NEGARA ISLAM kita ini , yg. makin diJAHANAMkan MUSUH-dlm-SELIMUT-plg MERBAHAYA, si Islam/Melayu LIBERAL atau PENYAMAQ ISLAM!

    Patutnya si PENYAMAQ mcm ni mesti dihukum bawah makhkamah SYARIAH dan juga di bawah undg-undg Perlembagaan - sebab itu AG SYARIAH mesti dilantik kerana apahal AG biasa yg. tak dak latarbelakang kelayakan TERTINGGI ilmu ISLAM/Syariah dan seolah kuasa MUTLAK terletak kat tangan si AG ni seorg, boleh pula nak masuk campur hal ehwal pentadbiran ISLAM; yg. secara MUTLAKnya terletak di bawah kuasa EKSEKUTIF DYMM YDPA/Kesultanan Islam/Melayu kita dgn. dinasihati MAIN, di SELURUH negara, mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3(1), 37(1); dan hak Keistimewaan Melayu/Bumiputera mengikut Perkara 153!

    Maka, sebab itulah lihat bagaimana BIJAKnya Kesultanan Melayu serta Bapa-Bapa Kemerdekaan TERCINTA Islam/Melayu kita, dlm. memastikan K’jaan Negeri mahupun K’jaan Persekutuan TIDAK punya kuasa MUTLAK utk. berbuat apa saja mereka suka kerana BUMIPUTERA ISLAM/Melayu sebenaqnya turun-temurun terlindung di bawah kuasa Eksekutif DYMM YDP/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam NEGARA dengan MAIN sbg. PENASIHAT, dan juga PENJAGA hak Bumiputera – yg. jelasnya lebih berkuasa dari K'jaan negeri mahupun K’jaan Persekutuan, mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3, 37 (1), 153 dsbnya - lihat di - https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, juga adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU:

    Dan lihat bagaimana YAB Ayahanda Tun sendiri telah MEMERTABATkan kuasa Mahkamah Syariah dlm. Perlembagaan Persekutuan, dari genggaman MUSUH ISLAM, yg. begitu galak menggunakan undg-undg sivil si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, utk.menjatuhkan KEDAULATAN ISLAM dan hak umatnya di NEGARA ISLAM ini - di
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm , Jangan usik perkara 121 Perlembagaan, Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR, 23/02/2012!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.