Wednesday, 16 July 2014

Kenyataan Media Pembela : Kumpulan Anti Negara Islam (KUMAN)



Kami pihak PEMBELA mengambil maklum tentang sebuah usaha kitar semula sebuah gerakan Anti Perlembagaan dan Anti Islam tempatan. Ini merupakan satu usaha dan gerakan untuk mengumpul dan memberi nafas baru kepada semua bentuk runtuhan beberapa usaha mengubah bentuk demografi dan perundangan negara sejak lebih sedekad yang lalu.

Ahli-ahli yang menganggotainya merupakan serpihan gerakan Artikel 11, IFC, Bersih 1, Bersih 2, Bersih 3 dan COMANGO yang jelas dipandu dengan sikap ekstremis Islamufobia tempatan.

Menggunakan secara salahnya nama yang tidak mencerminkan sifat perjuangan yang mereka, pertubuhan ini dengan cara yang mengelirukan cuba menamakan diri mereka sebagai Negara-ku. Ia dipimpin oleh Datuk S Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam.

Pendekatan Tidak Aman Dalam Mencapai Motif Gerakan
Motif keamanan yang dikatakan mereka sangat kami sangsikan. Berdasarkan trek rekod sikap yang pernah ditunjukkan gerakan  sebelum ini yang pernah dipimpin oleh beliau, BERSIH 2 dan 3 berakhir dengan suasana rusuhan dan pemberontakan di dalam negara.

Rusuhan berdarah di Kuala Lumpur semasa protes yang dibuat Bersih II dan III yang dipimpin Datuk S Ambiga menunjukkan terdapat rekod perlakuan serta kecenderungan tidak pernah mencintai keamanan  terkait dengan pertubuhan ini. Seolah-olah mereka sanggup menjalankan apa sahaja agenda mereka sehingga cita-cita mereka tercapai, tidak kira apa jua bentuk cara untuk mencapainya.

Sikap Tidak Menghormati Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang
MCCBSCHT (MAJLIS KAFIR) dan beberapa pertubuhan Kristian di dalamnya, juga telah memperlihatkan sikap jelas tidak mahu menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Keputusan-Keputusan Mahkamah. Ia ditonjolkan ketika Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Roman Titular Archbishop Catholic of Kuala Lumpur pada 23 Jun 2014 yang lalu.

Sikap Anti Perundangan Syariah dan Artikel 121 (a) Perlembagaan Persekutuan
Pada 25 Ogos 2009, Sisters In Islam (SIS), Womans Aid Organization (WAO) dan AWAM pernah mengeluarkan kenyataan media menuntut satu persatu aspek perundangan syariah dikaji semula dengan tujuan akhir untuk melupuskan sama sekali sistem perundangan syariah di dalam negara 1.

Menyokong LGBTIQ
Kehadiran kumpulan Seksualiti Merdeka di dalamnya jelas menunjukkan agenda bertentangan dengan agama, moral dan undang-undang yang mengekang jenayah kebejatan seksual dalam negara. Kanun Keseksaan mempunyai undang-undang bagi mengekang perkara-perkara yang diperjuangkan golongan Seksualiti Merdeka

Apabila Datuk Ambiga mengatakan bahawa tujuan pertubuhan ini ialah untuk mengembalikan negara kepada mereka yang asalnya berhak, maka sejak bilakah golongan homoseksual menjadi sebahagian daripada sejarah asal negara ini?

Mendapat Lambakan Dana Asing Dari Negara Luar
Beberapa persatuan dan pertubuhan di dalamnya, seperti SUARAM dan Islamic Renaissance Front (IRF) pernah dan sedang menerima pendanaan dari pihak-pihak asing seperti National Endowment For Democracy (NED) 2,3,4, 5 & 6. Malah Datuk S Ambiga sendiri pernah mengaku yang gerakan BERSIH yang diterajuimya pernah mendapat bantuan dana dari National Democratic Institute (NDI) dari Amerika dan Open Society Institute (OSI) milik George Soros 7.

Bersatu dengan semua elemen ini, tidak dapat tidak, pihak kami berasa gusar dengan kecenderungan perjuangan pertubuhan ini yang sudah jelas tidak lagi meletakkan Perlembagaan Persekutuan serta Kedaulatan Undang-Undang sebagai dasar perjuangan mereka.

Dengan pendanaan besar yang diketahui dan tidak diketahui masuk dari pihak luar, pihak kami sangsi akan kejujuran pertubuhan baru ini dalam menghormati kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam berdaulat. Kami bercakap berdasarkan rekod perlakuan pertubuhan-pertubuhan ini sebelum ini.

Elemen Anarkisme Jelas
Merujuk semua sikap pertubuhan-pertubuhan yang wujud di dalam NGO kitar semula ini, pihak kami bersetuju dan ingin mengulang semua kenyataan Ustaz Ismail Mina dari Pertubuhan Muafakat Rakyat Malaysia (MUAFAKAT) bahawa elemen anarkisme memang membiak dengan subur di dalam Pertubuhan kitar semula ini. Pendekatan demi pendekatan berkonfrontasi dengan setiap undang-undang yang ada, sudah seharusnya cukup bagi pihak berkuasa untuk menilai pertubuhan ini sebagai satu bentuk ancaman kepada keamanan dan kedaulatan undang-undang negara.

Agenda Mutlak mereka ialah supaya negara ini tidak lagi dianggap dan didaulatkan sebagai sebuah negara Islam. Oleh kerana Islam ialah Agama Negara sebagaimana yang telah termaktub di dalam Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, maka sebarang percubaan untuk mengubah jati diri asal negara ini melalui apa juga bentuk pertubuhan, tidak boleh sama sekali dinamakan sempena nama lagu Kebangsaan Negara iaitu Negara-ku.

Pihak pendaftar pertubuhan dan media-media harus mengelak dari membenarkan mereka menggunakan nama tersebut sebagai nama pertubuhan mereka. Oleh kerana rata-rata perjuangan yang dituntut mereka cuba menjauhkan sifat negara ini dari sifat sebuah negara Islam, maka nama yang sesuai bagi pertubuhan tersebut ialah Kumpulan Anti Negara Islam (KUMAN). Kami menyeru semua NGO-NGO Islam dan media-media kendalian mereka untuk merujuk pertubuhan ini dengan nama Kumpulan Anti Negara Islam (KUMAN).

Menilai semua elemen Anti Perlembagaan, Anti Negara Islam, Anti Perundangan Syariah, Pro Homoseksual dan Pro Campur Tangan asing di dalamnya, IKRAM dan beberapa NGO Muslim yang berada di dalam Pertubuhan Negara Kafir tersebut harus menilai semula semua bentuk sokongan yang diberikan. Sebagai umat Islam dan NGO yang dikatakan bergerak di atas dasar Islam, pihak kami ingin menyeru pihak mereka supaya kembali ke pangkal jalan dan beriman kembali kepada al Quran dan As Sunnah secara mutlak.

IKRAM dan umat Islam di dalam KUMAN harus diingatkan dengan ayat al Qur’an berikut :

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejek-ejekan dan tuduh-tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya) sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.
(Ali Imran ayat 110 hingga 111)


Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara.

Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin,
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Rujukan :


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.