Tuesday, 15 July 2014

Daulat Tuanku : Video Sultan Selangor Murka Kepada Kebiadaban Khalid Samad

Khalid Samad telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan mempertikaikan serta membuat kenyataan biadab mengenai peranan yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Selangor. Sikapnya menjadi-jadi apabila kes rampasan Bible yang melanggar undang-undang negeri ini  berlaku.

Mencabar kuasa MAIS yang terletak di bawah DYMM Sultan Selangor, kenyataannya telah dinilai biadab oleh ramai pihak. Terkini, Sultan Selangor menzahirkan perasaan murka baginda di atas kebiadaban YB Khalid Samad. Sudah tiba masanya kedudukan Khalid Samad dan tiga lagi ahli Parlimen PAS yang membuat kenyataan secara bersama dengannya mengenai peranan MAIS sebelum ini dikenakan tindakan.

Daulat Tuanku!

video

Antara petikan titah DYMM Sultan Selangor berkenaan kebiadaban Khalid Samad seperti berikut :

“Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS”
“Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.”
“Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.”
“Ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan tentang isu berkaitan kuasa eksekutif Mais dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk”
“Oleh itu, beta menyeru kepada Khalid agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan Mais di dalam menasihati beta mengenai agama Islam”
“Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik.”
“Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara”

Teks Penuh ucapan serta penzahiran rasa murka DYMM Sultan Selangor ke atas Khalid Samad boleh dibaca pada pautan berikut di blog Tuan A. Karim Omar. Klik Sini.

Video asal kenyataan biadab Khalid Samad boleh ditonton pada pautan blog Saudara Imran Haaz. Klik Sini.

Dan kenyataan susulannya dalam video di bawah:




0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.