Thursday, 17 July 2014

Gambar Sekitar Jilsah Pertama Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Hudud di Putrajaya

Alhamdulillah, telah dipermudahkan Allah berlakunya satu pertemuan penting yang pertama ke arah merealisasikan perlaksanaan Undang-Undang Allah untuk kembali di muka bumi Malaysia.

Rombongan Menteri Besar Kelantan telah mengadakan pertemuan pertama Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Pusat bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan.


Pertemuan dipengerusikan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Berikut gambar-gambar sekitar pertemuan tersebut. Semoga semua usaha dan kerjasama ini dipermudahkan Allah.



Jika masih ada yang mahu mengatakan "Langkah Mayat Saya Dahulu Sebelum Undang-Undang Islam Ditegakkan Di Muka Bumi Malaysia," ketahuilah olehnya, Allah akan mempermudahkan langkahan itu berlaku nanti. InsyaAllah.

1 comments:

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.