Thursday, 3 July 2014

Malaysiakini Dari Pelampau Ke Ladang Subur Golongan Anarkis



Malaysiakini, sebuah organisasi media yang mendapat dana dari National Endowment For Democracy dari Amerika Syarikat dan lain-lain pendana antarabangsa 1, seperti biasa menjalankan tugas-tugas yang mungkin ditugaskan oleh pihak yang mendanai mereka. Dalam ruangan ‘yoursay’, tanpa rasa tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang, keputusan mahkamah dan Perlembagaan, mereka secara semborono mengangkat pendapat-pendapat golongan anarkis untuk mengkritik pelaksanaan undang-undang yang telah digubal berasaskan peruntukan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Salah satu komen yang dipetik   dipetik dengan biadab megeluarkan kenyataan berikut ke atas Majlis Agama Islam Selangor.

“We are not lawyers, but let us teach these lawless and troublemakers some law.

Apakah Malaysiakini terdorong untuk melakukan tindakan sedemikian kerana diarahkan pihak yang mendanai mereka? Atau apakah Malaysiakini mengangkat komen-komen golongan anarkis setelah memerhatikan sikap yang pernah diambil melalui komen yang pernah dikeluarkan oleh Presiden BSM supaya di dalam kes rampasan Bible ini, kerajaan tidak perlu bercakap mengenai Undang-Undang dan enakmen yang sediada?



"Let's not argue about the law, let's not argue about enactments..."

Apabila undang-undang tidak menyebelahi mereka, mereka mahu gunakan pintu belakang yang boleh memberi kemenangan kepada mereka.

Tapi apa yang hendak dihairankan. Kitab Tuhan sendiri mereka berani ubah ikut kehendak nafsu mereka, nama Tuhan juga boleh sewenang-wenangnya ditukar mengikut kehendak nafsu mereka, inikan pula undang-undang rekaan manusia.

Satu peringatan kepada semua mereka,  ini  bukan wild-wild west dan sebuah negara dystopia tanpa undang-undang.

MAIS harus proaktif membawa Malaysiakini ke muka pengadilan di atas komen-komen yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Semua pihak harus berhenti daripada terus bersikap tidak apa kepada elemen-elemen anarkis yang sedang dibaja melalui portal-protal sedemikian rupa.

Tahniah kepada YAB Perdana Menteri kerana telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysiakini. Pihak MAIS juga harus mengambil langkah yang serupa supaya kebiadaban dalam bentuk elemen anarkis yang sedang diternak portal-portal seperti Malaysiakini ini dapat ditangani dengan segera.

Jika ini keadaannya semasa Akta Hasutan 1948 masih lagi berkuatkuasa, bayangkan keadaan negara nanti setelah Rang Undang-Undang Harmoni yang dibuat oleh golongan syok sendiri diterima sebagai undang-undang yang menggantikan Akta Hasutan 1948.


Ini masanya untuk bertindak dan membuang sama sekali sikap tidak apa yang membuatkan golongan anarkis bermaharajalela di negara yang memasukkan Kedaulatan Undang-Undang di dalam Prinsip Rukunegaranya.

Rujukan :
1)
http://www.thestar.com.my/story.aspx/?file=%2f2012%2f9%2f22%2fnation%2f12067491

1 comments:

  1. Tahniah Najib ambil tindakan. Patut dari dulu lagi.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.