Friday, 18 July 2014

Kebisuan Yang Memekakkan Dari NGO KUMAN Yang “Cintakan Kedamaian”

Gaza sedang diratah Zionis Laknatullah. Mereka tidak goyah. Mereka sudah bertahan di situ lebih dari 66 tahun. Dari mempertahankan diri dengan balingan-balingan batu yang dikutip dari sisa-sisa runtuhan kediaman mereka, umat Islam Palestin bangkit membangunkan keupayaan mereka untuk melawan kekejaman.

Dari tarbilan-tarbilan batu melalui lastik mudah, penduduk Palestin meningkatkan keupayaan mereka membalas kekejaman binatang haram zionis melalui bedilan roket dan terkini drone-drone ABABIL. Israel menjadi tersentak. Lantas lagu “Israel mempunyai Hak untuk mempertahankan diri” dipersembahkan untuk diulangsiar oleh boneka-boneka Zionis yang perut mereka sentiasa kenyang dengan dana Yahudi di seluruh dunia.

Baru-baru ini lagu yang sama dimainkan ketika White House menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Presiden Amerika (POTUS). Umat Islam yang menghadiri acara tersebut dipaksa untuk mendengar khutbah oleh Ron Dermer, Duta Israel ke Amerika. Seolah-olah beliau harus memantau apa halatuju Majlis Iftar yang diadakan secara tahunan di White House sejak 1996 lagi.

Obama, sepertimana Presiden Amerika yang lain, menegaskan lagu yang sama. “Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dari serangan rakyat Palestin.”

Ron Dermer kemudiannya mengeluarkan tweet berikut memuji ketegasan Obama di dalam Majlis Iftar tersebut.

Apa Perlu Ron Dermer Untuk Berada Di Dalam Majlis Iftar Presiden?
 Ini bukanlah kali pertama kita melihat dan mendengar skrip yang serupa. Dalam temuramah dengan Wall Street Journal pada 26 Januari 2011, Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tegasnya dengan nada yang sama :

I support all efforts to protect the security of the state of Israel.” 1

Anwar Ibrahim Sedang Menunggang Kuda Kayu
Kenyataannya ini kemudiannya mendapat kritikan ramai pihak di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Malah Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas pada waktu itu, Dr. Mousa Mohamed Abu Mazook turut menempelak kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. 2

Gaza terus diserang dari tahun ke tahun. Tahun ini serangan ke atas Palestin di atas dalil mereka mempunyai hak untuk ‘mempertahankan diri’ dipertingkatkan dan menjadi semakin buruk.

Adalah amat menghairankan bilamana terdapat kumpulan-kumpulan tertentu di Malaysia, tanpa segan silu mengatakan mereka mencintai keamanan, tetapi dalam masa yang sama mengambil jalan dan langkah membisu berkenaan jenayah kemanusiaan Israel ke atas golongan tua, wanita, kanak-kanak, bayi dan rakyat Palestin.

Kita faham bahawa kebanyakan daripada mereka hidup dengan belas ihsan dana-dana dari luar negara. Kebanyakannya, daripada dana-dana Amerika Syarikat dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang mempunyai perkaitan dengan Yahudi dan Israel.



Terbaru sebuah NGO yang layak digelarkan sebagai NGO KUMAN (Kumpulan Anti Negara Islam) yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga, menyatakan bahawa mereka merupakan sebuah NGO yang hadir untuk mempromosikan keamanan. Tetapi kenapa mereka juga turut membisu dalam hal kekejaman Israel ini?

Apakah demi menjaga hati Dr Farouk Musa dari IRF, Ratna Osman dari Sisters In Islam, Aegile Fernandez dari Tenaganita, Tan Sri Murphy Pakiam dari Roman Catholic Archdiocese of Kuala Lumpur, Rev. Dr Hermen Shastri dari Council of Churches Malaysia, malah beliau sendiri turut hadir di dalam pertemuan dengan Barrack Obama semasa POTUS melawat Malaysia baru-baru ini, maka sebarang kenyataan dari KUMAN untuk membidas Israel harus dibisukan sebisu bisunya?

Farouk Musa Sedang Takjub Mendengar Amanat POTUS

Apakah amanat yang diberikan Barrack Obama kepada mereka? Apakah ada tugasan-tugasan tertentu yang diberikan Barrack Obama kepada mereka di dalam pertemuan tersebut? Nyata nilai-nilai kemanusiaan mereka terhakis sama sekali bilamana mereka cuba memperkukuhkan hubungan dengan tangan yang menaja pembunuhan beramai-ramai warga Palestin yang tidak berdosa?

Endorsement Obama kepada kewujudan mereka untuk menindas kedaulatan Islam di muka bumi Malaysia ini, samalah juga dengan endorsement Obama kepada Israel untuk memperjuangkan hak Israel menindas umat Islam di Palestin.

Apa pula nasib umat Islam di Malaysia nanti jika KUMAN dan mana-mana gerakan politik yang didukung mereka mendapat tempat di dalam pemerintahan? Semoga hari itu tidak berlaku untuk selama-lamanya.


Hancur KUMAN! Hancur MKPN! Hancur Liberal! Hancur Moderate Baruas! Hancur! Hancur!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.