Thursday, 17 July 2014

Kenyataan Media MUAFAKAT : Khalid Samad Jangan Bebal Dan Terus Degil Dengan Kebiadabannya


Kenyataan Media MUAFAKAT
Khalid Samad Jangan Bebal Dan Terus Degil Dengan Kebiadabannya

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ingin menjunjung titah dan merafak sembah ucapan tahniah serta berterima kasih yang tidak terhingga kepada DYMM Sultan Selangor di atas ketegasan Baginda berkenaan perihal kesucian Agama Islam di dalam negeri Selangor. Sebagai hamba Allah dan rakyat kepada DYMM Sultan, pihak kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kekuatan serta kesungguhan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor bertitah dan menyatakan rasa murka Baginda kepada kebiadaban Ahli Parlimen Shah Alam yang bukan hanya membiarkan dirinya menjadi alat golongan tertentu, malah mengungkapkan di dalam bahasa golongan anarkisme Islamofobia.
Kebiadaban Khalid Samad kepada institusi Raja dan Agama Negeri di bawah Baginda, amatlah jijik. Sebagai seorang Islam yang menjunjung perintah Allah untuk bertaat kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri, perbuatan Khalid Samad yang dikaitkan dengan kumpulan Suara Islam semasa belajar di UK dahulu memang tidak boleh ditolakansur.
Justeru, MUAFAKAT merafak sembah sokongan padu kepada titah murka DYMM Sultan ke atas Khalid Samad. MUAFAKAT memberi ingatan kepada Khalid Samad supaya menghilangkan segera kebebalan, dan kebiadaban ke atas institusi Agama negeri dan Sultan yang bertanggungjawab ke atasnya.
Titah murka DYMM Sultan Selangor ini perlu diambil serius oleh semua pihak. Adalah menjadi tanggungjawab keagamaan setiap Muslim mempertahankan institusi ini selagi mana institusi ini meletakkan Agama Islam di tempat yang sepatutnya yakni pada kedudukan paling berdaulat di dalam negara.
Kami juga mendesak Kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan undang-undang ke atas Khalid Samad di atas kata-kata kebiadabannya di bawah mana-mana peruntukan yang berkaitan Enakmen Negeri Selangor. Sementara itu PAS juga perlu memberi surat tunjuk sebab dengan segera kenapa beliau tidak boleh dipecat, memandangkan perbuatan keji beliau mempersoalkan kewibawaan Tuanku Sultan Selangor dan MAIS sebagai penjaga dan pemelihara Agama Islam, adalah mencerminkan pemikiran songsang Agama dan kejahilan kepada Undang-undang Tubuh Negeri dan demi menjaga imej PAS sebagai sebuah parti yang mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan Undang-undang Tubuh Negeri.
Daulat Tuanku!
Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara  
Ismail Mina Ahmad
Presiden
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
19 Ramadhan 1435 bersamaan 17 Julai 2014


2 comments:

  1. Salam, Tak payah lah YB Khalid Samad buat keyataan mcm2, sikap melayu sememang begitu, tidak mahu terima hakikat, Bila buat sesuatu perkara piker habis2 belom buat, bila dah kena mcam nie baru nak ternadah. Masaalah kao nie YB ialah ekor yang cari masaalah, mulut busuk dari lubang jubok. Tidak pandai dan bongkak, allah tallah tunjukan tunai kepada kamu YB. tAK payah terkedu dengan perbuatan awak, nasib lah tak ada kuasa Sultan untuk buang kamu dari negeri Selangor, Balik ker Johor kao kena lempang, mana kao nak. Cari penyakit mcm lah kao tue taiko...cukup lah YB jangan berlagak sombong, utamakan Ugama dan bangsa kita. Belom lagi seluroh Negara menyumpah kao. Laknat kao nanti. Ekor boleh kata pa saja, tapi nasi sudah menjadi bubur, apa fahaman politik pun Raja ialh payung orang melayu, engkao nie buat sejarah ka.Bertaubat jer lah...
    orang lama 1957

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu dia jd YB di Selangor.. dia dah buat assessment risk.. klu jd YB di Johor, jenuh kutip gigi la Khalid Samad.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.