Thursday, 17 July 2014

Ketua Polis Negara diminta beri maklum balas hampir 30 laporan polis terhadap DAP, Kit Siang





Yang Dipertua ISMA cawangan Klang Tuan Haji Zainuddin Ghaffar  bersama ahli ISMA Klang telah membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Panglima Garang tengahari tadi.


Yang Dipertua ISMA cawangan Klang Tuan Haji Zainuddin Ghaffar bersama ahli ISMA Klang telah membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Panglima Garang 8 Mei lalu.
BANGI, 17 Julai – Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar diminta memberi jawapan status siasatan hampir 30 laporan polis yang dibuat ke atas parti chauvinis DAP dan pemimpinnya Lim Kit Siang.
Dalam sepucuk surat yang dikirimkan kepada ISMAweb, peguam yang mewakili Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) meminta maklumbalas rasmi Ketua Polis Negara tentang status terkini laporan polis yang dibuat oleh ahli-ahli ISMA seluruh negara terhadap Lim Kit Siang.
Hal ini kerana sudah lebih 2 bulan laporan polis dibuat, namun tiada maklum balas diterima oleh pihak pengadu.
Pada 8 Mei lalu, ahli-ahli ISMA di 27 cawangan di seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap DAP susulan kenyataan pemimpin parti itu, Lim Kit Siang yang mendakwa ISMA merupakan racun yang cuba merosakkan perpaduan kaum dan keharmonian agama di kalangan rakyat Malaysia.
Lim Kit Siang telah memfitnah ISMA semasa himpunan di Dataran Merdeka sempena ulang tahun pertama PRU13 pada 4 Mei lalu dan ucapan tersebut telah disiarkan di youtube pada 7 Mei 2014.
Pengerusi Gabungan Peguam-peguam ISMA (iPeguam) Tuan Muhammad Luttfi Abd Khalid ketika diminta mengulas perkara ini berkata, pihak KPN wajar mengambil tindakan ke atas DAP dan Lim Kit Siang agar tidak dianggap pilih kasih.
 
“Presiden ISMA disiasat dan didakwa dengan segera. Mengapa laporan polis terhadap DAP dan Kit Siang tidak ada tindakan? Adakah pihak polis amalkan dakwaan terpilih?” soal beliau.
Esok merupakan tarikh sebutan kes kali kedua bagi kes Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman yang dituduh mengeluarkan kenyataan hasutan ‘Kedatangan pendatang Cina dan penjajah British di Tanah Melayu satu bentuk pencerobohan’ di laman ISMAweb.net pada 6 Mei lalu.

Pautan Asal :
http://www.ismaweb.net/2014/07/ketua-polis-negara-diminta-beri-maklum-balas-hampir-30-laporan-polis-terhadap-dap-kit-siang/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.