Saturday, 5 July 2014

Kenyataan Mujahid Rawa terhadap Tun Hamid bersifat angkuh dan meninggi diri

mujahid rawa

BANGI, 4 Julai – Kenyataan ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Dr Mujahid Rawa yang memperlekeh Tun Abdul Hamid Mohammed sebagai tidak memahami isu berhubung tiga deraf rang undang-undang (RUU) yang dicadangkan baru-baru ini merupakan satu kenyataan angkuh dan meninggi diri.
“Dr. Mujahid memperlekeh Tun  Hamid seolah-olah bekas Ketua Hakim itu tidak memahami isu adalah satu kenyataan angkuh dan meninggi diri.
“Saya yakin isu RUU yang sarat dengan persoalan berkait perlembagaan dan undang-undang lebih difahami oleh Tun Hamid.
“Tun Hamid pada saya lebih faham isu ini beribu kali ganda. Dr Mujahid sendiri yang gagal mengenal maksud sebenar dari deraf RUU tersebut apabila mendakwa ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Walhal, bacaan secara mudah terhadap kandungan tuntutan RUU tersebut sudah dapat menyingkap betapa ianya bertentangan dengan beberapa perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan,” demikian ujar  Naib Presiden ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dalam satu kenyataan.
Dua hari lalu, Ahli MKPN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyifatkan Tun Hamid sebagai gagal memahami matlamat penubuhan MKPN dan pandangannya yang mengaitkan MKPN dengan pembangkang dan Majlis Peguam berkaitan deraf RUU adalah didorong emosi dan prejudis.
Ulas Ustaz Fauzi lagi, hakikat kenyataan Tun Hamid mempertikaikan kewibawaan MKPN itu adalah wajar dan mempunyai asas yang kukuh.
Ini dibuktikan apabila ternyata sehingga hari ini MKPN tidak berjaya membawa sebarang cadangan yang benar-benar boleh mewujudkan perpaduan dalam kerangka konsep negara sedia ada.
Apatah lagi, Dr Mujahid juga nampaknya tidak mengenali siapa Majlis Peguam dan perjuangan mereka.
“Samada dia tidak tahu bahaya tuntutan Comango yang diperjuangkan mereka atau dia sendiri juga memperjuangkan tuntutan Comango tersebut.
“Seandainya, dia yang memperjuangkan tuntutan Comango, amatlah malang jika MKPN yang diamanahkan oleh kerajaan untuk mencadangkan sesuatu rangka ke arah perpaduan negara dianggotai dan dipimpin oleh seseorang yang anti Perlembagaan dan anti kedudukan Melayu dan Islam,” tegasnya.
  Ini adalah kenyataan penuh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.
1. Kenyataan Tun Hamid mempertikaikan kewibawaan MKPN adalah wajar dan mempunyai asas yang kukuh. Ternyata MKPN sehingga hari ini tidak berjaya membawa apa-apa cadangan yang benar-benar boleh mewujudkan perpaduan dalam kerangka konsep negara sedia ada.
2. Kenyataan Dr Mujahid memperlekehkan Tun  Hamid seolah-olah bekas Ketua Hakim itu tidak memahami isu adalah satu kenyataan angkuh dan meninggi diri. Saya yakin isu RUU yang sarat dengan persoalan berkait perlembagaan dan undang-undang lebih difahami oleh Tun Hamid daripada Dr Mujahid. Tun Hamid pada saya lebih faham isu ini beribu kali ganda dari Dr Mujahid.
3. Dr Mujahid gagal mengenal maksud sebenar dari deraf RUU tersebut apabila mendakwa ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Bacaan secara mudah terhadap kandungan tuntutan RUU tersebut sudah dapat menyingkap betapa ianya bertentangan dengan beberapa Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan.
4. Dr Mujahid juga nampaknya tidak kenal siapa Majlis Peguam dan perjuangan mereka. Dr Mujahid samada tidak tahu bahaya tuntutan Comango yang diperjuangkan mereka atau dia sendiri juga memperjuangkan tuntutan Comango tersebut.
5.Jika Dr Mujahid memperjuangkan tuntutan Comango, amatlah malang jika MKPN yang diamanahkan oleh kerajaan untuk mencadangkan sesuatu rangka ke arah perpaduan negara dianggotai dan dipimpin oleh seseorang yang anti Perlembagaan dan anti kedudukan Melayu dan Islam.
6. Jika inilah sikap Dr Mujahid terhadap RUU yang dicadangkan secara tergesa-gesa dan tidak mengikut amalan dan prosedur biasa, dan jika beginilah cara Dr Mujahid menilai Tun Hamid, Majlis Peguam dan pihak-pihak lain, saya rasa lebih baik kerajaan menggugurkan jawatan beliau di dalam MKPN. Ternyata samada beliau tidak mampu memahami implikasi tindakannya atau beliau sendiri memang berniat untuk mengubah konsep negara dan Perlembagaan sedia ada. Perpaduan di luar dari kerangka konsep negara dan Perlembagaan Persekutuan hanyalah perjuangan kumpulan yang ingin meruntuhkan negara.

Pautan asal :

2 comments:

  1. Mujahid tu penyembah (maaf- sensor)....segala nk hancurkan melayu semua disokongnya....najib biol pergi lantik masuk mkpn pula....terbaeeek laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf.. Bangkit percaya kepada kebebasan bersuara. ttp ada batasan2 hak kebebasan bersuara yang tidak boleh dilangkaui.

      Walaupun pihak kami juga amat tidak bersetuju dengan pendekatan serta peranan yang sering dimainkan Mujahid bersama kawan2nya. Utk melepaskan komen yang membawa kepada perbuatan Takfir, maaf kami perlu sensor.

      Benar apa yg dilakukan Mujahid memang dalam trajektori utk memusnahkan kekuatan Islam dan Melayu disini.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.