Thursday, 17 July 2014

KUMAN : Virus Sama, Baju Sahaja Yang Lain



Setelah mengadakan beberapa proses perbincangan, penelitian, kami menolak gabungan kitar semula NGO dengan hala tuju bejat dan Anti Negara Islam ini daripada dirujuk sebagai Negara-Ku. Negara-Ku ialah tajuk lagu Kebangsaan Negara. Lagu yang seharusnya mencerminkan semua sifat negara dalam satu bentuk seni Patriotik untuk melagukan sifat-sifat negara di dalamnya. Kesetiaan kepada negara ini ialah kesetiaan kepada Perlembagaan yang menubuhkannya.

Bagaimana mungkin NGO-NGO yang dijangkiti virus-virus moral, sifat anti Islam, anti Syariah dan dibajai dengan dana-dana daripada negara luar untuk merosakkan kedaulatannya boleh diberikan kebenaran untuk menggunakan nama keramat tersebut?

Telah muncul pelbagai Akronim oleh pihak-pihak yang tidak sanggup merujuk kejijikan pertubuhan tersebut sebagai Negara-Ku. Banyak cadangan yang telah disebut di dalam media-media sosial. Walaupun diberikan nama-nama yang berbeza, hasrat mereka tetap satu. Mereka tidak redha nama Negara-Ku digunakan secara jahat oleh pertubuhan dengan motif jijik ke atas sifat asal negara ini.

Bermula dengan cadangan menamakan mereka sebagai Pertubuhan Jenis Kebangsaan Negara-Ku (PJKNK), ia kemudian berubah kepada GRUNKNM hasil idea kreatif anak muda di dalam laman sosial. GRUNKNM mengambil sempena nama penuh gerakan bejat tersebut Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia. Menebus kembali negara Malaysia? Merekalah yang sebenarnya meletakkan negara di dalam situasi bagai tebusan dengan tuntutan-tuntutan anti Perlembagaan dan anti moral mereka.

Pengerusi PEMBELA sebelum ini turut mencadangkan supaya ianya dirujuk sebagai Pertubuhan Anti Negara Islam (PERAN). Kenyataan yang diberikan berserta justifikasi kenapa nama tersebut diberikan. Apabila PERAN mulai berlegar di dalam media-media sosial, muncul pula nama KUMAN dipopularkan.

KUMAN, akronim kepada Kumpulan Anti Negara Islam. Ia sangat sesuai. Ia sangat menepati sifat perjuangan NGO kitar semula tersebut yang membawa virus-virus perpecahan, virus anarkisme, virus rusuhan serta virus moral bejat di dalam negara.

Maka KUMAN adalah Akronim yang sangat tepat untuk mereka.


Kami menyeru semua media supaya jangan langsung merujuk mereka sebagai Negara-Ku. Rujuk mereka sebagai KUMAN. Sebagaimana kuman pada tubuh manusia yang memudaratkan kesihatan manusia, begitulah juga dengan KUMAN di bawah pimpinan Ambiga yang turut memudaratkan kemakmuran, keamanan dan keharmonian negara Malaysia.

2 comments:

  1. NGO HARAMJADAH. Tu lebih tepat bro..

    ReplyDelete
  2. Negara-Ku, kenapa "-Ku", dengan huruf besar. Mereka nak jadi Allah ke? Ini memang agenda kristian, kononnya mereka melakukan perjuangan Negara Tuhan, God's Country -> My Country -> Negara-Ku ,
    Laknat bagi mereka yang mencipta kebohongan dan mengatakan is dari Tuhan.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.