Saturday, 12 July 2014

Himpun & Bantah MKPN 13 Ramadhan 2014 : Percayalah, Doa Mereka Akan Dimakbulkan Allah.


13 Ramadhan 2014. Hari bermula dengan cuaca yang panas. Hampir waktu Zohor, Allah menurunkan hujan rahmat. Ia membasahkan bumi di kawasan Masjid Kampung Rawa. Lantas suasana panas menjadi dingin. Cuaca menjadi redup. Allah s.w.t. menyediakan bumi di situ dalam keadaan yang benar-benar nyaman. Sedang ia agak panas sebelum dari itu.



13 Ramadhan, lebih 1400 tahun yang lalu,  merupakan hari-hari di mana generasi pertama golongan Mukmin bersama Rasulullah s.a.w. menghitung hari untuk menghadapi perang pertama mereka. 313 orang, lapan orang berpedang dan selainnya hanya bersenjatakan kayu, pelepah kurma dan apa sahaja yang dapat dipegang bagi menghadapi tentera-tentera musuh Allahyang lebih tersusun. 313 melawan 3,000 dengan ketumbukan tersusun dengan persenjataan lengkap. Siapa lebih berani menghadapi musuh yang begitu tersusun hanya bersenjatakan pelepah kurma? Ya.. hanya Ahlul Badr. Atas keyakinan dan kebergantungan mereka hanya kepada Allah dan persediaan setakat kemampuan mereka, Allah menghantar tentera-tentera dari langit ketiga dengan amukan yang menggerunkan musuh-musuh Allah.

Umat Islam sentiasa menang dengan ketumbukan yang sedikit. Talut, ketumbukan pasukannya yang besar, dikurangkan Allah dengan ujian sungai dan rasa dahaga. Sedikit di dalam kiraan Allah itu lebih elok. Yang penting kualiti dan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah. Umar r.a. menurunkan jawatan Khalid al Walid, bukan kerana ketidakcekapan beliau. Tetapi oleh kerana ketangkasan beliau yang amat dikagumi para sahabat. Ia sehinggakan setiap kali mereka turun bertempur, jika Khalid menjadi panglima perang, mereka akan berasa terlalu gembira. Umar r.a. melihat keadaan ini tidak baik kepada kekuatan ruh pejuang Islam. Lalu Khalid al Walid diganti dengan Abu Ubadah. Tujuan Umar r.a. cuma satu. Beliau mahu semua pejuang Islam kembali berharap dan bergantung hanya kepada Allah. Di bawah penguasaan Umar r.a., Islam berkembang dengan begitu luas. Di bawah penguasaan Umar r.a., dua buah empayar gergasi dunia, Rum dan Parsi tumbang dan tersungkur menyembah bumi.

Himpun dan Bantah 13 Ramadhan, bermula dengan khutbah Jumaat oleh Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin. Mendengarnya berkhutbah, ruh bagai terpelanting ke belakang meninggalkan jasad terduduk terpaku di bahagian saf-saf penghadapan. Ia berisi maklumat dan kemudian peringatan. Ia berisi amaran serta juga gesaan untuk tindakan.

Kepungan Yahudi Laknatullah Di Gaza
Khutbah pertama dipecahkan kepada dua topik. Pertama, serangan Yahudi Laknatullah ke atas Gaza. “Bila Gaza dibom, baru sibuk berzikir dengan Gaza! Bila penduduk Gaza Terbunuh, baru sibuk berzikir dengan nama Gaza! Ke mana hati, doa dan kasih umat Islam kepada Gaza ketika semua ini tidak berlaku? Yang syahid di Gaza, mereka tidak kalah. Mereka telah mendapat apa yang mereka inginkan. Ia kemuncak segala bentuk kematian. Ruh-Ruh mereka berubah menjadi burung-burung hijau yang berterbangan terus masuk dan hinggap di taman-taman Syurga. Yang harus umat Islam bersimpati ialah kepada diri mereka sendiri kerana ketidakmampuan kita semua untuk mempunyai semangat dan cita-cita untuk syahid di jalan Allah. Bukan pemuda-pemudi Gaza. Mereka hebat. Mereka terbilang di dunia dan akhirat. Semua harus rasa malu dan simpati dengan sikap kita sendiri,”.

Kepungan Boneka Yahudi Laknatullah di Putrajaya
Ustaz Mohamed Hafiz Nordin juga kemudiannya, mengingatkan umat Islam supaya jangan membuat tafsiran rigid kepada siapa itu Yahudi Laknatullah. Benar, Yahudi laknatullah itu berada di Gaza. Tetapi jangan sesekali dilupa tentang boneka-boneka yang dipasang Yahudi laknatullah di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Pelbagai parti politik, pertubuhan NGO dan media online tempatan didanai oleh dana-dana Yahudi. Mereka ditugaskan untuk mengubah demografi negara supaya lebih mesra dengan kehendak Yahudi ke atas dunia. Seluruh dunia harus tunduk dan patuh kepada New World Order. NWO, sebuah dunia yang diatur bukan dengan kehendak-kehendak Tuhan yang menciptakan dunia. Tetapi, mengubah seluruh dunia untuk dipimpin oleh hawa nafsu manusia. LGBT yang bersifat anti kemanusiaan dan survival bangsa manusia, kini ditakrifkan sebagai hak yang tidak harus didiskriminasikan. Lebih malang dan bodoh apabila, pihak-pihak yang selama ini bergerak atas nama Parti Islam sendiri turut disembelih kemampuan akal mereka untuk mencerna kebejatan ini.

Sehinggakan Mujahid Yusof Rawa sendiri menyokong supaya tiada sebarang bentuk diskriminasi dikenakan ke atas golongan peliwat dan homoseksual dengan alasan itu kecenderungan seksual pilihan mereka.

MKPN dan RUU Harmoni
Selanjutnya dijelaskan kepada Jemaah yang berjumlah ribuan ramainya tentang peranan yang sedang dimainkan MKPN dalam mencadang 3 deraf Rang Undang-Undang Harmoni. Jemaah diingatkan bahawa inilah bentuk ancaman yang sedang menunggu masa untuk merobek keamanan negara ini sebagaimana yang telah berlaku di Gaza.

Sesebuah negara tidak dijajah dalam sekelip mata. Asas-asas yang membina dan menguatkan kewujudan sesebuah negara itu perlu dihakis dan dihancurkan satu persatu terlebih dahulu sebelum penjajahan total dapat dilakukan.

RUU Harmoni cuba melakukan semua ini. Inilah floodgate atau pintu air yang sedang menunggu masa untuk membuka kebanjiran perkara yang akan menghancurkan sama sekali kedaulatan Islam di tanahair.

Solat Hajat dan Qunut Nazilah Untuk Gaza dan Tanahair
Solat Jumaat kali ini disertakan dengan bacaan Qunut Nazilah. Ia untuk keselamatan dan kemenangan saudara seIslam di Gaza dan untuk umat Islam di Malaysia yang sedang dikepung gerak kerja Yahudi laknatullah dari segenap arah.

Himpun Dan Bantah MKPN/NUCC
Himpun dan bantah MKPN dimulakan selepas solat hajat. Ratusan umat Islam yang tidak dikekang waktu pekerjaan hadir mendengar dan menyatakan sokongan. Lokasi Masjid Kampung Rawa dipilih sebagai satu simbolik dan satu saksi bahawa perjuangan umat Islam dibumi Tanah Melayu ini tidak pernah padam dari pelbagai bentuk ujian.


Sungai Pinang yang mengalir dihadapan Masjid Kampung Rawa disebut Ustaz Hafiz sebagai satu saksi yang sudah pernah melihat bagaimana Hudud pernah dilaksanakan di sini. Malah sungai itu juga pernah menjadi saksi kepada peritiswa pergaduhan kaum sekitar 1990-an kerana masalah tidak tahu hormat kepada agama Islam.

Beliau memperingatkan kepada semua pihak supaya mengambil semua ini sebagai pengajaran. Apa guna mempunyai undang-undang jika undang-undang itu hanya perhiasan di dalam buku-buku undang-undang yang tak pernah dibuka? Apa guna mempunyai pihak berkuasa jika ratusan laporan polis yang dibuat, tidak diambil tindakan. Apakah pihak berkuasa mahu umat Islam mengambil keputusan untuk menjalankan undang-undang dengan tangan sendiri? Apa akan jadi kepada negara ini jika semua pihak sudah tidak tahu menghormati undang-undang? Apa guna mempunyai seorang Perdana Menteri Islam yang diangkat melalui undi-undi umat Islam yang mengutipnya dari pembuangan golongan bukan Islam, tetapi masih memberi muka kepada golongan pelampau bukan Islam.



Jika semua desakan dan kebiadaban MKPN tidak dibendung, jangan disalahkan sesiapa ketika negara ini jatuh ke dalam situasi huru hara. Pihak berkuasa hari ini yang tidak mahu menjalankan tugas tidaklah mengapa jika situasi sedemikian berlaku. Mereka punyai senjata untuk pertahankan diri. Tetapi apa pula nasib orang awam beragama Islam dan lain-lain agama yang mahu hidup secara harmoni?

Suruhanjaya DiRaja Menyiasat MKPN, Bar Council dan Semua Yang Terlibat Di dalamnya
Menilai semua permasalahan ini, Ustaz Hafiz Nordin yang mengetuai kumpulan NGO-NGO Islam yang hadir bersama solidarity umat Islam di situ, mendesak supaya satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat peranan MKPN dan mereka-mereka yang bersamanya kerana boleh menjadi satu bentuk ancaman terbesar kepada Islam dan keselamatan dalam negara.

Sesi penerangan Himpun dan Bantah disudahi dengan doa yang dipanjatkan serta diaminkan oleh ratusan umat Islam di situ.

Antara isikandungan doa yang dibacakan ialah, “Jika kami umat Islam sedang diperintah oleh pemimpin yang tidak memberi kebaikan kepada Islam di sini, maka turunkanlah dia dari tampuk pemerintahan Ya Allah. Jika dia baik bagi kami, bantulah dia dalam pemerintahan dan permudahkanlah dia dalam membantu Islam di tanahair Islam ini..”

Setelah diaminkan ratusan yang hadir. Himpun dan bangkit bersurai. Semasa kaki masing-masing melangkah menuju ke kenderaan, hujan renyai-renyai kembali turun. Inilah rahmat Allah bagi mereka yang yakin dan percaya bahawa kedinginan dan hujan yang turun sebelum dan selepas Himpun dan Bangkit sedang menunjukkan perjuangaan dan doa-doa yang diaminkan pemuda-pemuda dan golongan berpengalaman yang menyertai perjuangan ini akan dimakbulkan Allah. Percayalah, kami telah menyaksikannya berlaku dengan mata kepala kami berkal--kali sebelum ini.

Tidak percaya. Tunggulah. Janji Allah amat benar.


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.