Wednesday, 30 July 2014

KUMAN Menghina Negaraku

Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan satu kenyataan tegas berkenaan niat jahat KUMAN (Kumpulan Anti Negara Islam) menggunakan nama Negara-ku. Ianya tidak akan dibenarkan sama sekali menurut Datuk Zahid Hamidi. Tahniah pihak kami ucapkan kepada Datuk Menteri.

Diharapkan ketegasan Datuk Menteri akan diambil serius  oleh semua pihak. Pihak media harus menahan diri daripada merujuk organisasi bejat tersebut dengan nama Negara-ku. Dengan track record memperjuangkan perkara-perkara jenayah untuk diangkat sebagai ham untuk diiktiraf, malah beberapa gerakan yang pernah diketuai mereka pernah direkodkan melakukan tindakan demi tindakan ganas untuk merealisasikan agenda mereka, niat jahat tersebut harus dihalang daripada direalisasikan.

Terdapat bukti demi bukti jelas yang KUMAN diserapi fahaman anarkisme. Mereka sanggup menggunakan elemen-elemen anarki untuk menjalankan agenda yang telah ditugaskan kepada mereka oleh pihak yang mendanai mereka daripada luar dan dalam negara.

Jadi, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri amat dialu-alukan. Cuma pihak kami berharap agar kenyataan tersebut tidak  berakhir sebagai sebuah amaran serta hanya sekadar teguran lisan dari Menteri KDN. Setelah teruk dicalarkan kredibiliti KDN dalam tahun- tahun kebelakangan ini kerana mengambil pendekatan lembut dalam menangani elemen anarkis dan ganas di dalam negara, maka ini waktunya yang tepat untuk menjalankan semua proses undang-undang sediada.


Tahniah Datuk Menteri.



4 comments:

  1. Replies
    1. Krn yg menyerang sedang mentafsirkan mrk kebal dr sebarang tindakan undang2..mrk mentafsirkan AG dan KPNmenyebelahi mrk.. krn itulah berlakunya perkara sebegini.. AG dan KPN harus membuktikan tanggapan mereka selama ini ke atas proses undang2negara adalah salah dengan mula mengambil tindakan lebih tegas cepat, cekap dan betul.

      Delete
  2. Kdg2 kena amik tindakan juga...asyik bg amaran jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap masa mereka perlu mengambil tindakan jika ada kes..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.