Wednesday, 16 July 2014

Kenyataan Media PEMBELA : Khalid Samad Jangan Bebal Dan Terus Degil dengan kebiadaban



PEMBELA ingin menjunjung titah dan merafak sembah ucapan tahniah serta berterima kasih yang tidak terhingga kepada DYMM Sultan Selangor di atas ketegasan baginda berkenaan perihal kesucian Agama Islam di dalam negeri Selangor. Sebagai hamba Allah dan rakyat kepada Seri Paduka, pihak kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kekuatan serta kesungguhan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk bertegas bertitah dan menyatakan rasa murka Tuanku kepada kebiadaban Ahli-Ahli Parlimen yang bukan hanya membiarkan diri mereka menjadi boneka golongan kafir, malah berbicara di dalam lenggok bicara golongan ekstremis Islamufobia tempatan.

Kebiadaban Khalid Samad kepada institusi Raja dan Agama Negeri di bawah baginda, amatlah jijik dan sangat menghinakan. Sebagai seorang Islam yang menjunjung perintah Allah untuk bertaat kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri, perbuatan Khalid Samad berserta tiga lagi pemimpin PAS di dalam kerajaan Selangor memang tidak boleh ditolakansur sama sekali. Jika di zaman Kesultanan Melaka, perkara biadab seumpama ini terjadi, sudah tentulah bangkai pelakunya bersama tiang-tiang dan batu-batu yang membina struktur rumahnya telah dibuang ke dalam laut. Tiada tanah di dalam tanahair Melayu ini akan bersanggup menahan beban menanggung kebiadaban kepada perbuatan khianat kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri.

Khalid Samad sangat bernasib baik kerana menzahirkan kebiadabannya kepada Sultan dan Institusi agama di bawah Sultan semasa negara masih terbelengu dengan sesetengah undang-undang penjajah.

Justeru itu, pihak PEMBELA ingin merafak sembah sokongan sepenuhnya kepada titah murka DYMM Sultan Selangor ke atas Khalid Samad. Pihak PEMBELA juga ingin memberi amaran kepada Khalid Samad supaya menghilangkan segera segala kebebalan dan kedegilan di dalam dirinya daripada terus melakukan kebiadaban ke atas institusi Agama negeri dan Sultan yang bertanggungjawab ke atasnya.

Malang sekali kerana kebiadaban yang dizahirkannya ialah demi mempertahankan perbuatan mensyirikkan Allah dan menghina kesucian Allah oleh golongan pelampau Kristian tempatan.

Titah murka DYMM Sultan Selangor ini harus diambil serius oleh semua pihak. Adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mempertahankan institusi ini selagi mana institusi ini meletakkan Agama Islam di tempat yang sepatutnya iaitu pada kedudukan paling berdaulat di dalam negara.

Pihak kami juga ingin mendesak supaya Khalid Samad dan tiga lagi Ahli Parlimen PAS yang bersamanya dilucutkan daripada sebarang jawatan di dalam Kerajaan Negeri. Gunting dalam lipatan sebegini tidak harus lagi berada di dalam organisasi kerajaan negeri.

Pihak kami juga ingin mendesak agar satu siasatan dibuat supaya dalang disebalik semua kenyataan biadab ini dikesan dan dikenalpasti.

Pihak kami bersama rakan-rakan seperjuangan di dalam pertubuhan-pertubuhan pembela Islam tempatan (PEMBELA) akan mengambil tanggungjawab mempertahankan institusi ini dan waad antara kami dengan Ulil Amri selagi Islam menjadi keutamaan utama.

Daulat Tuanku!

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara

Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

4 comments:

  1. Salam, ekor nie jenis apa, dah Rasa kebal jadi ahli parlimen, suka hati jer ekor cakap lepas, bila dah kena jentik telor baru nak minta perkenan, nak terangkan Dan mohon ampun Dan maaf Dari baginda sultan. Apa lah jenis ekor nie hah,? Ekor nie mulut capuih, tak pikir langsung bila bercakap...kalu ekor Ada diJohor, taklah ekor cakap, saya here punya. Orang melayu dah meluat pada Eden. Ko tahu tak Eden orang kedah bermaustautin dinegeri sembilan, so Eden ikut perpatah melayu "tanah pijak langit di junjung" terlajak perahu boleh ditolak, terlajak mulut badan binasa" jngan lah jadi penghainat bangsa...lebih lagi ugama. "harimau mati meningalkan belang, engkau meningalkan bau mulut yang busuk....
    orang lama 1957

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hamba Alllah org lama 1957..

      Betul. Di mana langit dipijak di situ langit mesti dijungjung selagi langit bernaung di bawah penghormatan yg sepatutnya kepada pencipta alam.

      Delete
  2. Alah, bagi dia issue kecil, minta mengadap dan minta ampun
    lepas tue buat balik, ahli parlimen kan ada immuniti. YB khalid perpatah melayu menyebut "tanah dipijak langit dijunjunj" "terlajak perahu boleh ditolak terlajak kata binasalah dia"
    orang lama 1957

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli PArlimen ada imuniti dalam parlimen tuan. Luar PArlimen, dia terbuka kepada semua bentuk undang2 yg boleh dikenakan ke atasnya.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.