Thursday, 10 July 2014

Hasutan Pertumpahan Darah Etnik Oleh Ramasamy : PEMBELA Buat Laporan Polis

Hasutan Pertumpahan Darah Etnik Oleh Ramasamy : PEMBELA Membuat Laporan Polis
Sebentar tadi, pada jam 3:56 Petang, wakil dari Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) telah membuat satu laporan polis di Bertam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Ia berikutan kenyataan tidak bertanggungjawab Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang menggesakan pertumpahan darah antara etnik berlaku.

The Malay Mail sebelum ini melaporkan, P. Ramasamy mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

“MIC might be scared, Gerakan might be scared, MCA might be scared, but I tell you, if you want to bring May 13, you bring it,” Ramasamy told a press conference here yesterday.
“Don’t talk. All the time talking May 13, May 13. Bring-lah May 13. You start May 13. This will be the first time the government starts May 13. You think what? You think we’re scared ah?”



Pengerusi PEMBELA ketika memberikan kenyataan akhbar kepada wakil media yang hadir menyatakan perkara berikut :

“Pihak PEMBELA mendesak supaya pihak PDRM membuka satu kertas siasatan ke atas P. Ramasamy dengan segera. Pihak PEMBELA juga mendesak semua bentuk siasatan ke atas P Ramasamy dibuat oleh pegawai siasatan yang cekap dan dibuat dengan penuh teliti supaya P. Ramasamy dapat dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan. Jika kes Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA pihak Polis dan Pejabat Peguam Negara boleh bekerjasama sehingga menyaksikan Presiden ISMA didakwa atas Akta Hasutan, jadi tiada alasan untuk pihak PDRM membuat siasatan sambil lewa di dalam kes hasutan P. Ramasamy ini. 

Sebarang ketidakcekapan dalam siasatan akan membuka ruang kepada Pejabat Peguam Negara menolak untuk meneruskan pendakwaan kes ini.

Kegagalan membawa kes ini ke muka pengadilan, maka akan bertambah beranilah orang-orang seperti P. Ramasamy membuat kenyataan menghasut.

PEMBELA amat berharap pihak polis mengambil semua ini dengan penuh serius. Kecuali jika pihak polis mahu Malaysia berubah menjadi seperti Syria, Libya, Iraq dan sebagainya. Yang nyata, kami pihak NGO-NGO Islam tidak mahu keadaan berakhir dengan cara tersebut. Tapi, tak tahulah kalau polis benar-benar sanggup sampai negara jadi sebegitu baru hendak bertindak.

Untuk P. Ramasamy, tolong hargai toleransi orang-orang Melayu yang telah mengorbankan banyak perkara dengan membenarkan golongan bukan Melayu diterima sebagai warganegara dan menetap secara bersama di sini. Hiduplah di sini sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Jika merasakan negara ini sudah tidak menarik lagi untuk dijadikan tempat tinggal, maka bolehlah pilih mana-mana negara yang disukainya untuk dia keluar dan tinggal di sana. Tiada siapa akan menghalang.


Negara ini terbuka kepada mana-mana bangsa tidak kira India, Cina atau siapa sahaja untuk tinggal di dalamnya jika masing-masing saling hormat menghormati.”


2 comments:

  1. mahu ke polis siasat ni? tengok ler nanti..Gani Patael reject mesti reject punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tetap membuat report .. ia tidak boleh dibiarkan.. AG akan jawab depan Allah nanti..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.