Wednesday, 9 July 2014

Hasutan Pertumpahan Darah Oleh Ramasamy : Tan Sri Zaman Khan Buat Laporan Polis

Tan Sri Zaman Khan, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM dan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia sebentar tadi membuat satu laporan polis berkenaan kenyataan menghasut yang dikeluarkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Prof. P. Ramasamy dilaporkan telah mengucapkan cabaran yang mahukan pertumpahan darah antara etnik di Malaysia supaya disegerakan menerusi laporan yang dibuat oleh Malay Mail sebelum ini.

Kenyataannya di dalam Malay Mail Online disiarkan kembali sebagai berikut :
“MIC might be scared, Gerakan might be scared, MCA might be scared, but I tell you, if you want to bring May 13, you bring it,” Ramasamy told a press conference here yesterday.
“Don’t talk. All the time talking May 13, May 13. Bring-lah May 13. You start May 13. This will be the first time the government starts May 13. You think what? You think we’re scared ah?”
Laporan polisnya seperti di bawah :


Seolah tiada lagi perasaan hormat dan mahu hidup secara harmoni di dalam negara. Kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah memang dilakukan dengan niat supaya negara jatuh kembali di dalam keadaan huru hara sepertimana yang pernah berlaku pada 1969. 

Berikutan dengan tindakan menghasut ini,  beberapa laporan polis lagi sedang digerakkan di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa menyiasat kenyataan berbentuk hasutan Prof. P. Ramasamy itu dan motif beliau menggesa agar pertumpahan darah ala 13 Mei 1969 disegerakan.

Pihak berkuasa sila ambil tindakan segera sebelum api kemarahan merebak dengan lebih besar.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.