Wednesday, 23 July 2014

Khalid Samad Masih Berkeliaran Dengan Kebiadabannya


Setelah DYMM Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan baginda ke atas perbuatan biadab Khalid Samad, lelaki ini masih kelihatan dibiarkan berkeliaran dengan perbuatan demi perbuatan yang semakin hari semakin menyinggung perasaan Sultan.

Wa’ad Melayu, Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah. Orang-orang Melayu/Islam tidak pernah taat secara membabi buta pada sesiapa sahaja yang memerintah. Selagi sesiapa yang memerintah masih memerintah di dalam lingkungan perka
ra yang dibenarkan oleh syariat, kesetiaan orang Islam akan ditumpahkan kepada pemerintah-pemerintah yang adil sebegini.

Sultan Selangor telah menjalankan tanggungjawab baginda sebagai Ketua Agama Islam bagi Selangor. Ini merupakan sebuah negeri yang menjadi antara sasaran utama golongan evangelis untuk menjalan agenda gerakan Kristianisasi mereka. Timbul masalah tentang kebiadaban Khalid Samad ini, apabila dia mempertikaikan bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang terletak di bawah Sultan Selangor.

Tindakan biadab ini berikutan perbuatannya cuba  membela tindakan Bible Society Malaysia yang melanggar  Enakmen Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 di Selangor.

Kebiadaban sebegini terhadap Sultan yang berusaha keras mempertahankan agama Islam daripada serangan bertubi-tubi golongan Ekstremis Islamufobia tempatan tidak harus dibiarkan. Jika kebiadaban sebegini dibiarkan, ia akan memberikan isyarat yang salah kepada pihak umum. Ia seolah-olah, sesiapa sahaja boleh berkelakuan biadab kepada Sultan atau Raja mana-mana negeri tanda dikenakan sebarang tindakan.

Jika isyarat yang salah ini difahami dan digunakan sebagai hujah oleh golongan yang bercita-cita mahu menukar negara ini sebagai sebuah republic, maka tunggulah masalah yang lebih besar akan berlaku.

Justeru itu, kami ingin mendesak pihak berkuasa menyiasat mana-mana ruang undang-undang yang ada untuk mengusahakan satu bentuk tindakan undang-undang ke atas perbuatan biadab Khalid Samad.


Khalid Samad perlu dikenakan tindakan segera! 

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.