Sunday, 6 July 2014

Menjawab 7 Poin Pembohongan Pakatan Penipuan Malaysian Insider dan Heiner Bielefeldt


Malaysian Insider hari ini, sepertimana biasanya mereka selalu, melanjutkan modus operandi fitnah dan berterusan membakar keharmonian dan keamanan negara. Sibuk mempromosikan cara mengamalkan agama Kristian di dalam keadaan tidak aman dan damai kepada Islam, Malaysian Insider sekali lagi cuba menangguk di air yang keruh.

Dalam penulisan bertajuk "Allah Struggle Is Not Over, Moderate Muslims Should Lend Support, Says UN Official,"  wartawan Malaysian Insider telah melakukan satu bentuk usaha untuk membawa masuk campur tangan asing ke atas kedaulatan negara. Kali ini, mereka melakukan satu panggilan telefon kepada UN Special Rapporteur on freedom of religion and belief, Heiner Bielefeldt di Jerman.

Bangkit! Mengesan pembohongan tanpa tapisan dan tanpa henti yang cuba dipaksakan ke dalam pemikiran mereka-mereka yang membaca portal tersebut.

Berikut hujah-hujah Bielefeldt

     1. “A vast majority of Muslims will agree that it undermines Islam by turning Allah into a personal name of the Islamic God," he said in a phone interview from Germany.

Fakta : Tiada sebarang kitab agama yang wujud sebelum al Qur’an yang merujuk nama khas Tuhan sebagai Allah. Tanakh (Kitab Perjanjian Lama) Yahudi yang wujud pada hari ini di dalam bahasa asalnya Hebrew tidak mengandungi perkara tersebut. Gospels (Kitab Perjanjian Baru) Nasrani juga tidak mempunyai apa-apa asas atau rujukan yang menyatakan bahawa nama Tuhan di dalam kitab mereka ialah Allah.
Apabila Bielefeldt berhujah bahawa tindakan pengharaman kalimah Allah untuk digunakan oleh golonga pelampau agama Kristian adalah bererti mengubah kalimah Allah menjadi nama khas hanya untuk Tuhan di dalam Islam, jelas, samada secara sedar atau tidak, hujahnya ialah satu bentuk hujah yang berisi pembohongan secara terang.
Nama Allah memang merupakan nama khas Tuhan sepertimana yang Dia menamakan DiriNYa di dalam al Qur’an. Terdapat banyak ayat di dalam al Qur’an yang menunjukkan bahawa Tuhan sekelian alam membuat deklarasi bahawa namaNya ialah Allah.
 إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Taha ayat 14)
Nama Allah memang nama Khas bagi satu-satunya Tuhan yang ada. Tuhan sekelian alam dan Tuhan yang hanya meredhai Islam sebagai agama yang sebenar.

اِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْاِسْلَمُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ اوتُوا الْكِتَبَ اِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمْ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِءايَتِ اللَّهِ فَاِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ


Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Ali Imran ayat 19)
Bielfeldt boleh bekerjasama dengan Malaysian Insider untuk berbohong mengenai pernyataan di atas. tetapi, tiada satu pun ayat di dalam mana-mana buku-buku yang terdapat di dalam Bible di dalam bahasa asalnya iaitu Hebrew/Aramaic/Koine Greek, yang mempunyai ayat mengenai deklarasi nama Tuhan mereka sebagai Allah.
Itu adalah suatu fakta yang jelas dan cuba dipesongkan oleh kedua-dua mereka. Gambaran seolah-olah umat Islam memilikagamakan nama Khas Allah sebenarnya hanya satu pembohongan yang cuba disebarkan supaya diimani oleh khalayak yang membaca kenyataan tersebut.

2. "Freedom of religion is a right of all human beings, it’s a human right, it’s a universal right and so it cannot be the business of the state to ban the use of the word Allah," he said....    "My reaction and that of everyone else was how can this be possible, it is bizarre, strange and totally unacceptable," he added. “In fact, this is not an infringement of human rights, it is a clear violation of human rights.”
Secara duniawi, hak untuk beragama diletakkan di bawah hak-hak asasi manusia untuk memilih jalan pilihan mereka sendiri. Islam juga menghormati hak-hak manusia lain untuk beragama dengan syarat ianya tidak menggangu serta menyebabkan berlakukan rasa tidak hormat dan bersikap beradab terhadap Islam.
Artikel 29 perkara 1 dan 2 Universal Declarations of Human Rights dipetik seperti berikut:

 Article 29
(1)              Everyone has duties to the community in which alone the free and full development of his personality is possible.

(2)             In the exercise of his rights and freedoms, everyone shall be subject only to such limitations as are determined by law solely for the purpose of securing due recognition and respect for the rights and freedoms and others and of meeting the just requirements of morality, public order and the general welfare in a democratic society. 

Pada perkara 2 Artikel 29 tersebut, telah dijelaskan bahawa mana-mana hak asasi manusia yang mahu diamalkan atau dijalankan, pengamalannya mestilah berada di dalam kerangka yang wajar dan memenuhi kehendak moraliti, ketenteraman awam dan kebajikan awam secara adil.
Kerajaan Malaysian mempunyai peruntukan yang hampir sama dengan apa yang telah dijelaskan di dalam Artikel 29 Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 tersebut. Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa Islam adalah Agama bagi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai di dalam negara. Artikel 11 (5) Perlembagaan Persekutuan juga mensyaratkan kebebasan beragama adalah tertakluk kepada syarat berikut :
Perkara 11 (5) : 
Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam dan prinsip moral.
Bielefeldt cuba berhujah bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun 2014 yang lalu adalah salah satu bentuk pencabulan hak beragama oleh pihak Kerajaan. Bielfeldt jelas tidak memahami apa yang sedang beliau cuba hujahkan dan komentarkan.
Pihak Kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana kumpulan untuk mengamalkan amalan agama mereka. Di dalam kes kalimah Allah ini, telah dijelaskan banyak kali bahawa kalimah Allah tidak pernah wujud di dalam sebarang bentuk sebagai asas amali atau ajaran yang terdapat di dalam ajaran Kristian. Sehingga kini pihak pelampau Anarkis cum Pelampau Kristian tempatan tidak dapat membuktikan bahawa kalimah Allah wujud di dalam kitab-kitab di dalam bahasa asal di dalam buku asas agama mereka.
Malah, di dalam penghakiman yang dibuat oleh YA Dato Seri Haji Mohamed Apandi B Hj Ali di dalam Mahkamah Rayuan pada Oktober 2013 menyatakan perkara berikut :
[51] For completeness, I note that from a quick research on the history of the language of the Bible, it is clear that the word “Allah” does not appear even once as the name of God or even of a man in the Hebrew Scriptures. The name “Allah” does not appear, even once in either the Old or New Testaments. There is no such word at all in the Greek New Testament. In the Bible world, God has always been known as Yahweh, or by the contraction Yah. That being the historical fact it can be concluded that the word or name “Allah” is not an integral part of the faith and practice of Christianity, in particular that of the Roman Catholic Church.

[52] I do not intend to make this judgment to be a study of comparative religions. The appeal today is not the proper forum. However, I must state that to refuse to acknowledge the essential differences between religions will be an affront to the uniqueness of world religions. To begin with, due recognition must be given to the names given to their respective Gods in their respective Holy books; such as “Yahweh” the God of the Holy Bible; “Allah” the God of the Holy Quran and “Vishnu” the God of the Holy Vedas. 

[53] With the above historical and religious fact, I could not find any plausible reason as to why the respondent is adamant on using the word “Allah” in its weekly newsletter, particularly in its Malay version. Since “Allah” is never an integral part of the faith of the respondent, it is reasonable to conclude that the intended usage will cause unnecessary confusion within the Islamic community and is surely not conducive to the peaceful and harmonious tempo of life in the country. This conclusion is fortified by the fact that the majoritypopulation in this country is Malay and whose religion is Islam. A40 fortiori, under Article 160 of the Federal Constitution, a “Malay” is defined as “a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay language, …”. (1)

Jelas Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa nama Allah bukan sebahagian perkara penting di dalam ajaran Kristian. Malah ianya tidak pernah wujud atau terdapat di dalam teks asal kitab-kitab mereka.

Jadi, di mana kebenaran hujah Bielefeldt yang menyatakan pihak kerajaan menyekat hak beragama golongan Kristian? Kalimah Allah bukan sebahagian daripada ajaran asas Kristian. Maka menyekat mereka daripada menggunakannya tidak boleh disabitkan dengan tindakan menyekat kebebasan beragama. Apa yang kerajaan persekutuan perbuat di dalam kes itu ialah untuk memastikan kumpulan pelampau Kristian tidak menceroboh hak beragama pihak lain dengan mengamalkan sesuatu yang tidak langsung pernah wujud di dalam agama mereka.

Jika dibenarkan pencerobohan ini daripada terus dilakukan, maka keamanan negara, ketenteraman awam akan tergugat. Ia terbukti ketika keputusan Mahkamah Tinggi semasa diputuskan secara khilaf oleh YA Lau Bee Lan, berlaku beberapa kejadian di mana gereja-gereja dibakar oleh pihak-pihak yang tidak dapat menahan marah dengan kebiadaban pelampau Kristian ini.

Tidak cukupkah lagi bukti yang menunjukkan perkara ini, jika berterusan dihasut oleh pihak-pihak seperti Malaysian Insider dan Bielefeldt, maka ketenteraman awam dan keamanan negara akan tergugat.

Bukankah ia sekaligus melanggar Artikel 29 (2) Deklarasi Hak Asasi Manusia, Artikel 3(1) dan 11 (5) Perlembagaan Persekutuan?

3."So actually it is a non-issue. Muslims believe in one God. So how can we say your God is different from mine?" he had asked.
Samada Bielefeldt tidak faham atau sengaja berpura-pura tidak faham,akidah ketuhanan di dalam Islam sangat berbeza dengan akidah ketuhanan di dalam ajaran Kristian.

Orang-orang Islam mengimani Allah sebagai Dia menjelaskan siapa diriNya di dalam al Qur'an. Surah yang paling mudah untuk menunjukkan siapa itu Allah ialah surah al Ikhlas. Berikut petikannya :

Membaca surah ini sudah cukup untuk menjawab pembohongan atau kecelaruan Bielefeldt dan Malaysian Insider. 
Ayat pertama surah al Ikhlas, Allah itu Maha Esa. Ia berlawanan dengan konsep Ketuhanan Trinity yang mempunyai Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.
Ayat Kedua surah al Ikhlas menyatakan Allah tempat bergantung segala sesuatu. Tetapi konsep ketuhanan di dalam Kristian membenarkan Tuhan mempunyai anak yang mempunyai kelemahan-kelemahan dan pergantungan kepada keputusan-keputusan manusia.
Ayat ketiga surah al Ikhlas menyatakan bahawa Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Ini kerana hanya makhluk dengan keperluan haiwaniah seperti manusia dengan lain-lain makhluk yang wujud di mukabumi ini perlu kepada sifat beranak dan diperanakkan. Tetapi, ia sangat berbeza dengan konsep Ketuhanan di dalam Kristian di mana Tuhan mempunyai anak dan anak Tuhan yang juga merupakan Tuhan diperanakkan.
Ayat ke empat di dalam surah al Ikhlas menjelaskan bahawa tiada seorang pun mahu seseatu apapun yang setara dengan Allah. Tetapi di dalam konsep ketuhanan Kristian, Tuhan dikatakan menghidupkan anaknya di dalam rupa bentuk manusia dengan sifat-sifat manusia berserta kelemahan-kelemahan sifat manusia.
Jadi, jelas Allah sebagai Tuhan di dalam Islam tidak sama dengan konsep Tuhan yang dipercayai oleh golongan Kristian. Kerana itulah umat Islam menolak sebarang usaha untuk menamakan tuhan dengan konsep-konsep dan ciri-ciri yang menyalahi ciri-ciri Allah yang telah disebut di dalam al Qur'an dan As Sunnah sebagai Allah.

Jelas, samada Bielefeldt tidak faham atau sengaja berpura-pura tidak faham mengenai perbezaan ini, untuk dia dilantik menjadi 
UN Special Rapporteur on freedom of religion and belief dengan kefahaman naif sebegini, ialah sebuah misteri yang sukar untuk dirungkai.

4. He added that he was not aware of any comparable court decision in any other country that prohibited the use of the word by non-Muslims.
Perlukah Malaysia sentiasa menjadi pak turut kepada apa yang diperbuat oleh negara lain? Apakah orang-orang Islam di Malaysia tidak layak untuk mempunyai set undang-undang melalui pendapat dan pilihan sendiri?

Bielfeldt jelas tidak dapat membuang sifat kolonialis di dalam pemikirannya apabila mahukan Malaysia yang telah berdaulat dan merdeka untuk hanya berfikir dan bertindak di dalam acuan yang sudah disediakan pihak lain. Lebih teruk lagi apabila pendapat kolonialis sebegini ditagih dan dijadikan bahan berita oleh portal berita Malaysian Insider.
Pihak Bangkit! telah menjelaskan di dalam penulisan bertajuk "Rekod Baru Dunia Anuar Ibrahim : 1 Minit Bercakap, 5 Pembohongan Dilancarkan Mengenai Isu Kalimah Allah" berkenaan Jadual Kelima Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei. Klik Tajuk Artikel untuk membaca Jadual Kelima tersebut yang memperuntukkan 35 perkataan yang haram digunakan oleh golongan bukan Islam di Brunei.

5. 
 He pointed out that Christians in the Arab world had been using the word for thousands of years. "If you read the New Testament in Arabic, Jesus is the son of Allah, because Allah is not the name of the Islamic God but a generic concept of God," he added.
Tahukah orang-orang Arab Kristian bahawa golongan pelampau Kristian tempatan di Malaysia melakukan satu bentuk kebiadaban kepada nama Allah yang tidak pernah dibuat hatta oleh orang-orang Arab Kristian di dalam Bible bahasa Arab mereka?

Tahukah golongan Arab Kristian bahawa golongan pelampau dan anarkis Kristian di Malaysia merujuk berhala-berhala dalam bentuk lembu dan binatang-binatang lain sebagai Allah di dalam Bible terjemahan tempatan di sini?

Jika tidak tahu, sila baca 
penulisan bertajuk "Rekod Baru Dunia Anuar Ibrahim : 1 Minit Bercakap, 5 Pembohongan Dilancarkan Mengenai Isu Kalimah AllahPihak Bangkit! telah menjawab contoh penghinaan kalimah Allah yang tidak pernah dilakukan hatta oleh golongan Krsitian Arab di dalam pautan penulisan di atas. Sila klik untuk baca bagaimana pelampau dan anarkis Kristian tempatan menghina Allah dengan memberikan namaNya kepada berhala-berhala di dalam Bible.

6. Bielefeldt is also concerned that he has yet to get a response on a letter he had sent to the Malaysian government last November seeking clarification on the matter and voicing concern over the ban. His letter was supported by UN Independent Expert on minority issues Rita Izsak and UN Special Rapporteur on freedom of expression, Frank La Rue.
TMI melaporkan, Heiner Bielefeldt mengakui telah menghantar sepucuk surat meminta pihak Kerajaan Persekutuan memberi penjelasan kepadanya tentang isu pengharaman kalimah Allah. Pemerintah sehingga hari ini tidak menjawab surat tersebut.

Bukankah ini satu bentuk campurtangan luar ke atas Kedaulatan Negara? Apakah golongan anarkis dan pelampau Kristian akan berbuat apa sahaja mengikut suka hari mereka termasuk menjemput campurtangan luar dalam perihal kedaulatan negara sehingga semua cita-cita mereka melalui penipuan beragama dapat tercapai nanti?

Bukankah dengan berbuat demikian, mereka dengan sendirinya membatalkan hak mereka untuk diiktiraf sebagai agama yang boleh diamalkan di Malaysia kerana mengamalkan agama mereka di dalam cara tidak aman dan damai terhadap Islam di dalam negara.

Di dalam penghakiman Mahkamah Rayuan di dalam kes Menteri Dalam Negeri v Roman Titular Archbishop Catholic of Kuala Lumpur (2013), penghakiman yang dibuat menjelaskan bahawa terma 'aman dan damai' di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan membawa maksud pihak bukan Islam mengamalkan ajaran agama mereka dalam keadaan aman dan damai ter

Apakah TMI sedang menjemput pihak luar melakukan satu bentuk penjajahan baru ke atas negara dengan mendesak campur tangan luar dalam perihal kedaulatan undang-undang negara? 

Atau apakah Bielefeldt secara biadabnya cuba mendesak campurtangan Eksekutif ke dalam proses Legislatif negara? Seolah-olah tujuan surat meminta penjelasan dari beliau itu merupakan satu usaha halus bagi mendesak agar kerajaan memulakan campurtangan supaya mengubah halatuju keputusan mahkamah yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan pelampau Kristian tempatan.

Campurtangan Eksekutif ke atas Legislatif, jika mereka yang mencadangkannya, maka ia dianggap sebagai suatu Hak yang perlu dihormati. Apabila pihak Eksekutif negara melakukannya di dalam cara yang tidak berkenan dihati mereka, maka ia berubah kepada satu bentuk pencabulan kuasa Eksekutif ke atas proses perundangan negara. Secara terang kini, satu bentuk proses Kolonialisasi baru sedang diusahakan. Jika dahulu pemain proses kolonialisasi dunia menggunakan jentera perang untuk melakukan penjajahan, kini ianya dilakukan melalui jalan halus melalui proses campurtangan luar

Mana perginya suara BAR Council? Kenapa diam apabila ada pihak dari luar cuba membuat campurtangan dan mencadangkan pencabulan kuasa eksekutif ke dalam perundangan negara? Bukankah diam tandanya bersetuju?

7. TMI menambah supaya golongan Islam Moderat (Moderate Muslims) Mula Bersuara Untuk Membantu Usaha Pelampau Kristian Tempatan. 

Apakah TMI tahu bahawa dengan menyokong tindakan anarkis dan pelampu Kristian tempatan itu adalah satu usaha untuk mencabul Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang dan Menghina Keputusan Mahkamah?

Jika tahu dan masih sengaja menangguk di air yang keruh, ia menunjukkan apa sebenarnya kecenderungan portal terbabit di dalam usaha mereka menghubungi Bielefeldt. Solah-olah ingin menggunakan pengaruh Bielefeldt untuk menekan serta mengundang campur tangan luar membuli Malaysia melalui pintu belakang.




Tidak cukup dengan itu, TMI menyeru tokoh-tokoh 'moderate muslim' yang dinamakan mereka sebagai Dr Maza, Mujahid Yusof Rawa, Marina Mahathir, Zainah Anwar, Farouk Musa dan lain-lain untuk bersuara menyokong agenda golongan anarkis dan pelampau Kristian tempatan.

"Moderate Muslim" merupakan terma yang dicipta barat untuk menggalakkan sesetengah golongan muslim yang berpemikiran liberal berebut-rebut mahu digelarkan dengan gelaran tersebut. Ia satu bentuk usaha untuk memasukkan kumpulan-kumpulan orang-orang yang sedang dan pernah beragama Islam  ke dalam satu bentuk sikap Islam di dalam acuan yang dimahukan Barat. Satu ciri persamaan yang ada pada sebahagian besar golongan ini ialah, mereka mempunyai satu kecenderungan merombak amalan dan pemahaman di dalam agama Islam mengikut acuan nafsu mereka masing-masing.

'Moderate Muslim' mungkin gelaran yang diberikan barat kepada golongan seperti mereka, tetapi orang-orang Islam melihatkan golongan yang sering dirujuk sebagai 'moderate muslim', sebenarnya merupakan kumpulan 'Molded Muslim' (Muslim Dengan Pemikiran Yang Diacuankan Semula Oleh Citarasa Penjajah Akidah Barat).

TMI boleh menyeru seberapa banyak 'molded muslim' yang mereka mahukan. Tetapi, selagi fikrah pemikiran mereka tidak seiring dan tidak berpandukan al QUr'an dan As Sunnah, maka apa sahaja label agung yang mahu mereka berikan, tidak ada seorang pun muslim yang benar-benar beriman dengan al Qur'an dan As Sunnah akan tergiur berebutkan pengiktirafan mereka.


Jadi, jangan tertipu dengan pelabelan yang digunakan sebagai sebahagian strategi mereka untuk melakukan tindakan pecah dan perintah. Moderate Muslims adalah Molded Muslims sebenarnya.

Semua perbuatan menangguk di air yang keruh oleh TMI dalam isu kalimah Allah ini harus dihentikan. Hormati keputuan Mahmakah Persekutuan pada 23 Jun 2014 yang lalu.


Pihak berkuasa seharusnya mula mengambil tindakan ke atas golongan yang masih berdegil dengan sikap anarkis mereka dengan berterusan mengambil pendekatan berkonfrontasi dengan Perlembagaan Persekutuan, Kedaulatan Undang-Undang dan perbuatan menghina Mahkamah.


Moderate Muslim Mengikut TMI, Dari Kanan Ikut Arah Jam 1. Marina Mahathir 2. Dr Farouk Musa bersama Obama 3. Zainah Anwar Bersama Marian 4. Mujahid Yusof Rawa bersama Rev Herman Shastri dan Teresa Kok

5 comments:

  1. Bah. Pertama:

    Si KAPIRDAJAL Jerman/UN ni nak MELALAK masuk campur hal ehwal ISLAM kat NEGARA ISLAM kita ni pasal?! Sedangkan Jerman adalah pusat ZIONIS-JAHANAM di Eropah – lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014!

    Nak bersyarah kat Dunia Islam/umatnya, sedgkan lihat si GEREJA/PADERI yg. asyik MEMBUNUH/MEROGOL selama BERDEKAD sampai sekrg dlm. GENOSID, kanak-kanak, termasuk BUMIPUTERA Canada "First Nation peoples" - lihat di http://itccs.org/2014/03/31/massive-deaths-of-aboriginal-children-in-canada-is-officially-admitted-as-genocide-verdict-and-kevin-annetts-work-are-finally-vindicated/ , Historic Breaking News from The International Tribunal into Crimes of Church and State (ITCCS) – Massive Deaths of Aboriginal Children in Canada is officially admitted, as Genocide Verdict and Kevin Annett’s work are finally vindicated, Posted on March 31, 2014; dan di - http://itccs.org/2014/03/22/pope-jesuits-and-anglicans-refuse-to-deny-criminal-charges-made-against-them-trial-to-proceed-as-shocking-new-evidence-suggests-joseph-ratzinger-still-wields-power-at-the-vatican/ , Pope, Jesuits and Anglicans refuse to deny criminal charges made against them – Trial to proceed as shocking new evidence suggests Joseph Ratzinger still wields power at the Vatican – Ratzinger and others are named as members of a child abuse cult, Issued by ITCCS Central, Brussels, Posted on March 22, 2014!

    Dan apahal NGO-NGO KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS dibenarkan masuk campur hal ehwal Islam, termasuk Konrad Adeneur dr. Jerman ( yg. disyaki menaja IFC – lihat di http://pondokhabib.wordpress.com/2010/05/12/jejak-jejak-islam-liberal-serta-cabarannya-terhadap-umat-islam-di-malaysia/ , JEJAK-JEJAK ISLAM LIBERAL SERTA CABARANNYA TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA, Posted on May 10, 2010 by penulis_cyber; dan di http://mediawangsamaju.blogspot.com/2011/05/ifc-dalang-gerakan-kristianisasi.html , IFC ... DALANG GERAKAN KRISTIANISASI MALAYSIA)!

    Sedangkan di Jerman, wanita Islam bertudung tak dibenarkan bekerja dgn. JPA Jerman dan menjadi guru, serta umat Islam tidak dibenarkan buat pasar Ramadhan, walau hanya di Berlin, tetapi kaum Kristian ditaja rejim Jerman buat pasar Krismas sampai sebulan di seluruh cerok bandar/kpg dan di EU, serta cuti panjang Krismas yg. rasmi (umat Islam boleh cuti Hari Raya rasmi hanya di satu bandar), kerana agama rasmi Jerman/Barat, agama Kristian! Maka, mana hak asasi 'KESAMAAN' utk. umat Islam? Bahkan umat Islam terpaksa membeli gereja kosong utk. menukarkan kepd. Masjid kerana asyik dihalang bina Masjid/Surau! Jadi mana hak asasi 'KEBEBASAN' utk. umat Islam di Jerman?!

    Dahlah tu, di Jerman pula, MEROGOL HAIWAN utk. MEMUASKAN nafsu seks-BUAS si LIBERAL SYAITAN (termasuk ’zoo‘ khas utk. rogol segala mcm. haiwan) adalah sah dlm. undg-undg Jerman - lihat akhbar (anti-Islam) di - http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html? Dan PORNOGRAFI pula bebas beroperasi di siaran TV biasa di Jerman! Jadi si KAPIR HAIWAN-BUAS Barat-ZIONIS galak pula nak bersyarah kat Dunia Islam/umatnya pula?!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu semua jelas Makcik.. Jazakillah atas semua link yang berguna.

      Malah jika tidak silap di Jerman setiap rakyatnya yg Kristian diwajibkan membayar cukai gereja pada kadar 9%. Duit inilah yg digunakan mrk utk menaja pertubuhan spt KAF dan by lagi pertubuhan yang sibuk masuk campur utk membentuk negara2 Islam mengikut acuan mrk.

      Jgn lupa juga, pada awal tahun ini bila Israel menutup semua kedutaan di luar negara, Jerman membolehkan kedutaannya digunakan oleh warga Israel utk tujuan diplomatik. Malah spt link yg diberikan makcik, Jerman mmpunyai perjanjian dgn Israel utk membolehkan pejabat kedutaannya berfungsi sbg pejabat kedutaan Israel dinegara yg mana Israel x punyai dan tidak ada hubungan diplomatik.

      Jerman sendiri dipertikaikan penghormatan hak asasi manusia mrk. Jd tak perlu la sibuk nak mengajar kita di sini yg sudah berikan peha pada ketika betis itu sudah lebih dari memadai.

      Delete
    2. Di Germany pun mereka memandang Scientology Church bawaan Tom Cruise dengan penuh curiga.

      Apabila pihak SC membuat kerja amal, membantu beberapa rakyat yang terpinggir di tanahair Germany, mereka berusaha untuk menyiasat dan ada juga yang ditangkap, kononnya melakukan sindiket penipuan.

      Mamat German UN tu boleh blah, balik kampung, tanam jagung dan jaga tepi kain negara dia sendiri!

      Delete
    3. nampak gaya kain negara sendiri pun sedang rabak.. sibuk pula dia dgn negara lain..

      lebih hairan, ada pihak sibuk tagih pendapat dia..

      Delete
  2. Bah. Kedua:

    Juga, si Barat-ZIONIS/Israel asyik boleh menyerang/menjajah/merompak Dunia Islam yg. kaya minyak-gas dgn. membunuh/menyiksa sesuka hati umat Islam secara beramai (Genocide), termasuk kat Syria, Nigeria dan Iraq, dgn. strategi mencipta pengganas 'Islam' cthnya Al-Qaeda dan Boko Haram - dan semua ni tak pula dihentam si UN-DAJAL tu! (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan di http://www.presstv.ir/detail/2014/05/14/362619/is-boko-haram-a-psyop/ , Is Boko Haram a psy-op?; By Dr. Kevin Barrett, May 14, 2014)!

    Jadi di mana pula dasar undang-undang dan falsafah “demokrasi-hak asasi KESAMAAN-KEBEBASAN" si Barat-ZIONIS, pada Dunia Islam/umatnya?!

    Jadi apalah yg. kita sbg. NEGARA ISLAM, takut sgt. dgn. GERTAKAN si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS termasuk bawah SENJATA mereka iaitu birokrasi UN/International Criminal Court(ICC)/international Court of Justice (ICC)?! Sepatutnya Dunia Islam kuatkan peranan, pengaruh dan kuasa Org. of Islamic Countries (OIC) sesama negara Islam dan BERSATU di UN; utk. membela nasib Dunia Islam/umatnya , dari terus dirompak, dibunuh dan diJAJAH dlm. GENOSID yg. berterusan, oleh Barat-ZIONIS/Israel serta ejen-ejen tempatan mereka!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.