Tuesday, 22 July 2014

Mujahid, NUCC Dan Tuntutan Kongsi Gelap LGBT

Malaysia merupakan sebuah negara Islam sebagaimana ia ditakrifkan mengikut  Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Justeru, setiap undang-undang yang ditegakkan di dalam negara ini, sejak sekian lama mematuhi prinsip-prinsip keadilan yang diiktiraf serta tidak bertentangan dengan Agama Islam.

Perlakuan dan kecenderungan melakukan hubungan seksual diluar tabii merupakan satu bentuk jenayah di dalam negara. Kanun Keseksaan (Akta 574) di dalam seksyen 377 menggariskan bentuk-bentuk perbuatan serta kecenderungan seks di luar tabii yang diiktiraf sebagai perbuatan jenayah dan layak dihukum di bawah undang-undang negara.

Tetapi semua ini cuba dihapuskan di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN/NUCC). NUCC telah mencadangkan 3 deraf Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Harmoni melalui bantuan Majlis Peguam. Terdapat beberapa eleman Anti Negara dimasukkan bagi memenuhi tuntutan nafsu golongan Ekstremis Islamufobia tempatan di dalamnya. Ini termasuklah memasukkan Seksyen 7 di dalam Rang Undang-Undang tersebut yang mahu menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi terhadap pelaku jenayah LGBT.

Mujahid Pertahan Hak Kaum Lut Untuk Tidak Didiskriminasikan
Mujahid Yusuf Rawa, seorang pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah diberikan tanggungjawab oleh NUCC untuk menjayakan Rang Undang-Undang Harmoni. RUU Harmoni ini dikatakan telah dibentuk supaya diterima sebagai undang-undang yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948. Dalam kenyataannya sebelum ini, Mujahid Yusuf Rawa, yang selama ini diangkat oleh golongan Ekstremis Islamufobia tempatan sebagai seorang tokoh Islam Moderat, menyatakan beliau akan berjuang untuk mempertahankan hak golongan homoseksual, lesbian yang mengamalkan jenayah kaum Lut daripada sebarang bentuk diskriminasi.

Walaubagaimanapun, apa yang dilakukan oleh Mujahid Yusuf Rawa dengan membelakangkan ayat-ayat al Qur’an dan hukum-hukum agama, seolah masih belum cukup untuk golongan yang hidup mereka sentiasa dipandu oleh kehendak seksual dan nafsu sendiri. Mereka menuntut Mujahid bersama NUCC untuk tidak hanya memperjuangkan hak mereka untuk tidak didiskriminasikan, malah Mujahid juga dituntut mereka supaya mengeluarkan kenyataan untuk mengiktiraf hak kecenderungan seksual golongan terbabit.

Kongsi Gelap LGBT
Sekumpulan daripada mereka telah menubuhkan beberapa pertubuhan yang menyokong perbuatan-perbuatan jenayah di luar Tabii. Kamus Dewan Bahasa mentakrifkan perkumpulan sulit untuk maksud atau kegiatan jahat dirujuk sebagai kumpulan kongsi gelap.

Oleh kerana kesalahan jenayah seks luar tabii merupakan kesalahan yang terletak di bawah Kanun Keseksaan  Akta 574 yang turut memuatkan kesalahan seperti jenayah melancarkan perang ke atas Yang di Pertuan Agong, sebarang usaha untuk megiktiraf hak mana-mana kumpulan untuk menyahkan fungsi undang-undang di dalam Akta 574 akan mendorong pihak-pihak pelampau lain untuk berbuat sedemikian rupa.

Bayangkan kumpulan-kumpulan pengganas yang dibiayai dana dari negara-negara luar menubuhkan pula kumpulan pendesak untuk mendesak NUCC untuk memansuhkan seksyen121 (Jenayah Melancarkan Perang ke Atas Yang diPertuan Agong), kumpulan-kumpulan penjawat awam yang dibiayai dana daripada luar menubuhkan kumpulan pendesak menuntut hak untuk mendedahkan rahsia-rahsia negara dan kumpulan-kumpulan nafsu buas menuntut Seksyen 377E (Jenayah Seskual ke atas kanak-kanak) atas alasan itu sebahagian daripada hak mereka yang telah didiskriminasikan.  

Penang Freedom To Love dan Diversity merupakan pertubuhan yang menyokong kecenderungan seks luar tabii untuk diiktiraf sebagai hak yang mesti diterima oleh negara. Tuntutan serta desakan mereka supaya wujud satu bentuk undang-undang untuk menghapuskan semua undang-undang yang menyatakan kesalahan orientasi seksual songsang sebagai satu jenayah. Inilah bentuk tuntutan yang membuatkan mereka layak dirujuk sebagai kumpulan Kongsi Gelap LGBT.

Mereka telah menulis sepucuk surat tuntutan kepada NUCC untuk meneruskan agenda memasukkan Seksyen 7 di dalam RUU Harmoni tersebut. Ia supaya hak kecenderungan seksual mereka akan mendapat pengiktirafan negara dan tidak boleh didiskriminasikan oleh sebarang bentuk undang-undang di dalam negara.

Persoalannya, bagaimana kumpulan sebegini dibenarkan wujud untuk mencabar undang-undang yang tidak disukai mereka? Apakah Ketua Polis Negara hanya sibuk memburu kesalahan yang dilakukan video viral di dalam wechat, whatsapp dan lain-lain aplikasi media baharu, tetapi melupakan terus jenayah dan kumpulan-kumpulan kongsi gelap seperti ini yang bakal memusnahkan keharmonian dan keamanan negara?

Kumpulan Kongsi Gelap Menentukan Undang-Undang Negara?
Apakah kita akan membiarkan undang-undang negara ini ditentukan oleh kehendak-kehendak kongsi gelap yang menggunakan NUCC sebagai saluran menyuarakan kehendak mereka? Apakah NUCC mahu dikenali sebagai badan yang terlalu memberi muka kepada tuntutan demi tuntutan yang bercanggah dengan prinsip keharmonian negara, bersifat Anti islam, Anti Perlembagaan, Anti Rukunegara dan bersifat cenderung mengiktiraf perbuatan jenayah sebagai hak yang tidak boleh dipertikaikan?

Apakah NUCC kini dipandang kongsi gelap-kongsi gelap sebegini sebagai Godfather untuk membawakan perkara-perkara rosak diangkat sebagai hak yang diiktiraf oleh negara?

Kita sama-sama saksikan nanti. Cukuplah dengan negara ini berhadapan satu demi satu masalah dan bala dari Tuhan. Walaupun tindak tanduk tokoh-tokoh Islam Moderat mengikut acuan RAND Corporation seperti Mujahid Yusuf Rawa boleh bersetuju untuk mempertahankan hak mereka-mereka ini, majoriti umat Islam di luar sana memandangkan semua yang cuba diusahakan Mujahid Yusuf Rawa di bawah NUCC ini sebagai bakal mengundang masalah yang lebih besar kepada negara nanti.

Jika satu ketika dulu batuan berapi dari langit runtuh dan bumi terbalik menimpa kaum Lut kerana kedegilan kaum tersebut yang menuntut hak mereka diiktiraf, maka tidakkah kita melihat satu persatu masalah yang menimpa negara juga sebagai satu isyarat kepada kepimpinan supaya segera menghentikan kecanduan tuntutan hak asasi membabi buta seperti ini.

Pihak kami akan sentiasa bersama pemerintah di waktu susah dan senang. Tetapi jika kesusahan itu ditempah kerana kedegilan membelakangkan prinsip kedaulatan Islam di negara ini, maka bersedialah pemimpin untuk menghadapi semua masalah dan bala secara berseorangan tanpa sokongan dan doa umat Islam dibelakangnya.









0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.