Wednesday, 30 July 2014

KENYATAAN MEDIA YB DATO SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI MENGENAI KUMAN

KENYATAAN MEDIA YB DATO SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI MENGENAI NEGARA KU


PEN: 07/2014/18 (KDN)

Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut;
  
KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
MENTERI DALAM NEGERI
MENGENAI NEGARA-KU
26 JULAI 2014, PUTRAJAYA

Dengan ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa berdasarkan rekod yang disemak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), tiada sebarang permohonan daripada Gerakan Rakyat Menebus Kembali Negara Malaysia (NEGARA-KU) bagi tujuan permohonan pendaftaran pertubuhan. Oleh yang demikian NEGARA-KU adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.

Oleh yang demikian,  JPPM menegaskan bahawa ia adalah sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

Namun begitu, sekiranya permohonan pendaftaran tersebut dibuat kepada JPPM, penggunaan nama Negara-Ku adalah tidak bersesuaian oleh sebab ia adalah hak milik negara Malaysia. Ini kerana Negara-Ku merujuk kepada lagu Negaraku yang telah diiktiraf sebagai lagu kebangsaan di bawah seksyen 2 Akta Lagu Kebangsaan 1968. Ia boleh mengelirukan orang awam dan oleh itu selaras Seksyen 7 (3) (d) (i) dan (iii) Akta Pertubuhan 1966 ianya tidak wajar didaftarkan.

Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di dalam negara, ia hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.
  

Pihak kerajaan ingin menegaskan di sini bahawa pertubuhan yang menjalankan aktiviti tanpa berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen  41(1) (b).

Pautan Asal :



0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.