Thursday, 3 July 2014

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN : Tutup Ladang Babi


Pihak Gabungan Hak Bela Insan Pulau Pinang (GABUNGAN) memandang serius kes terbaru Japanese Encephalitis (JE) yang menyebabkan seorang kanak-kanak di kawasan Kampung Selamat, Tasek Gelugor mengalami koma.  Ia segera mengingatkan semua pihak tentang tragedi Bukit Pelanduk yang meragut lebih 100 nyawa pada 1999. Sebaran virus tidak terkawal pada ketika itu bukan hanya mencetuskan suasana panik di Malaysia, malah diseluruh dunia.

Mangsa JE Kampung Selamat.
Malaysia sebagai sebuah negara Islam menjadi canggung dengan imejnya di mata dunia kerana mempunyai masalah ladang ternakan babi tanpa kawal seliaan yang ketat. Kotor, menjijikkan serta sangat mencemarkan.


Pihak GABUNGAN melihat seolah-olah pihak-pihak pengusaha ladang-ladang babi di dalam negara diberi status bebas untuk setiap masa beraja di mata dan bersultan di hati. Jarang kita mendengar penguatkuasaan dari Jabatan Alam Sekitar ke atas premis-premis ladang babi dijalankan. Jarang kita mendengar ladang-ladang babi dikenakan tindakan kerana mencemarkan alam. Seolah-olah sistem penternakan babi yang diamalkan di Malaysia sudah mencapai tahap kekotoran sifar. Benarkah keadaannya begitu? Atau apakah tiada langsung pemeriksaan dijalankan dan dikuatkuasakan.

GABUNGAN mendesak Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Kesihatan Negeri, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia turun padang untuk menyiasat setiap ladang-ladang babi dan agensi penguatkuasaan yang selama ini seolah-olah membiarkan bom-bom jangka ini berdetik menunggu masa untuk mengorbankan lebih banyak nyawa. Sampai bila kita mahu terus bersikap tidak apa?

Exco Pertanian Pulau Pinang Menunjukkan Pencemaran Muara Kereh Akibat Pengurusan Najis Babi Yang Gagal Dikawal Selia, beliau bagaimanapun pada 2013, menolak sebarang cadangan relokasi ladang-ladang babi ini disebabkan kesemua ladang dikatakan lulus kadar pencematan efluen di bawah pemantauan Unit Kawalan Pencematan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Relokasi 100,000 ekor khinzir juga ditolak atas alasan jaminan keselamatan makanan (food security) bukan Islam waktu itu. (1) & (2)

Sekiranya ladang-ladang babi ini terbukti mencemarkan alam, dan ditadbir di dalam keadaan persekitaran jijik dan menyebabkan berlakunya wabak penularan penyakit, pihak GABUNGAN mendesak supaya kesemua ladang babi ini ditutup.

Malaysia seharusnya mengikut jejak Singapura dalam menguruskan kerosakan terhadap alam dan manusia yang diakibatkan oleh ladang-ladang babi. Pada 1976, Kerajaan Singapura telah membuat undang-undang untuk menutup dan memusatkan semula semua ladang-ladang penternakan babi ke daerah Punggol, Singapura. Hanya kawasan tersebut dibenarkan untuk dibina ladang penternakan. Walaupun usaha ladang berpusat tersebut dijalankan, masalah pencemaran masih tidak dapat diselesaikan. Bermula pada 1984, Kerajaan Singapura mula menutup satu persatu ladang- babi yang terdapat di Singapura. Akhirnya pada 1988, Kerajaan Singapura mengeluarkan arahan pengharaman sepenuhnya ke atas aktiviti penternakan babi di Singapura. Alasan yang diberikan ialah ladang-ladang babi menghasilkan pencemaran bau yang teruk dan pencemaran alam yang sukar dikawal. 

Lantas Singapura mengambil keputusan untuk mengeksport semua masalah pencemaran berkaitan ladang babi ini keluar dari negara mereka dan hanya mengimport dagingnya dari Malaysia, Indonesia dan Thailand untuk kegunaan domestik. Negara ini kini menanggung beban pencemaran demi kesejahteraan pengguna-pengguna produk babi di selatan negara kita.

Ladang babi adalah Haram di Singapura dan Halal di negara Islam Malaysia. Apa yang tidak kena dengan pentadbiran semua kerajaan negeri di Malaysia ini?

Sampai bila negara Melayu Islam ini harus menjadi pusat kumpulan dan pembuangan najis pencemaran dan pusat bom jangka pelbagai jenis penyakit yang diakibatkan oleh ladang-ladang babi sebegini?

Justeru itu GABUNGAN sekali lagi ingin mendesak Jabatan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri, Organisasi Kerajaan Negeri, Pejabat Kesihatan Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuat operasi bersama untuk mengembalikan status Pulau Pinang sebagai Pulau Mutiara. Sebuah negeri yang bebas dari masalah babi .

InsyaAllah, satu persatu negeri nanti akan mengikut langkah yang sama nanti.



Mohamed Nordin Mohd Nor

Presiden,
Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN)



Rujukan :
1) https://www.facebook.com/drafif130585/posts/639499286069120
2) Ternak Khinzir Perlu Sediment Pond RM 7 Juta, Buletin Mutiara, 16-30 Julai 2013, Muka surat 7. (http://www.buletinmutiara.com/download/2013/BuletinMutiaraJuly22013-BM.pdf)

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.