Sunday, 13 July 2014

Jemput Masuk, Tapi Jangan Buat Macam Rumah Sendiri



Dalam budaya Melayu kita selalu sebut bila tamu datang rumah kita ucapakan, "silakan masuk dan buatlah seperti rumah sendiri". Dan ada kalanya terus dijemput kedapur.
Ini satu sifat mulia yang sebati dalam peradaban Melayu diambil dari ajaran Islam itu sendiri. Sabda rasulullah s.a.w. bermaksud, "barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t maka hendaklah ia memuliakan tetamu".
Kerana sifat mulia ini orang melayu dilihat mesra dengan orang asing. Tiada kesangsian pada niat orang asing yang bertandang kerumah. Semua akan dapat rasa kemesraan sambutan dan dimuliakan sebaiknya. Semua mereka diajak ke atas rumah dan diucapkan kepada mereka "buatlah seperti rumah sendiri".
Namun wajah yang mulia ini tidak mutlak mendatangkan kebaikan kalau tidak dibalas dengan batasan lain berkaitan dengan adab dan batas sempadan bagi tetamu pula.
Jika yang datang itu tetamu yang beradab dari keluarga bertamdun mereka akan balas pelawaan dengan adab tinggi yang setanding. Tetapi jika yang bertandang itu tetamu tidak diundang yang gersang nilai dan sejarahnya penuh dengan kisah penjarahan dan pencerobohan mungkin ia akan mengambil kesempatan atas kebaikan tuan rumah.
Mereka mungkin tunjuk warak dan baik untuk beberapa ketika, tetapi bila sampai masa (bila tuan rumah sudah leka)mereka akan ambil kesempatan untuk memduduki rumah itu dan menghalau tuan rumah keluar.
Oleh itu orang melayu kena buat koreksi yang drastik, mungkin kemulian mereka selama ini telah diambil kesempatan oleh orang lain.
-Ustaz Abdullah Zaik-

4 comments:

  1. Sekarang tidak di praktikkan lagi. Hanya yang menjunjung nilai-nilai Islam akan bersikap terbuka dan menerima.

    Maksud nya di sini, seseorang hanya akan mesra di antara sahabat kenalan. Umpama kita berjamaah di masjid. Kita tahu dan kenal AJK masjid di tempat kita sendiri. Malang nya AJK masjid ini termasuk sang Imam, berlagak sombong, biasanya. Jika kita sebagai jamaah biasa yang kerap ke masjid, kemesraan mereka amat terhad dan berkisar dengan ahli-ahli nya sendiri sahaja.

    Apa lagi sang Ustaz (Dr), jangan harap lah beliau menegur dengan budi bahasa, cara melayu bersopan, terhadap yang lain yang tidak setaraf nya atau bersikap ' down to earth ' yang di amalkan Ulama-Ulama besar terdahulu. Ramai melayu kian mengasingkan diri terutama yang elitis, hanya berlegar di dalam kelompok mereka sahaja. Al maklum sekarang mengejar kebendaan, gaji atau elaun lima/enam angka dan mencari kemewahan.

    Maksud artikel di fahami. Pendatang, penjarah dan penjajah, yang dulu tiada tempat berlindung, kenal sebagai kawan dan tetamu telah mula menyahkan tuan rumah sendiri. Mereka berlaku biadap dan tidak lagi mengenang budi.

    Sekarang kita tanya. Tuan rumah atau tetamu yang biadab ? Tuan rumah terpelajar biasa nya mereka sendiri tidak mengenang budi.

    Kita lihat kerajaan membuat dan membina kawasan penempatan dan bandar baru. Contoh B.B.Bangi dan Shah Alam. Rata-rata yang mampu duduk pada awal nya penjawat awam dengan pinjaman kerajaan. Semua kemudahan dan infrastruktur di sediakan, mencukupi. Apa terjadi ? Rata-rata menyokong pembangkang yang sebenar nya TIADA sumbangan apa-apa pun ! Bukan kah ini TIDAK di ajar dalam Islam ? Meludah dan menggigit tangan yang memberi makan ? Jika mereka bekerja secara sendiri pun, siapa yang memberi dan menyediakan peluang pada asas nya ?

    Kemudian kumpulan rakyat yang tidak berbudi ini bersekongkol dengan anak cucu puak-puak pendatang, menjanjikan bulan dan bintang ! Konon Isle (sokong Pas) malah teruja dengan kelentong si penakluk melayu.... secara tidak langsung memusuhi Kerajaan Melayu yang sepatut nya di sokong 100%. Tidak terjadi kepada bangsa cina yang menguasai bandar-bandar yang tradisi nya di miliki Dap secara percuma setiap kali pemilihan. Kerajaan tetap juga memberi segala kemudahan secara adil.

    Berbalik artikel. Siapa yang salah sebenar nya. Masih semua nya Kerajaan Melayu Umno ? Ini yang di momokkan. Stail yahudi zionis menidakkan sesuatu bangsa atau negara. Sama di Palestin sehingga mereka boleh menjarah semua nya secara nyata atau tersirat.

    Mungkin tuan pemilik blog menyatakan saya merepek bertamu di laman tuan. Fikir dan renungkan. Apa yang saya tulis, saya alami.

    Budaya dan sikal Melayu itu sendiri sudah di ubah oleh mereka yang elit secara sombong dan angkuh. Termasuk berpendidikan agama apalagi berjawatan. Mereka tidak turun ke padang menjadi sebahagian rakyat yang bertanggung jawab. Mereka merosakkan anak-anak muda melayu tanpa rasa bersalah dengan cara pendidikan dan pengaruh yang mengelirukan....

    Bangsa asing mengambil kesempatan. Kita lemah kita akan di mamah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua2 faktor itu berlaku Tuan Maae..

      Sorong dan tarik..

      Bila equation itu sudah mula menyebelahi mrk, maka jadilah apa yg berlaku pada hari ini, tuan rumah mula dihalau. Sedangkan sebahagian tangan tuan rumah juga memainkan peranan dlm hal ini.

      Ini kita mahu perbaiki.

      Dan penulisan di atas supaya sesetengah kumpulan itu tahu dimana sempadan tuntutan itu harus berhenti.

      Delete
  2. SETUJU!!!

    Melayu mesti berubah pendirian dan lebih berwaspada di dunia yang berbeza ini dan juga di penuhi dgn Bangsa Lain yang Biadap, Kurang Ajar dan tidak mengenang budi!!!

    Bangsa lain yang di beri tempat mintk Negeri!!

    Bangsa Kominis dan P***ah Sial!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam melakukannya, mana2 warga yg tahu menghormati Perlembagaan dan Islam di dalam negara harus diberikan hak yang adil kepada mereka..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.